Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Ahad, Julai 18, 2010

Syafaat Syaaban...

Assalamualaikum..

Dah lama saya tidak menulis entry yang baharu untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Maaf lantaran diri sibuk dengan pelbagai urusan yang perlu diutamakan. Harus diselesai satu persatu.

Rejab sudah 6 hari berlalu meninggalkan kita. Kini, Syaaban pula mengambil alih tugas mengikut kitaran yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Tanggal 6 Syaaban sudah menjelma. Terasa cepat benar masa berlalu. Kedatangan Ramadhan sangat-sangat dinanti. Menunggu bulan yang penuh dengan limpahan keberkatan dan hidayah tentunya.

Post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua tentang syafaat yang tersirat dalam bulan Syaaban ini.

Keistimewaan Syaaban



















Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1. Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Sedikit perkongsian untuk kita semua. Saya berharap agar kita semua dapat melakukan seberapa banyak amal dan sentiasa memberi peluang kepada diri sendiri untuk menunaikan sesuatu yang bermanfaat kepada diri yang berhak.

Semuanya kerana Allah...

Sekian, salam alaik!!

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!