Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Isnin, Februari 04, 2013

Suka-suki Hari Ini!

Assalamualaikum...

Pagi ni aku pergi ke sekolah awal daripada biasa. Selalunya 6.45 pagi baru keluar rumah. Tapi, hari ni pukul 6.35 pagi aku dah 'start' enjin kereta menuju ke sekolah. Rasa macam ada sesuatu yang aku kena buat hari ni. Tapi....Hmmm...Lepas je 'punch card' aku terus menuju ke kantin untuk bersarapan. Makan la kuih 3 ketul, tak cukup tu, belasah pula nasi lemak daun pisang. Alhamdulillah, rezeki hari ini, ada orang nak belanja. Hihi...Bahagia betul pagi ni.

Perasaan aku rasa tak sedap, sebab macam ada benda yang aku kena buat. Puas fikir tapi tak dapat 'aim' lagi apa benda tu. Tengah sedap-sedap aku makan nasi lemak, dua orang murid datang jumpa aku.

 "Cikgu, Cikgu Noraini panggil ke dewan sekarang." Hah??? 

Tu dia, barulah aku teringat, hari ini aku kena jadi Pengacara Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber. Sudahnya, terkocoh-kocoh aku ke dewan. Tapi, masih lagi buat muka selamba. Kih3. Lalalalala... Spontan sudah kan. Weeee...

Biasalah, aku bila dah 'last-last' minit jadi pengacara ni, aku gunakan ajelah segala kederat dan teks yang teringat kat dalam kepala otak ni. Yang penting kena cool, tenang dan hirup udara yang nyaman. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Sang Pencipta kerana menganugerahkan bakat yang punya hikmah yang manis dan penuh tersirat. 

Satu je aku terlupa. Gambar??? Hadoi lupa pula nak ambil. Tak mengapalah. Yang penting, aku gembira dapat membantu majlis rakan-rakan sekerja. Apa salahnya kita bantu orang yang memerlukan kan?? Semoga Allah dapat memberikan aku kesihatan agar aku dapat terus melaksanakan amanah yang tergantung di pundakku ini dengan baik dan sempurna.

Akhir kata: (dah macam ucapan la pula...hik3)
"Sesempurna mana pun kita di mata orang, tetap tidak sempurna selagi mana kita tidak belajar erti bersyukur. Kerana kita hanyalah Hamba yang diberikan pinjaman ruang dan peluang daripadaNya". 

 Ok, sekian sahaja daripadaku untukmu...Ceeeewaaahh..
Wassalam...

^__^



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Selasa, Januari 15, 2013

Lebih Feminin, Lebih Ummphh...

Assalamualaikum...

Hehe, tajuk entry kali ni tak nak mengalahkan. Ha, class kau Jah.. Hahaha... Lebih Feminin, Lebih Ummpph..

Dah macam 'trademark' plak ye.

Ok, alhamdulillah. Blog aku telah selamat di-renovate dikemaskini dengan jayanya. Terima kasih kepada adik aku Noor Idayu Mohd Nashiruddin yang sudi membantu mengemaskini blog aku dengan wajah yang baharu ini. Nampak taakkk?? Hihi...(Walaupun aku la yang mula-mula membina blog, tetapi dia lebih dahulu mendahului aku dalam bab hias-menghias blog ni)----> Kenalah mengakui kan...Benda sahih. Hehe...

Walau bagaimanapun, azam tahun baharu ni, aku harap sangat-sangat agar aku dapat 'update' entry blog paling tak pun seminggu sekali. (Tolong la diri kau sendiri Eja oiii)...

Jadi, korang doakan la aku agar sentiasa rajin menulis lepas ni ok?

Ok, salam singgah dan salam blog walking buat korang yang memang best!!!

Jumpa lagi....Tataaa... Yabedabeduuuu....


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!