Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Isnin, Mac 18, 2013

Bantu aku Ya Allah!


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

by; shafiqolbu

Credit to:
 http://shafiqolbu.wordpress.com



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Februari 04, 2013

Suka-suki Hari Ini!

Assalamualaikum...

Pagi ni aku pergi ke sekolah awal daripada biasa. Selalunya 6.45 pagi baru keluar rumah. Tapi, hari ni pukul 6.35 pagi aku dah 'start' enjin kereta menuju ke sekolah. Rasa macam ada sesuatu yang aku kena buat hari ni. Tapi....Hmmm...Lepas je 'punch card' aku terus menuju ke kantin untuk bersarapan. Makan la kuih 3 ketul, tak cukup tu, belasah pula nasi lemak daun pisang. Alhamdulillah, rezeki hari ini, ada orang nak belanja. Hihi...Bahagia betul pagi ni.

Perasaan aku rasa tak sedap, sebab macam ada benda yang aku kena buat. Puas fikir tapi tak dapat 'aim' lagi apa benda tu. Tengah sedap-sedap aku makan nasi lemak, dua orang murid datang jumpa aku.

 "Cikgu, Cikgu Noraini panggil ke dewan sekarang." Hah??? 

Tu dia, barulah aku teringat, hari ini aku kena jadi Pengacara Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber. Sudahnya, terkocoh-kocoh aku ke dewan. Tapi, masih lagi buat muka selamba. Kih3. Lalalalala... Spontan sudah kan. Weeee...

Biasalah, aku bila dah 'last-last' minit jadi pengacara ni, aku gunakan ajelah segala kederat dan teks yang teringat kat dalam kepala otak ni. Yang penting kena cool, tenang dan hirup udara yang nyaman. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Sang Pencipta kerana menganugerahkan bakat yang punya hikmah yang manis dan penuh tersirat. 

Satu je aku terlupa. Gambar??? Hadoi lupa pula nak ambil. Tak mengapalah. Yang penting, aku gembira dapat membantu majlis rakan-rakan sekerja. Apa salahnya kita bantu orang yang memerlukan kan?? Semoga Allah dapat memberikan aku kesihatan agar aku dapat terus melaksanakan amanah yang tergantung di pundakku ini dengan baik dan sempurna.

Akhir kata: (dah macam ucapan la pula...hik3)
"Sesempurna mana pun kita di mata orang, tetap tidak sempurna selagi mana kita tidak belajar erti bersyukur. Kerana kita hanyalah Hamba yang diberikan pinjaman ruang dan peluang daripadaNya". 

 Ok, sekian sahaja daripadaku untukmu...Ceeeewaaahh..
Wassalam...

^__^



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!