Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Rabu, November 14, 2012

Kala Hati Terdetik...

Sekadar bicara meluah rasa...

Mendidik itu satu ibadah. Walau derita jua cabaran membelenggu tetap jua mendidik itu dikira sebagai ibadah. Kata orang kerjaya pendidik itu mudah. Ya, mudah hanya untuk diungkap. Namun, tak ramai yang cuba untuk menyingkap luhur pahit dan ujian yang harus ditempuh bagi seorang pendidik.

Kadang kala hati terdetik mahu berhenti daripada dunia pendidikan. Kadang kala jiwa meronta mahu meninggalkan segala yang dikecapi. Tapi, mana mungkin boleh aku lakukan andai aku sudah mengharung segala jerih payah sejauh ini. Mahu atau tidak, aku harus berhadapan dengan apa jua ujian yang diberikan. Hanya Allah yang Maha Mengerti apa yag terbaik buat hambaNya.

Bantu aku Ya Allah....


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Ogos 26, 2012

Meniti usia 25...

Assalamualaikum...

Sudah lama tak update blog yang berhabuk ni. Serius tuntutan kerja dan tanggungjawab masih lagi menghantui dan menemani diri. Makanya, blog terbiar sepi, dan berhabuk bagai tiada penghuni.

Coretan kali ini ditujukan khas buat diri sendiri yang secara rasminya meniti usia 25 pada hari ini bertarikh 26 Ogos 2012. Angka 25 pada hari ini menandakan bahawa umurku juga sudah bertambah setahun. Kala meniti usia 25 ini, dan mengimbau kembali kenangan selama 24 tahun yang lalu, menjadikan aku kini seorang wanita yang lebih tabah dan kuat hendaknya berbanding masa-masa yang berlalu.

Sempena hari lahirku pada hari ini, aku mengharapkan beberapa hal yang amat penting dan terindah akan dimakbulkan Ilahi. Moga aku semakin tabah dan gembira mengharungi masa-masa mendatang.

Hmm..tak mahu menulis panjang, sekadar ucapan untuk diri sendiri di hari lahir.

SELAMAT HARI LAHIR, FARIEZA!! SEMOGA KAU LEBIH TABAH, KUAT & BERJAYA MENGHARUNGI SEGALA UJIAN YANG MENDATANG!





Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!