Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Selasa, Ogos 31, 2010

Ramadhan... Pemergianmu ditangisi

Assalamualaikum. Salam Ramadhan penuh keberkatan!

Post kali ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu dan manfaat yang perlu kita ketahui dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan
  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
  • Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.
  • Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
  • Melakukan iktiraf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktiraf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan.
  • Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
  • Memperbanyakkan sedekah.
Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:
  1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
  2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
  3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.
Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar
  1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
  2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
  3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehnya.
Adab Mengakhiri Ramadhan & Menyambut Eidul Fitri
  1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan syaitan.
  2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala ni'matNya dengan bertahmid dan berzikir.
  3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
  4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat fitrah).
  5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Eidul Firi dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
  6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.
  7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
  8. Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahmi.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dalam Ramadhan yang bakal berakhir.


Sumber: Pamplet IKRAM Subang Jaya

p/s: kredit kepada Kak Amy atas kesudian beliau memberikan pamplet beliau kepada saya.



Ikhlas dariku,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Metoo di Hari Lahirku...

Assalamualaikum. Salam Ramadhan.
Post kali ini cuma gambar-gambar yang bercerita.


Metoo di dalam kotak. Hadiah yang telah dibuka.



Comel tak? dit3...


Indah sungguh si kembang pagi,

Berganding dengan si ros merah;

Kalau anda bijak bestari,

Metoo itu gerangan apakah?



Jawapannya...

V
V
V
V
V


Meetoo rupaa-rupanya si tabung. haha...


Terima kasih pada si dia yang memberikan hadiah yang begitu comel. Saya akan pastikan duit-duit akan disumbat ke dalam Meetoo si tabung. Jaga-jagalah kamu Meetoo. Saya akan kerjakan kamu!!!


p/s: Teringat tabung gajahku yang pecah. (tabung tu mendendangkan lagu kalau dimasukkan wang syiling ke dalamnya, hadiah dari arwah ayah. Hua. Sedih).
Aku menyambut hari lahir pada 26 Ogos 2010 yang lalu. Huhu...


Saya sayang Meetoo,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Ogos 22, 2010

Terima Kasih Guruku

Lagu ni, tak pernah kudengar.

Tapi, kali pertama melihat lagu ini dinyanyikan oleh murid-murid Pendidikan Khas (PK), hati menjadi sayu dan air mata hampir menitis. Walau bukan anak muridku, namun, nyanyian ikhlas mereka kurasakan cukup ikhlas dan tulus dari hati mereka.

Terima kasih kepada si dia sudi berkongsi cerita suka dan duka mengajar murid-murid Pendidikan Khas (PK) bersama. Walau aku tahu, aku tidak mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk mengajar mereka. Aku akui, PK bukan bidangku. Cukup sekadar cerita, gambar-gambar dan video yang menarik dan kadang kala menyentuh hati kecilku. Terima kasih!!!

lirik lagu :

Terima Kasih Guruku
daripada AFI Junior

Pagiku cerahku matahari bersinar
Kugendong tas merahku di pundak

Slamat pagi semua
Kunantikan dirimu
di depan kelasmu menantikan kami

Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terima kasihku

Nyatanya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan


Terimakasih Guruku


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, Ogos 18, 2010

Kasut Kelopak Jantung

Tulisan kali ini benar-benar panjang. Sunguh-sunguh meruntun jiwa. Kepada sesiapa yang sudi membaca dan tabah menghayati bait-bait ayat cerpen ini, hayatilah dengan setulus hati anda sebagai seorang "insan biasa".

Penulis : Ghazali Lateh

Hari ini Cikgu Harun menerima lagi sebuah bungkusan. Ketika balik dari surau malam itu, bungkusan itu sudah ada. Nama pada bungkusan itu sememangnya nama Cikgu Harun walaupun tidak bersetem atau tanda dihantar dengan pos. Cikgu Harun tahu benar pengirim bungkusan itu. Bukan pertama kali dia menerimanya, malah setahun dua kali sudah pasti, semenjak beberapa tahun yang lalu. Terutamanya ketika tibanya tarikh 16 Mei, bungkusan hadiah itu akan sampai seperti selalunya. Dia telah pun menduga.

Cikgu Harun sendiri tidak pasti tujuan pengirimnya berbuat demikian. Mahu menyindir atau benar-benar ikhlas. Atau sindiran dan keikhlasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu. Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pedalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika kedaifan masih menjadi sinonim dengan kehidupan marhaen di luar bandar.

"Bangun! Selamat pagi cikgu!"
Cikgu Harun tercegat di depan kelas. Matanya memandang sekeliling kelas darjah tiga itu. Akhirnya, seperti biasa dia tertumpu kepada Ahmad di penjuru kelas. Cikgu Harun memandang Ahmad lama-lama, dari atas ke bawah. Matanya yang besar dijegilkan ke arah Ahmad. Memang menakutkan bagi seorang murid darjah tiga seperti Ahmad. Tambahan pula, imej bengis Cikgu Harun sememangnya menjadi igauan anak-anak kecil rata-rata anak pesawah ataupun penoreh getah kampung.

"Ahmad, mana kasut?" tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras. Soalan itu bukan yang pertama, malah sudah berkali-kali semenjak sekolah dibuka beberapa minggu yang lalu.

"Belum beli, cikgu," jawab Ahmad dengan suara perlahan amat. Seolah-olah tidak kedengaran. Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya.

Itulah jawapannya yang diberikan semenjak soalan itu diajukan kepadanya. Itulah juga perbendaharaan kata yang keluar melewati bibir kering Ahmad. Dia tidak bercakap banyak. Mukanya ditundukkan apabila bercakap dengan orang, terutamanya Cikgu Harun. Dia tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Harun.

"Bila nak beli?" tanya Cikgu Harun. Pertanyaan itu tidak berjawab. Ahmad membatukan diri seperti selalu.

Begitulah setiap pagi semenjak tiga minggu yang lalu. Sebelum itu Ahmad memakai selipar Jepun lusuh ke sekolah. Selepas selipar itu putus, Ahmad hanya berkaki ayam. Tidak pernah ada kasut berwarna putih di kakinya.

Sepanjang tiga minggu itu Cikgu Harun bertanya soalan yang sama setiap pagi. Baginya Ahmad merosakkan keceriaan kelas. Murid lain semuanya berpakaian lengkap. Hanya Ahmad sahaja yang tidak. Pada fikiran Cikgu Harun, jika murid itu miskin pun, mustahil kasut sekolah pun tidak mampu dibeli. Bukannya mahal sangat. Pasti ibu bapanya yang tidak ambil kisah, jika Ahmad terus tidak berkasut.

Cikgu Harun bukannya garang sangat. Akan tetapi kerenah Ahmad sedikit sebanyak mencetuskan perasaan kurang senang dalam jiwa mudanya. Dan rasa kurang senang itu sering dilepaskan kepada Ahmad setiap pagi sehingga membuatkan budak hingusan itu termangu-mangu dan tersipu-sipu. Malu barangkali.

Cikgu Harun bertanya soalan yang sama setiap pagi ada tujuannya. Sekurang-kurangnya Ahmad akan mendesak ibu bapanya untuk membeli sepasang kasut untuk ke sekolah. Dia tahu jika dia tidak ambil kisah, perkara itu akan berlarutan. Malahan, anak-anak yang lain pula akan ambil kesempatan. Anak-anak kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayam waktu itu. Mereka sudah mangli dengan keadaan sedemikian. Kasut bukanlah satu barang penting dalam hidup mereka.

"Lepas ini kita akan ke padang untuk bersenam," ujar Cikgu Harun selepas bersungut-sungut tentang Ahmad yang tidak berkasut. Murid-murid segera menukar pakaian. Cuma Ahmad sahaja yang tidak berbuat demikian.

Di padang, murid-murid darjah tiga itu bermain riang. Semuanya memakai pakaian sukan yang lengkap. Mata Cikgu Harun sekali lagi tertumpu kepada Ahmad. Dia masih memakai kemeja putih lusuh dan seluar biru pudar. Kemarahan Cikgu Harun tiba-tiba datang semula.

"Ahmad, mari sini!" panggil Cikgu Harun segera. Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.

"Kenapa tak tukar pakaian?" Cikgu Harun terus bertanya. Ahmad tidak menjawab. Dia ketakutan. Pasti.

"Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini?" leter Cikgu Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membatu. Mahu sahaja dipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya.

"Saya dah tak tahan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!" kata Cikgu Harun. Dia segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berhadapan dengan budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegat dan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasal dari bandar itu.

Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun pisang itu. Di bawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu Harun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri. Seperti menanti hukuman gurunya.

"Pergi cari tali!" arah Cikgu Harun kepad Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah.

"Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!" Cikgu Harun memberikan perintah. Jarinya dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta simpati.

"Cepat!" jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini Ahmad tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan. Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali rafia dilalukan di bawah tapak kakinya itu. Kelopak jantung pisang itu kemudia diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah.

"Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!" Cikgu Harun memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu di dalam hati Cikgu Harun melihat anak jurid yang tak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. Dia tidak pernah membantah kata-kata guru. Katalah apa sahaja, dia tetap patuh tanpa banyak soal. Jauh sekali ponteng sekolah. Walaupun berkaki ayam, Ahmad tidak pernah ponteng. Itulah kelebihan Ahmad. Kegigihannya memang ketara. Cikgu Harun turut menyedarinya.

Ahmad berlalu. Air matanya mula meleleh, membasahi pipi cengkungnya. Kawan-kawannya mula tertawa melihat kasut baharunya itu. Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki. Dia serba salah. Hendak angkat muka, dia berasa malu. Semua yang ternampak kakinya, pasti akan tersengih-sengih jika tidak ketawa. Hendak tunduk, ternampak pula kasut baharu yang menyakitkan hati.

Terasa ketika itu kakinya macam kaki gajah untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah, Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung, kudung kedua-dua belah, kiri dan kanan. Ahmad semakin malu memikirkan semua itu. Waktu rehat Ahmad tidak keluar. Dia hanya menanti deringan loceng waktu pulang dengan gelisah. Pasti sepanjang jalan nanti semua orang akan melihat kakinya yang berkasut kelopak jantung itu.

Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sekejap pun dia tidak berhenti kerana malu kakinya dilihat orang. Jika berselisih dia akan ke kaki lima jalan atau masuk ke dalam semak rumpun semalu di tepi jalan. Dia sudah biasa meranduk semak begitu. Sakit hatinya kini lebih perit daripada tertusuk duri semalu di tepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi hatinya yang terhiris.

Besoknya, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.

Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

"Dia kata hendak berhenti sekolah, cikgu!" kata salah seorang kawan Ahmad. Jawapan itu menjadikan Cikgu Harun tersentak. Dia mula merasa bahawa Ahmad telah berkecil hati. Cikgu Harun tidak menyangka bahawa tindakannya telah menyentuh perasaan muridnya. Rasa bersalah mula menyerang perasaannya. Dia mula berasa kehilangan Ahmad. Niatnya, dia mahu Ahmad menjadi seperti murid-murid yang lain di sekolah itu.

Jika Ahmad berhenti sekolah, Cikgu Harun berasa dia gagal dalam kerjayanya. Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-muridnya berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu. Dia mula insaf bahawa tindakannya terhadap Ahmad keterlaluan. Selama ini walaupun dimarah beberapa kali Ahmad tetap datang ke sekolah.

Petang itu, Cikgu Harun mengambil keputusan untuk ke rumah Ahmad. Dengan panduan murid-murid lain, dia melalui denai-denai sempit dengan motosikalnya ke hujung kampung.

"Jauh juga rumah Ahmad, " bisik hati kecil Cikgu Harun. Dia mula membayangkan betapa sukarnya Ahmad ke sekolah setiap hari. Berjalan tanpa kasut dalam semak seperti itu. Batu kerikil di sepanjang jalan sudah tentu menyakitkan kaki anak kecil seperti Ahmad. Pohon semalu yang berduri memenuhi jalan sudah pasti memeritkan tapak kaki kecil milik Ahmad.

Sebaik sahaja samapai di sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun di dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

"Ahmad!" teriak Cikgu Harun. Suasana sunyi kembali. Tiba-tiba seorang wanita separuh umur muncul dari belakang rumah, terhincut-hincut dan uzur benar.

"Ahmad tak ada. Dia pergi ke kebun mengambil upah petik cili. Sebentar lagi dia balik," kata orang tua itu. "Encik ni siapa?" tambahnya kemudian.

"Saya Cikgu Harun." Riak wajah wanita itu terus berubah mendengar jawpan itu.

"Jemputlah naik," pelawa wanita itu. Cikgu Harun dapat meneka bahawa wanita itu ibu Ahmad daripada raut wajah.

"Tak apalah! Saya nak jumpa Ahmad," balas Cikgu Harun.

Tidak lama kemudian, Cikgu Harun terpandang kelibat seorang budak lelaki berjalan di celah-celah semak belakang rumah. Pergerakan budak itu tidak lancar. Cikgu Harun hanya menanti dengan sedikit debaran di dada.

"Ahmad!" sapa Cikgu Harun apabila budak itu hampir dengannya. Ahmad seperti terkejut dengan sapaan dan kehadiran Cikgu Harun. Dia terus sahaja membatukan diri. Cikgu Harun memerhatikan Ahmad dari atas ke bawah. Pandangannya terlekat pada kaki Ahmad. Kelopak jantung pisang yang sudah berjurai-jurai masih terlekat pada kaki comot budak lurus itu.

"Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini?" tanya Cikgu Harun pantas. Perasaanya mula tersentuh. Dia tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak murid yang selalu mengganggu perhatiannya.

"Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru," jawab Ahmad terkebil-kebil. Jemari halus kelihatan kemerah-merahan, barangkali bekas keperitan bekerja memetik cili api di kebun sayur berdekatan.

Air mata Cikgu Harun gugur tanpa disedari. Dia terus sahaja menghidupkan enjin motosikalnya. Dia melalui denai-denai sempit menuju ke arah pekan berdekatan. Di pekan itu, dia membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.

Kemudian, Cikgu Harun bergegas pulang. Dia terus ke hujung kampung. Dia menyerahkan beg plastik berisi pakaian sekolah itu kepada Ahmad. Ahmad tetap dengan caranya berhadapan dengan guru darjahnya itu, diam.

"Ahmad, esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni," kata Cikgu Harun. Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya terketar-ketar.

"Terima kasih, cikgu," kata Ahmad ketika Cikgu Harun membuka ikatan kasut kelopak jantung yang berjurai-jurai hancur di kakinya.

Kini, Cikgu Harun telah bersara daripada tugas mendidik yang dilaluinya lebih daripada tiga puluh tahun. Dia pernah mendapat khabar beberapa tahun yang lalu, Ahmad menjadi seorang peniaga di pasar malam. Ahmad menjual pakaian dan berbagai-bagai jenis kasut. Namun begitu, dia tidak pernah menemui anak muridnya itu. Anak murid yang menjadikan Cikgu Harun seorang guru yang penyayang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Cikgu Harun tidak membeli kasut lagi. Dia sering menerima hadiah kasut-kasut mahal dan berjenama daripada bekas muridnya yang pernah dipakaikan kasut kelopak jantung. Setiap kali sempena Hari Guru dia mendapat sepasang kasut baharu. Walaupun dia masih waswas dengan pemberian itu, Cikgu Harun yakin bahawa Ahmad ikhlas. Dalam setiap bungkusan, Ahmad sering menyatakan keikhlasan mengenang jasa guru yang menjadikannya seorang insan yang berjaya. Dia telah memegang jawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Katanya, kasut kelopak jantung benar-benar menyedarkannya betapa pentingnya kasut kepada manusia.


Di Kaki Mimbar, 2007.
Cerdik Publications Sdn. Bhd.

p/s: Air mataku menitis lagi saat menaip satu demi satu bait-bait ayat yang terlakar. Hmm...


Sekadar perkongsian,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Ogos 01, 2010

Ikan Keli Africa

Assalamualaikum semua...

Kali ini aku ingin berkongsi sesuatu maklumat tentang ikan keli.

Ikan keli merupakan ikan air tawar yang bayak terdapat di negara-negara ASEAN khususnya, di Malaysia. Di sesetengah tempat seperti di Selangor, ikan keli turut dikenali sebagai 'ikan semilang'. Bagi orang Perak pula, 'ikan semilang' hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kawasan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong, dan Paloh Hinai, Pekan. Ikan keli juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor dan Bera. Keli juga menghuni di kawasan anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai, hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, dan terdapat juga di Sungai Serting.

Antara jenis ikan keli yang boleh didapati ialah :
  1. Ikan Keli Kayu
  2. Ikan Keli Bunga
  3. Ikan Keli Eksotika
  4. Ikan Keli Limbat
  5. Ikan Keli Mata Kati
  6. Ikan Keli Rusia
  7. Ikan Keli Afrika
  8. Ikan Keli Jeram dan
  9. Ikan Keli Hutan
Sesi bercerita pula...jeng...jeng...jeng...

V
V
V


Semalam, aku telah berkunjung dan cuci mata di The Mines. Hajat hati nak menaiki bot yang disediakan mengelilingi tasik buatan di The Mines tersebut, tetapi, hajat hatiku tidak kesampaian.

Setelah meneliti tiket harga yang dipaparkan, wow! cukup mahal ye. Hehe... Maka, tak jadilah aku nak mencuci mata sambil mengambil gambar pemandangan yang menarik. Mungkin lain kali sahajalah aku menaiki bot tersebut. Untuk mengubat hatiku yang lara, maka aku pun mengambillah beberapa keping gambar 'Ikan Keli Africa' yang terdapat di tasik tersebut.

Inilah gambar-gambarnya:

tengok tu..huhuii..


berenang-renang di tepian...


berenang-renang...ewahh...


eee..geli pula bila banyak-banyak ni...


wow..banyaknya..


berenang bersama rakan-rakan..


jangan tenung lama-lama, geli!


Itulah dia sedikit perkongsian ilmu. Ha, kalau nak tengok secara langsung, jangan lupa berkunjung ke The Mines ya! Kalau suka, jangan lupa tekan butang 'suka' di bawah.

Sekian... Tamat...hehe...




Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!