Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Jumaat, Januari 07, 2011

Proton Hang!

Assalamualaikum...

Kali ni kita cerita pasal kereta pula ye. Hehe.

Kalau dulu, zaman Kesultanan Melayu Melaka kita ada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Tapi, kini...PROTON dengan bangganya telah memperkenalkan nama-nama Laksamana dahulu kala yang dahulunya gah dan telah ditransformasikan dalam bentuk ciptaan yang lebih unik, masyuk dan terbaaaaiiikkkk....

Memperkenalkan....
v
v
v
v
v
v
v

- PROTON TUAH -



- PROTON JEBAT -



- PROTON KASTURI -



-PROTON LEKIR -



- PROTON LEKIU -


Pergh....
Amacam?? Memang dahsyat abis Malaysia.
Aku dah putih mata tengok kereta keluaran proton sekarang.
Dapat JEBAT pun jadilah.
wooohooooo...
Cayalah!!!!

TAHNIAH PROTON!!!!!


Jebatku,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Senyum (Smile)




Moral: Senyumlah, kerana senyum itu indah. Senyum itu sedekah.

SENYUM! Tak perlu kata apa-apa. SENYUM!!!


Senyum, :)

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Januari 02, 2011

Selamat Kembali ke sekolah!

Assalamualaikum...

Esok merupakan hari pertama persekolahan bagi murid-murid. Tentu serba-serbinya baharu. Kasut, baju, beg, buku, kotak pensel, stoking dan macam-macamlah. Tapi, masih ada juga yang tidak bertukar, masih memakai baju dan peralatan sekolah yang lama, jimat.

murid-murid tahun 1
sumber: google

Teringat pula aku masa zaman sekolah dulu. Masa aku didaftarkan darjah 1, paling semangat ke sekolah dengan menaiki motor bersama arwah ayah. Aku bangun awal pagi dan disiapkan oleh emak. meh la nak ceghita sket. Jom.

Al-kisahnya begini:

Setelah disiapkan dan bersarapan, aku membonceng motosikal ayah ke sekolah. Masa tu darjah 1. Punyalah berkobar-kobar nak ke sekolah dan aku pun menyanyi riang di belakang. Sebaik sampai di sekolah, masa aku turun dari motor, aku rasa tak selesa. Rasa macam ada sesuatu yang bakal berlaku. Ayah memimpin tanganku dan aku tersenyum riang berjalan beriringan ayah sambil tangan kiriku memegang kain di pinggang. Sedang kami berjalan, tiba-tiba ayah terperasan aku asyik memandang tanganku yang memegang kain.

Ayah aku pun bertanya, "Kenapa kau pegang kain tu?"
Aku pun menjawab, "Kain ni macam nak tercabutlah ayah. Adik tak selesa."
Ayah: Hah? Kenapa pula?
Aku : Tak tau.
Ayah: Jom pergi tandas. Ayah tengok.
Aku : (Senyum-senyum sambil mengekor ayah ke tandas).

Di tandas,

Ayah: La, getah kain ni putus. Apa la.
Aku : Abes, macam mana ayah. Adik nak sekolah.
Ayah: Ya, kita balik tukar kain.
Aku : Adik nak sekolah...(sambil buat muka nak menangis)

Ayah terus memimpin aku dan mengangkat aku menaiki motor untuk pulang ke rumah menukar kain. Sampai sahaja di rumah, ayah bertanya kepada mak, kenapa getah kain sekolah tu boleh putus. Mak cuma tersenyum simpul.

Rupa-rupanya mak gunakan getah...

sumber : google

getah tempe...hahahaha..

Nak dijadikan cerita, getah tempe yang mak aku suruh tolong sambung-sambungkan dua hari sebelum sekolah dibuka tu rupanya untuk digunakan pada kain sekolah aku. Har3.
Jadi, aku pun memakai kain sekolah baru (bukan baru pun, kain sekolah akak aku). Labuh sikit, jadi mak aku pun lipat-lipat kain tu kat bahagian pinggang. Muatlah kain tu kat pinggang aku.

Walau pun insiden tu berlaku sedemikian rupa, aku tetap bersemangat nak ke sekolah. Hahaha. Ayah pun menghantar aku ke sekolah semula dengan menaiki motor. Seperti tiada apa-apa yang berlaku, aku masih boleh menyanyi riang sambil membonceng motosikal ke sekolah bersama ayah.

Begitulah ceritanya zaman aku sekolah dolu-dolu. Lucu kan. Korang mesti ada pengalaman menarik masa sekolah dolu-dolu kan. Jom la kongsi sikit. Hehe. Oklah, sampai sini dulu. Lain kali aku sambung cerita lagi k.

K, papai...


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Januari 01, 2011

Barakallah...




Syahdunya,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!