Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Rabu, Oktober 05, 2011

Hari yang Penat dan Menyakitkan


Hari ni memang hari yang penat.

Walaupun tak banyak kelas tapi faktor persekitaran menjadikan aku penat hari ini. Dengan kerenah budak-budak, sakit perut lagi, pening kepala. Kasihan budak-budak jadi mangsa kemarahan. Mereka memang hari-hari dimarah dan alasan mereka dimarahi ialah BISING. TERLALU BISING. Entahlah, tak tahu cara apa lagi nak digunakan untuk mengawal kebisingan mereka. Aku tak suka menggunakan kekerasan. ROTAN apatah lagi. Langsung aku tak sentuh. Jadi, aku perlu lebih kreatif, sekolah ni memang betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai pendidik. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan aku menghadapi liku-liku penuh dugaan dan cabaran di sini.

Hari ni memang hari yang menyakitkan.

Perut dan kepala sakit. Jadi, tak dapat berfikir dengan baik. Sakit dengan kerja, sakit dengan kerenah budak-budak. Macam-macam. Tapi, lebih sakit hati, sebab aku masih tak dapat kawal emosi. Budak bising je mula cepat marah. Paling-palingtidak, aku diam dan hanya melihat kelakuan mereka. Malas menegur, panahan mata juga kadang-kadang berkesan tapi cuma seketika. Besar betul dugaan menjadi pendidik ni.

Aku tahu, Allah taala lorongkan aku di jalan ini, kerana aku mampu menghadapinya. Tapi, setakat mana aku boleh menghadapinya.
Ya Allah, bantulah aku, bantulah hambaMu ini...

Ikhlas dari hati,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Selasa, Oktober 04, 2011

Blog dah berkerak!!! dodol!!


Assalamualaikum...

~di taman permainan~


Hadoi! Dah lamanya diri ini tidak memberi makanan dan nafas kepada blog ini. Huh. Sangatla malas berkoyan-koyan. Bagaimana nak menangani rasa malas kawan-kawan? Vitamin M sungguh rajin singgah dalam diri ini. Bila pula Vitamin R nak datang. Huhu.

Dah mula untuk melalut dan ke laut. Maka, aku harus diberi suntikan segar yang baharu agar lebih rajin menulis di blog ini. Huhu. Dah kerja ni, makin malas nak menulis.

Ok, la. Kalau ada idea kang, aku tulis lagi.

p/s: maaf, etry kali ini tiada paparan maklumat yang menarik. Hiaaarrkkk!!!

Yang Malas tapi ikhlas nak tulis sebab layout baharu,
huhu,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!