Assalamualaikum…
Hari ini dan esok, aku mengambil CRK untuk menyelesaikan urusan Tanah Pusaka. Menemani ibu yang keseorangan menghadiri mesyuarat dan menyelesaikan pelbagai konflik tanah. Tanah, tanah dan tanah.
Tapi, bukan cerita pasal tanah yang aku nak habaq kat sini. Tapi, cerita pasal aku rindu pula nak mengajar apabila bercuti. Apalah yang dibuatnya murid-murid Kelas 6 Bestari masa aku tiada ya? Kerja-kerja yang aku ‘hadiahkan’ semasa ketiadaan aku tu, dibuat ke tak budak-budak tu? Aku penuh berharap agar mereka dapat menyelesaikan tugasan yang aku beri mengikut cara dan teknik yang aku ajar. Ya lah, menjadi seorang ‘pendidik’ ni bukan boleh senang-lenang hentam keromo sahaja kerjanya. Semuanya ada peraturan. Tadi, aku ber’blogwalking’ sekejap dan terjumpalah entry ni. Kenapa Lelaki Patut Segera Meminang Seorang Guru?
Sangat menarik. Tersenyum-senyum, tersimpul malu aku membacanya. Kalaulah komputer ni ada cermin yang boleh dilihat oleh semua pengguna internet, pasti mereka kata aku gila sebab senyum-senyum depan komputer ni. Hai. Lucu sungguh.
Semanjak bertukar ke sekolah baharu ni, banyak benda baharu yang aku pelajari. Pendek kata, semuanya baharulah. Alhamdulillah, kerjasama daripada semua guru memang TERBAIK. Guru Kelas. Itulah tanggungjawab paling besar yang aku dapat rasakan tahun ini. Mengurus kelas sendiri, mentadbir kelas, memastikan kelas bersih dan selesa untuk didiami oleh murid-murid, menjadi ‘ibu’ (walaupun belum berumah tangga) dan ‘kakak’ kepada mereka dan dalam satu masa yang sama menjadi ‘guru BM’ kepada murid-murid Tahun 6 Bestari.
Ni bukan gambar aku.
Jadual persendirian, masuk kali ni dah 4 kali bertukar. Jadual baharu ni, aku mendapat tugasan yang aku suka sangat. Mengajarkan subjek Pendidikan Jasmani kepada murid-murid Tahun 4 Arif. Wah, macam-macamlah benda yang aku boleh buat. Di samping mengajar, dapat juga aku bersenam. ‘Lama dah den tak bersonam ni’. Itu kata orang Seromban. hehe. Semnajak dah mengajarkan subjek PJ ni, setiap kali aku datang sekolah dengan berpakaian PJ, banyak mata-mata yang memerhatikan aku dengan mata yang tidak berkelip-kelip.
Ceritanya begini, jadual kelas PJ aku ialah setiap hari Khamis, maka, setiap hari Khamis aku akan memakai pakaian PJ. Pagi itu, lepas je aku turun daripada kereta, murid-murid yang bersedia di dataran terkejut melihat guru BM berpakaian PJ. Aku pun rasa malu tiba-tiba dan pipi aku secara automatik menjadi merah apabila dipandang sebegitu rupa. Aku terus berjalan dengan beg yang digalas menuju ke pejabat untuk punch card mengetik kad perakam waktu. Aku disergah oleh seorang guru, dan guru tersebut fikir aku ini murid sekolah. Erk??? Apakah yang berlaku ini? Rupa-rupanya, barulah aku tahu bahawa cikgu-cikgu dan murid-murid yang memerhatikan aku dengan mata yang tidak berkelip itu adalah disebabkan aku ni kelihatan seperti pelajar sekolah menengah. Hahahahaha. Lawak sungguhlah. Itulah cerita semasa aku memakai pakaian PJ.
Kalau masa mengajar, aku rasa budak-budak 6 Bestari mesti terpinga-pinga dan bermonolog sendirian dalam hati mereka. Mengapa cikgu BM aku macam ni? Mungkin. Ada akalanya, budak-budak ni tersenyum-senyum tengok aku mengajar. Ketawakan aku lah tu. Tidak mengapalah, Asalkan kau bahagia.
Ni pun bukan gambar anak murid aku.
BM, subjek yang paling aku minat dan aku akan syok sendiri ‘all out’ apabila mengajar. Tapi, aku akan pastikan murid-murid akan faham dan mendapat sesuatu yang bermanfaat apabila aku mengajar. Kalau tak, aku akan buat sampai budak-budak tu faham. Kalau tak aku akan kecewa. Itulah aku apabila mengajar.
Baiklah, sampai di sini dahulu coretan aku yang tak seberapa ni.
p/s: Doakan aku menjadi pendidik yang terbaik untuk anak-anak murid aku.