Coretan kali ini ditujukan khas buat diri sendiri yang secara rasminya meniti usia 25 pada hari ini bertarikh 26 Ogos 2012. Angka 25 pada hari ini menandakan bahawa umurku juga sudah bertambah setahun. Kala meniti usia 25 ini, dan mengimbau kembali kenangan selama 24 tahun yang lalu, menjadikan aku kini seorang wanita yang lebih tabah dan kuat hendaknya berbanding masa-masa yang berlalu.
Sempena hari lahirku pada hari ini, aku mengharapkan beberapa hal yang amat penting dan terindah akan dimakbulkan Ilahi. Moga aku semakin tabah dan gembira mengharungi masa-masa mendatang.
Hmm..tak mahu menulis panjang, sekadar ucapan untuk diri sendiri di hari lahir.
SELAMAT HARI LAHIR, FARIEZA!! SEMOGA KAU LEBIH TABAH, KUAT & BERJAYA MENGHARUNGI SEGALA UJIAN YANG MENDATANG!