Mendidik itu satu ibadah. Walau derita jua cabaran membelenggu tetap jua mendidik itu dikira sebagai ibadah. Kata orang kerjaya pendidik itu mudah. Ya, mudah hanya untuk diungkap. Namun, tak ramai yang cuba untuk menyingkap luhur pahit dan ujian yang harus ditempuh bagi seorang pendidik.
Kadang kala hati terdetik mahu berhenti daripada dunia pendidikan. Kadang kala jiwa meronta mahu meninggalkan segala yang dikecapi. Tapi, mana mungkin boleh aku lakukan andai aku sudah mengharung segala jerih payah sejauh ini. Mahu atau tidak, aku harus berhadapan dengan apa jua ujian yang diberikan. Hanya Allah yang Maha Mengerti apa yag terbaik buat hambaNya.
Bantu aku Ya Allah....