Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)
Memaparkan catatan dengan label Praktikum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Praktikum. Papar semua catatan

Rabu, Mac 03, 2010

Alahai Cikgu Praktikum!!!

Corat coret Praktikum...

Tarikh : 3 Mac 2010
Lokasi : Stesen Minyak BHP, berhampiran Seksyen 17
Masa   : 7.15-9.20 pagi

Hari ini merupakan salah satu kenangan manis dalam hidupku..
hahaha... 

Mana taknya sepatutnya hari ini aku diselia oleh Pensyarah pembimbing. Sekali tak jadi pula.  Nak tau sebab apa? Begini ceritanya...

Sedang aku dan kawan praktikumku, Suhana memecut laju hampir ke lebuhraya untuk ke sekolah, tiba-tiba Su mengurangkan kelajuan motor, dalam hati aku ni, dah cakap, kenapa plak ni. Rupa-rupanya, dia rasa macam tayar motor 'gelong'. Aku pun segera turun dari motor dan melihat tayar. YAAAAA!!! Memang tepat sekali. Tayar motor kempis habis.

Nasib kami baik, kerana lokasi kejadian berdekatan dengan stesen minyak BHP. Aku dan Su pun menyorong motor menuju stesen minyak. Tanpa berlengah, aku segera menelefon kawanku Munir untuk meminta nombor telefon sekolah (inilah akibat tidak menyimpan nombor tel.sek). hihi. Menyusahkan orang lain pula. Tapi, Allah tu Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani, ditaqdirkan Allah si Munir bertanya kepada aku, tentang apa yang berlaku. Mujur sahaja dia dalam perjalanan ke sekolah, maka dia membuat keputusan untuk menemani dan menolong kami yang di dalam kesusahan. Alhamdulillah. Sementara menunggu si Munir ni sampai, kami berdua bersarapan 'nasi lemak panas + air mineral' di stesen minyak tersebut. Rezeki...

Kami bertiga pun sempat bersarapan di stesen minyak. Kami bertiga berbincang bagaimana mahu menyelesaikan masalah 'tayar pancit' ni, maka dipendekkan cerita, aku dan Munir pergi mencari bengkel motor di Seksyen 17, malangnya semua bengkel tutup. Alamak. Aku pun buat keputusan, kembali semula ke stesen minyak bersama Munir dan cuba menelefon pomen yang telah tersedia nombor telefon mereka di merata-rata tempat. Aku pun mendail nombor-nombor yang tersedia itu, kali pertama, tak dapat, kali kedua pun tak dapat, cuba pula nombor yang ketiga, akhirnya....berjaya!!!!!!!!! Pomen tu pun cakap dia akan sampai dalam masa 15 minit. Sedang asyik menunggu pomen, tiba-tiba telefonku berbunyi, panggilan dari sekolah rupanya yang mengatakan bahawa PENSYARAH aku nak bercakap. Ehem..ehem... maka aku pun bercerita pung pang pung pang...dan PENYELIAAN aku pada hari ini dibatalkan. Mujur sahaja, pensyarah kesayanganku itu memahami.

Pomen pun sampai dan membaiki motor. Tiba-tiba, dia datang.....dengan motor besarnya...dia datang....ewah. Hehe. Pensyarah aku sampai di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri bagaimana pelajarnya ditimpa kemangalan. Ha, jangan tak tahu pula kemalangan itu bermaksud (kemalangan = ke+malang+an yang bermaksud ditimpa malang), begitulah yang dikatakan oleh pensyarah kesanyangan ku.. Hahaha. Terpinga-pinga semua orang bila dia menyatakan hujah sebegitu rupa. Jangankan semua orang, aku pun tak sangka begitu rupanya maksud kemalangan. Betul dan tepat sungguh maksudnya. Pensyarah bahasalah katakan. 

Tapi, apa yang menyentuh hati dan sanubariku, apabila melihat kedatangan pensyarah aku di stesen minyak tu. Sungguh menyentuh sukma. Beliau sanggup membuat 'U-turn' dan melihat sendiri situasi kami ketika itu. 

Dipendekkan lagi cerita, kami akhirnya sampai ke sekolah pada pukul 9.30 pagi. 

Dan inilah hari yang paling manis dan kenangan terindah sepanjang sebulan ber+PRAKTIKUM.

             lebih kurang beginilah keadaan tayar motor kami yang pancit

Terlupa plak aku nak ambil gambar masa pomen tu dok membaiki tayar motor. Adoyai..


p/s:
  1. Terima kasih kepada sahabatku, Suhana kerana sanggup bersusah payah bersama.
  2. Terima kasih kepada Munir yang sudi menemani dan menghulur bantuan di kala kesusahan.
  3. Terima kasih buat Pensyarah Pembimbing yang sanggup datang melihat dan memastikan keadaan kami selamat di stesen minyak.
  4. Terima kasih buat sesiapa jua yang membaca post blog aku kali ini.



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Februari 27, 2010

???

meja kerja di bilik guru

Mempersembahkan inilah meja kerja saya di bilik guru. Di atas buku Rancangan Pengajaran terdapat seekor harimau bintang versi 'cute'...hehe...

p/s: silalah 'menjamu selera' mata anda...

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Jumaat, Februari 19, 2010

Apa Sudah Jadi??

Salam...

Sekian lama menyepi, hari ini bersua jua. Saya kini menjalani praktikum Fasa III di sebuah sekolah kawasan bandar. Boleh dikatakan kawasan perumahan elit. Seperti biasa, pemerhatian terhadap situasi, persekitaran, latar belakang sekolah, guru dan murid, menjadi tuagasan utama sebelum membuat justifikasi membabi buta.

Bilamana menjejakkan kaki ke sekolah tersebut masih terasa sesuatu yang asing dari sekolah-sekolah biasa. Di kelilingi dengan latar belakang keluarga murid yang 'elit', semuanya jadi asing dan terasing. Mungkin latar belakang keluarga kita berbeza. Walaupun itu, satu perbezaan, masih belum cukup mematahkan semangat saya untuk terus menabur bakti dan memberikan ilmu kepada murid-murid di sini. Guru yang baik mana mungkin mebeza-bezakan muridnya. Lantaran itu, soal permasalahan yang satu itu, saya tolak ke tepi.

Tapi, apa yang cukup terkesan di hati, bila mana melihat murid seusia 7 tahun sudah mengenal bermacam-macam 'mehnah' dunia tanpa sebarang kawalan. Sudahlah nama yang diberikan kepada kanak-kanak seusia itu, janggal sungguh bunyinya, apatah lagi makna pada nama mereka. Apakah bahan dan pembelajaran yang diajarkan oleh ibu bapa semasa kanak-kanak tersebut masih kecil? Apakah cerita yang dipertontonkan dan halwa telinga yang diperdengarkan kepada kanak-kanak yang masih tidak mengenal kehidupan rencam dunia??? Apakah masih diserap budaya timur dan Islam dalam jati diri anaknya?? Atau sekadar diam, membisu, bersikap semborono dan membenarkan sebarang macam mehnah, budaya Barat, hidonisme dan pelbagai lagi rencam dunia meresap jauh dalam lubuk hati anak-anak mereka??

Kesal sungguh melihat perkara sebegini berlaku di sekolah. Memang tugas yang digalas oleh para guru cukup jerih dan penuh ranjau. Mana mungkin dapat digalas seorang tanpa bantuan daripada ibu bapa??

Generasi atau spesiskah yang akan kita lahirkan?? Wang, harta dan kuasa bukan jaminan anak-anak hidup berjaya dalam pelajaran apatah lagi kehidupan. Hargailah setiap apa yang diberikan oleh-Nya agar kita sentiasa BERINGAT.

Cukup sampai di sini...


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, September 10, 2009

suka duka di rumah sewa!


Semasa saya dan beberapa orang rakan serumah menyewa di Telok Panglima Garang, pelbagai jenis resepi dan masakan telah dicuba. Dan pada satu hari, kami telah membuat makanan 'ala western food' sebagai hidangan makan malam..hehehe...best jugak!

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, April 18, 2009

Alhamdulillah!

Alhamdulillah..

Akhirnya selesai juga aku menjalani Praktikum Fasa I semester ini.

Dengan bimbingan daripada guru pembimbing, Cikgu Wan Zuhaimi bin Wan Yusof, dan pensyarah pembimbing, Datin Paduka Anismah bt Ahmad, aku berjaya juga mengharungi perit getir sebagai guru praktikum di SK Bricfields 1.

Pengalaman menjadi guru praktikum masih mekar mewangi dalam benakku.
Melihat akan kesungguhan anak-anak didik yang setia dan sabar dengan kerenah guru praktimum baru mereka, membuat aku rasa semakin bersemangat untuk menyebarkan ilmu walaupun sedikit.

Masih segar lagi dalam ingatan peristiwa semalam. Demi terlihatkan muka-muka sayu anak-anak didik, hati ku sendiri terasa berat mahu membenarkan kaki melangkah meninggalkan kelas 5 Cemerlang. Sungguh, perasaan bergelora semalam sukar untuk dibuang sehingga ke hari ini. Saat manis, indah, pahit, payau masih terimbau di ruang fikiran.

Tatkala terpandangkan hadiah-hadiah yang diberi oleh anak-anak didik, termasuklah warkah-warkah comel yang diutuskan mereka, membuat hati bertambah sayu. Walaupun hanya sebulan menjalani praktikum, kesannya hebat terasa.

Buat anak-anak muridku yang tersayang, cikgu akan senantiasa mendoakan kejayaan kalian!
Walaupun ada yang nakal, tapi mereka masih lagi menghormati guru praktimum mereka ini.

TERIMA KASIH ANAK-ANAK MURID CIKGU!!!

Nama-nama anak muridku yang tersayang (mengikut kedudukan mereka di dalam kelas) :

  1. Faris
  2. Iqbal Hakim
  3. Meor Afiq Hakimi
  4. Isma
  5. Faiz
  6. Daniel
  7. Adam
  8. Sabrina
  9. Rabiatul Adawiyah
  10. Ainna
  11. Wan Nur Fatin Nabila
  12. Zariff
  13. Hafizuddin
  14. Sheikh
  15. Alisya
  16. Syuhaidah
  17. Joaane
  18. Naem
  19. Shafie
  20. Faris Akmal
  21. Navin
  22. Veera
  23. Azhar
  24. Kaartik
  25. Shahrul
  26. Shahril
  27. Arif
  28. Firdaus
  29. Azri
  30. Kaviharasan
  31. Shamir

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!