Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Sabtu, Mei 22, 2010

Oh, Mc Donald!!


Assalamualaikum semua...

Baiklah, hari ni, saya ingin berkongsi gambar-gambar yang tak lah menarik mana pun. Tapi, saja nak berkongsi.

Hihi...

Mari kita tengok sama-sama:
!
!
!
!
!
V
V
V
V
V
V

Yg di bawah ni gambar di Mc Donald. Biasalah jakun baru dapat minum kopi dan bersarapan di Mc D. Tapi, memang sedap dan nyaman. Sedapnya...aaaahhh...

cawannya pun cantik kan?

Memperkenalkan cawan kopi Mc D...

V
V
V
V
V
V

Siapa punya tangan la plak tu..ayok..lalala...
Burger dah tinggal sikit, baru nak ambil gambar..ayyaakk!!!
duuussshh!!!

V
V
V
V
V
V


Konon-konon membaca sambil menikmati sarapan Mc D...

V
V
V
V
V
V

Dan gambar yang terakhir ini,bukan di Mc D ye.
Saya baru sahaja pulang dari Amcorp Mall..hehehe...

V
V
V
V
V
V

Jam Tangan yang berlatar belakangkan bentuk Mickey Mouse
Sila perhatikan dengan teliti!

Baru sahaja membelinya di Amcorp Mall. Kalau jalan-jalan seorang diri barulah dapat membeli. Kalau tak, jangan haraplah. Yes!
Saya akan memakainya bila-bila sahaja. Cantiknya...(' _v;)V (perasan)..


hahahaha..

Jangan Marah!

Baiklah, itu sahaja setakat ini...V(^_^)V

~Sayonara~

p/s : gambar-gambar di Mc D tu, dah sekian lama ada, tapi baru nak muat naik. Malas la katakan. ..hihi...


Dush-dush daripada,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Jumaat, Mei 21, 2010

Apa yang penting?? KERJASAMA!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Secoret luahan rasa:

Tarikh semalam : 19 Mei 2010
Masa diperuntukkan : 11.15 malam - 3.35 pagi

Semalam aku menolong seorang sahabat membina sebuah blog. Rasa puas dan gembira sangat. Harapannya agar dia dapat menggunakan blognya sebagai satu medium yang lebih baik. Selain perkongsian yang sihat, aku pasti sebenarnya banyak yang ingin dia kongsikan bersama.

p/s: kepada *N_f_ _ _h*, selamat berblog dan bersedialah berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada semua.

Daripada,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Mei 08, 2010

SELAMAT HARI IBU!!!


SELAMAT HARI IBU BUAT BONDAKU YANG TERCINTA

PUAN KHAFIZAH BINTI KHALID



Ibu Mithali
Ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu di sanjung tinggi
Jasamau tetap di sanubari
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari...

Ibu oh ibu
Kasihmu suci
Pengorbananmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagian sekeluarga
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagian sekeluarga...

Masih ingat tak kita dengan bait-bait lagu di atas??

Kepada semua ibu-ibu di luar sana, kad di bawah merupakan ucapan khas buat kalian:


Buat Ibuku yang tersayang, terimalah puisi khas yang dicipta oleh anakmu.
Khas buat bonda yang tersayang Puan Khafizah binti Khalid, terimalah:

Mak,
Terima kasih atas pengorbananmu mengandungkanku 9 bulan 10 hari

Mak,
Terima kasih atas jerih payahmu melahirkanku dari rahimmu

Mak,
Terima kasih atas pengorbanmu membesarkanku dari kakiku sebesar 2 jarimu

Mak,
Terima kasih atas kesabaranmu menjaga makan minum dan pakaiku dari kecil hingga dewasa

Mak,
Terima kasih atas kesetiaanmu melayan kerenahku dari kecil hingga dewasa

Mak,
Terima kasih atas ketulusan hatimu mengajar dan mendidik aku menjadi 'manusia' yang berguna sehingga hari ini,

Mak,
Terima kasih atas ketelusan hatimu menjagaku tanpa meminta walau sesen pun sebagai ganti atas semua penderitaanmu membesarkanku

Mak,
Sesungguhnya tiada kata yang mampu terluah untuk menyatakan betapa besar kasihku padamu
Sesungguhnya tiada apa pun dapat aku berikan untuk membalas segala jasa dan pengorbananmu
Sesungguhnya tiada hadiah yang terindah dan sempurna untuk kuberikan padamu
Sesungguhnya tiada intan dan permata yang mahal untuk aku kalungkan padamu

Melainkan,
Segunung kasih sayang yang dapat aku hadiahkan padamu
Segunung cinta dan rindu lambang kasih sayang dari seorang anak kepada ibunya,
Sekalung doa dan ingatan untukmu di Hari Ibu

Mak,
Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku melainkan melihat ibu kesayanganku gembira
Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku melainkan melihat ibu kesayanganku tersenyum
Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku melainkan melihat dirimu bersamaku mencoret memori indah di hari bahagia ku sebagai pelajar
Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku melainkan dapat melihat ibuku mengerjakan ibadah Haji bersamaku nanti
Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku melainkan melihat ibuku menangis kegembiraan melihat kejayaan anak-anakya

Dan,
Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidupku melihat ibuku bahagia dan gembira melalui masa tuanya dengan iringan doa dan kasih sayang daripada anak-anaknya.

Mak,
Maklah ibu yang PALING TERBAIK di dunia
Tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempatmu sebagai IBUKU

Mak,
SELAMANYA KAU TETAP DI HATIKU!!!!...
EJA SAYANG MAK SELAMA-LAMANYA......



Ikhlas daripada anakandamu,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Jumaat, Mei 07, 2010

Terima kasih

Banyak sumgguh perkara baharu yang aku pelajari pada malam ini.
Terima kasih pada si dia yang sudi membantu.

Itu saja yang nak aku kongsikan malam ni.

Wassalam...


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Puisi : Kehidupan & Pancaroba

KEHIDUPAN

Kehidupan,
Penuh dengan pura-pura,
Impian dan kenyataan menari di layar mata,
Datang dan pergi silih berganti,
Menyimpan duka derita,
Menyimpan wadah gembira.

Kehidupan,
Tenggelam dalam kabus dilema,
Suram dalam terik mentari,
Kelam dalam terang cahaya,
Berlabuh tirai senja,
Di penghujung sisa usia,
Pulangku kini,
Bersama pahala dan dosa.


SEPUTAR ISU PALESTIN

Duduk bercerita bersama teman sebilik tentang hakikat hak kemanusiaan hari ini. Isu PALESTIN yang kami bahaskan. Masih lagi berputar isu yang meruntun pilu dan sedih di jiwa. Kata teman sebilikku esok ada program tentang ISU PALESTIN. Kalau aku tahu tempat dan lokasinya,hendak juga aku menghadiri program tersebut. Malangnya temanku itu lupa program tersebut diadakan di mana. Sayang sungguh!


Seramai 40 orang kanak-kanak Palestin yang datang ke Malaysia untuk dijadikan anak angkat. Apa yang menjentik lubuk hatiku ini, kata temanku ini, sekiranya dia ISLAM mahu sahaja dia mengambil salah seorang dari kanak-kanak tersebut untuk dijadikan anak angkat. Simpati katanya. Ah, malu juga aku sendirian! Aku tidak pula terfikir sejauh itu.


kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dihunus senjata

kabulkanlah doa mereka Ya Allah

Bilamana melihat isu Palestin ini tidak pernah surut, aku terfikir bagaimana masa depan muda-mudi dan kanak-kanak di sana? Cabaran yang ditempuhi mereka cukup-cukup getir. Kanak-kanak di sana pula tidak berpeluang ke sekolah tetapi, giat mempertahankan maruah diri, keluarga dan Islam. Kita di sini, masih lagi aman dan hidup dalam suasana yang tenteram. Kita di sini masih lagi lupa akan saudara kita yang berjuang bermati-matian di sana. Kita di sini masih lagi leka dengan arus Barat yang dicipta sang Zionis tanpa mengambil kira akan kehidupan yang bakal kita wariskan pada generasi akan datang.


diheret tanpa belas ihsan

Semoga kalian dalam lindungan-Nya

Jika aku di tempatkan dalam situasi mereka, mampukah aku berdiri dan berhadapan dugaan seumpama itu?? Makanya, aku tidak terpilih menjadi salah seorang daripada mereka. Kerana Allah jua yang Maha Mengerti dugaan apa yang setimpal dengan kudrat hamba-hambaNya.

Bersyukurlah aku masih aman dan tenang di sini. Diberi kesempatan untuk merasai kebahagian bersama orang-orang tersayang. Masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di muka bumiMu. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa mensyukuri ni'mat yang Engkau kurniakan.

Syukur ke hadratMu Ya Allah!

Alhamdulillah!!!

~e.j.a~
Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, Mei 06, 2010

Blog dengan WAJAH BAHARU

Assalamualaikum... 

Masa begitu cepat berlalu..
Benarlah kata orang, "masa itu emas"...
~Jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, maka beruntunglah~

saat demi saat yang berlalu...

Hari ini masa banyak dihabiskan dengan menambah gadget-gadget menarik dalam blog, membaca blog rakan-rakan dan berbual sembang bersama sahabat di YM.
Semoga dengan blog ber+wajah baharu ini akan menambahkan semangat untuk menulis. 

Wallahua'lam. 




Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, Mei 05, 2010

Renungan Buat Yang Berfikir...

Ramai manusia ghairah melihat dari akal dan mata kasar
Bahkan mereka tahu akal itu ada keraguan
dan mata itu ada kesilapan
Pandanglah dengan hidayah hati dan dari mata Allah
Di situ kebenaran terbukti
kerana kebenaran itu tersimpan jauh dalam kalbu insan
bukan luaran yang selalu manusia dambakan


"Orang yang bijak menanam rumput untuk menggemukkan kambing,
tetapi orang yang bodoh mungkin menanam kambing untuk membajai rumput"

-Dr. H.M Tuah Iskandar-


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!