KEHIDUPAN
Kehidupan,
Penuh dengan pura-pura,
Kehidupan,
Penuh dengan pura-pura,
Impian dan kenyataan menari di layar mata,
Datang dan pergi silih berganti,
Menyimpan duka derita,
Menyimpan wadah gembira.
Kehidupan,
Tenggelam dalam kabus dilema,
Suram dalam terik mentari,
Kelam dalam terang cahaya,
Berlabuh tirai senja,
Di penghujung sisa usia,
Pulangku kini,
Bersama pahala dan dosa.
Menyimpan duka derita,
Menyimpan wadah gembira.
Kehidupan,
Tenggelam dalam kabus dilema,
Suram dalam terik mentari,
Kelam dalam terang cahaya,
Berlabuh tirai senja,
Di penghujung sisa usia,
Pulangku kini,
Bersama pahala dan dosa.
SEPUTAR ISU PALESTIN
Duduk bercerita bersama teman sebilik tentang hakikat hak kemanusiaan hari ini. Isu PALESTIN yang kami bahaskan. Masih lagi berputar isu yang meruntun pilu dan sedih di jiwa. Kata teman sebilikku esok ada program tentang ISU PALESTIN. Kalau aku tahu tempat dan lokasinya,hendak juga aku menghadiri program tersebut. Malangnya temanku itu lupa program tersebut diadakan di mana. Sayang sungguh!
Seramai 40 orang kanak-kanak Palestin yang datang ke Malaysia untuk dijadikan anak angkat. Apa yang menjentik lubuk hatiku ini, kata temanku ini, sekiranya dia ISLAM mahu sahaja dia mengambil salah seorang dari kanak-kanak tersebut untuk dijadikan anak angkat. Simpati katanya. Ah, malu juga aku sendirian! Aku tidak pula terfikir sejauh itu.
kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dihunus senjata
kabulkanlah doa mereka Ya Allah
Bilamana melihat isu Palestin ini tidak pernah surut, aku terfikir bagaimana masa depan muda-mudi dan kanak-kanak di sana? Cabaran yang ditempuhi mereka cukup-cukup getir. Kanak-kanak di sana pula tidak berpeluang ke sekolah tetapi, giat mempertahankan maruah diri, keluarga dan Islam. Kita di sini, masih lagi aman dan hidup dalam suasana yang tenteram. Kita di sini masih lagi lupa akan saudara kita yang berjuang bermati-matian di sana. Kita di sini masih lagi leka dengan arus Barat yang dicipta sang Zionis tanpa mengambil kira akan kehidupan yang bakal kita wariskan pada generasi akan datang.
diheret tanpa belas ihsan
Semoga kalian dalam lindungan-Nya
Jika aku di tempatkan dalam situasi mereka, mampukah aku berdiri dan berhadapan dugaan seumpama itu?? Makanya, aku tidak terpilih menjadi salah seorang daripada mereka. Kerana Allah jua yang Maha Mengerti dugaan apa yang setimpal dengan kudrat hamba-hambaNya.
Bersyukurlah aku masih aman dan tenang di sini. Diberi kesempatan untuk merasai kebahagian bersama orang-orang tersayang. Masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di muka bumiMu. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa mensyukuri ni'mat yang Engkau kurniakan.
Bersyukurlah aku masih aman dan tenang di sini. Diberi kesempatan untuk merasai kebahagian bersama orang-orang tersayang. Masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan di muka bumiMu. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa mensyukuri ni'mat yang Engkau kurniakan.
Syukur ke hadratMu Ya Allah!
Alhamdulillah!!!
~e.j.a~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan