Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Khamis, Oktober 21, 2010

Oktober: Bulan Bahasa Kebangsaan

Assalamualaikum...

Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Warganegara Malaysia, khususnya murid, pelajar, penuntut IPTA, IPTS, IPG dan sebagainya amat sinonim dengan program atau aktiviti yang dijalankan dalam bulan bahasa. Antara yang aktiviti yang dijalankan dalam bulan bahasa ini termasuklah, pertandingan seni pengucapan awam (pidato, syarahan, ucapan, pantun, forum dll), melukis poster, kempen membaca dan sebagainya.

Budaya Membaca


Sebagai bakal pendidik, seharusnya budaya membaca ini disemai dari bangku sekolah lagi. Bak kata pensyarah saya, En. Lee Thoo Hai,

"Kamu bakal menjadi ibu bapa kelak, seharusnya memainkan peranan penting terhadap anak-anak kamu. Sebelum anak-anak mengenal dunia yang baharu, amalan membaca seharusnya diterapkan pada anak sejak dari dalam kandungan ibu. Hal ini, agar anak yang dilahirkan nanti tidak kekok kerana sudah diberi pendedahan awal. Walaupun mereka masih tidak mengerti apa yang kamu katakan, jangan berputus asa, kerana anak-anak ini masih suci dan mudah menyerap semua perkara yang baharu yang berada di sekeliling mereka. Begitu juga apabila berada di luar rumah, bawa anak-anak kecil ini ke kedai buku agar mereka terbiasa dengan persekitaran yang sebegitu. Jika, anak kamu hilang nanti, maka kamu tahu bahawa mereka sebenarnya tidak hilang sebaliknya mereka ada di kedai buku yang berhampiran untuk membaca".

Baris kata yang terakhir itu kelihatan lucu, tetapi hakikatnya apa yang diperkatakan itu benar belaka. Masakan tidak, apabila anak-anak ini terbiasa dengan buku, maka mereka dapat menerima budaya membaca ini sebagai satu hobi dan sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi dengan fizikal buku kini yang sangat menarik, penuh dengan gambar-gambar yang berwarna-warni, penerangan yang ringkas dan jelas serta dapat menarik minat anak-anak untuk terus 'melekat' dengan buku yang dibacanya. Maka, amalan membaca ini bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk diterapkan pada diri anak-anak yang masih kecil. Pelbagai buku disediakan agar bersesuaian dengan tahap umur anak-anak. Sebagai bakal ibu bapa yang prihatin, apa salahnya mengeluarkan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan atau buku-buku untuk anak-anak kita kelak.

Sebagai kesimpulannya, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang menarik dan penuh berma'na ini:

"There is more treasure in books than in all the pirate's loot on Treasure Island"
-Walt Disney-

"Reading maketh a full man"
-Francis Bacon-

" A wonderful thing about a book in contrast to a computer screen, is that you can take it to bed with you"
-Daniel J. Boorstein-

" A library should be like a pair of open arms"
-Roger Rosenblatt-


Justeru, budayakanlah amalan membaca dalam kehidupan kita mulai saat ini!!

Mari membaca!!!


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Tiada ulasan: