Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Rabu, Disember 21, 2011

Petang Yang Sebu…

Hmmm…Petang ini agak sebu sebab perut saya terasa sebu je. Kenapa ye? Tadi jalan-jalan ke blog DenaiHati jap. Kelihatan menarik. Orang tu suruh aku belajar cara ber’blog’ di blog itu. Belum jumpa lagi apa yang dicari. Pasni, kena gigih la membaca pasal blog kan. Tidak mengapalah.
Saya akan meluangkan masa untuk membaca di blog tersebut.

Dan saya rindukan adik Iskandar.
Rindu melihat keletahnya.
Geram melihat senyumannya.
Hihi. Esok adik Iskandar akan balik ke sini.
Dapatlah bermanja-manja bersama dia nanti.

Mungkin juga aku alpa mensyukuri ni’mat kurniaan Tuhan.

Petang Yang Sebu

Mungkin juga aku rindukan kawan-kawan rapat di maktab.

Petang Yang Sebu

Mungkin…

Ya Allah, segalanya ku berserah padaMu.

Ok, jumpa lagi…

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Disember 19, 2011

Hagemaru Malaysia??

Assalamualaikum...

Kali ni, aku nak kongsi beberapa gambar menarik dan kiut. Hehe. 
Korang nak tengok tak Hagemaru Malaysia? 
Hihi memperkenalkan adik Iskandar yang kiut. Muah3. Cayang dia. Enjoy!...

Hagemaru VS Adik Iskandar

Lain-lain gambar:

Ecececece...hik2...


Aaaaa.....

Hahaha...anak saudara aku. 
Namanya Muhammad Iskandar. Makin bijak dia sekarang. 
Doakan semoga dia adik Iskandar menjadi hamba dan generasi yang bijak dan berada 
dalam kalangan mujahid yang diredhai Allah.

MamaNgah yang menyayangimu,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, November 30, 2011

Fast Entry!

Assalamualaikum...

Hari ini si dia sakit. Demam. Kasihannya.
Sungguh saya rasa terkilan kerana tak dapat melihat kamu. Susah senang kami bersama.
4 tahun di maktab melalui segala pahit getir, jatuh bangun dan susah senang bersama.
Bukan satu jangka masa yang singkat.
Moga kamu cepat sembuh dan dapat menghadiri temuduga SPP dengan baik dan bersemangat. Saya tahu demam kamu tu tak seberapa jika dibandingkan dengan semangat kamu.
Kamu kan kuat.
Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu.

~Selamat menghadiri temuduga SPP
Encik Muhammad Safwan bin Mohd Noor Azmi.
Saya hanya mahu berita yang baik sahaja daripada kamu.
Ok?~

Yang menunggumu,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, November 07, 2011

Hmmm...

Assalamualaikum...

Sekejap je cuti. Dah kena balik semula ke JB. Hua. Tak bestnya. Kawan-kawan tiada. Jadi aku menyendiri lagi. Dah menyendiri ni, macam-macam la aku fikirkan. Hmmm...

Barang-barang tak kemas lagi. Sebabnya tak semangat nak balik JB. Mana adik Iskandar ni. Rindu kat dia. Korang tengokla gambar-gambar anak saudara aku yang sorang ni. Rinduuuuuuu Iskandar. Juga rindu 'Kamu'....

isap puting plak dia...


tido dengan nyenyaknya...


olo tomey2...haha...


tido lagi, haih...


eh? ngejek plak dia...


blink2...


caye la peserta maharaja lawak mega...haha...



Yang merinduimu,


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, November 06, 2011

~Wordless Entry~Shhh…

~Wordless entry~

Hanya entry gambar sahaja mampu berbicara…: )

DSC01023

gathering with my siblings…

vvv

vv

v

v(^_____^)V

DSC00991

DSC00988

DSC00990

DSC00996

DSC00997


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Update…update..panas…

DSC01150Assalamualaikum.

Salam Aidil Adha buat rakan-rakan blogger semua.

Gambar kat atas ni gambar raya keluarga aku tahun ni. Kami semua sepakat memilih warna merah. Merah makngah kau!! Auuuwww…hahahaha. Saja buat paparan kat blog aku ni.

Hihi. tajuk je gempak kan. Takdela.Baru sekejap je tadi, adik aku tolong aku upgrade 1 lagi template untuk blog. Huhu. Sekarang buka je blog aku, dah ada ikon cupcake yang menyelerakan. Nyum2.

Sat lagi aku nak mengajar adik aku plak macam mana nak update blog menggunakan ‘windows live writer’. Anyway tq so much kat adik aku yang menolong. Hehe. Maka, disebabkan pertolongannya itu tadi aku mengajak korang semua untuk berblogwalking kat blog adik aku kat sini…

v

v

v

http://nooridayunashiruddin.blogspot.com/

p/s : Ayu, aku promote blog ko ni.

Hehe. K, la ada masa aku update lagi k. Daaaaaa….


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, Oktober 05, 2011

Hari yang Penat dan Menyakitkan


Hari ni memang hari yang penat.

Walaupun tak banyak kelas tapi faktor persekitaran menjadikan aku penat hari ini. Dengan kerenah budak-budak, sakit perut lagi, pening kepala. Kasihan budak-budak jadi mangsa kemarahan. Mereka memang hari-hari dimarah dan alasan mereka dimarahi ialah BISING. TERLALU BISING. Entahlah, tak tahu cara apa lagi nak digunakan untuk mengawal kebisingan mereka. Aku tak suka menggunakan kekerasan. ROTAN apatah lagi. Langsung aku tak sentuh. Jadi, aku perlu lebih kreatif, sekolah ni memang betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai pendidik. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan aku menghadapi liku-liku penuh dugaan dan cabaran di sini.

Hari ni memang hari yang menyakitkan.

Perut dan kepala sakit. Jadi, tak dapat berfikir dengan baik. Sakit dengan kerja, sakit dengan kerenah budak-budak. Macam-macam. Tapi, lebih sakit hati, sebab aku masih tak dapat kawal emosi. Budak bising je mula cepat marah. Paling-palingtidak, aku diam dan hanya melihat kelakuan mereka. Malas menegur, panahan mata juga kadang-kadang berkesan tapi cuma seketika. Besar betul dugaan menjadi pendidik ni.

Aku tahu, Allah taala lorongkan aku di jalan ini, kerana aku mampu menghadapinya. Tapi, setakat mana aku boleh menghadapinya.
Ya Allah, bantulah aku, bantulah hambaMu ini...

Ikhlas dari hati,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Selasa, Oktober 04, 2011

Blog dah berkerak!!! dodol!!


Assalamualaikum...

~di taman permainan~


Hadoi! Dah lamanya diri ini tidak memberi makanan dan nafas kepada blog ini. Huh. Sangatla malas berkoyan-koyan. Bagaimana nak menangani rasa malas kawan-kawan? Vitamin M sungguh rajin singgah dalam diri ini. Bila pula Vitamin R nak datang. Huhu.

Dah mula untuk melalut dan ke laut. Maka, aku harus diberi suntikan segar yang baharu agar lebih rajin menulis di blog ini. Huhu. Dah kerja ni, makin malas nak menulis.

Ok, la. Kalau ada idea kang, aku tulis lagi.

p/s: maaf, etry kali ini tiada paparan maklumat yang menarik. Hiaaarrkkk!!!

Yang Malas tapi ikhlas nak tulis sebab layout baharu,
huhu,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, Jun 09, 2011

Cinta...

Assalamualaikum...

Cinta.
Ada apa dengan cinta?
Kerana cinta manusia menjadi leka.
Kerana cinta itu disandarkan hanya untuk meni'mati keindahan yang sementara.
Kalau itu yang terjadi, maka kita belum menganal cinta sepenuhnya.
Cinta, kasih dan sayang itu lebih dirasai dengan adanya ras
a tenang tanpa menyakiti hati,
tanpa punya rasa bersalah apabila mencintai dan dicintai.
Bila hadirnya cinta,
pasti rindu tutur bertandang.
Maka lampiaskanlah ia dngan cara yang betul.
Mengadu pada Pencipta.
Bersyukur dikurniakan cinta.
Berapa ramai antara kita yang menyukuri ni'mat cinta???

Cinta yang abadi hanya cintakan Ilahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan KETAQWAAN...



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Selasa, Mei 31, 2011

Cuti Sekolah bermula!!!

Assalamualaikum...

Lama dah aku tak update blog ni. Tahap kemalasan yang melampau-lampau bila dah bekerja ni. Cuti sekolah pun dah bermula!!! Yipppiieee...Tapi, masih lagi tak tau nak buat apa.
Hmm....Nak buat apa ye?

Baiklah, mari kita senaraikan perkara atau aktiviti yang best untuk dilakukan masa cuti ni:

1. Shopping baju raya----> memang nak gi, tunggu mak aku free je!

Ni bukan baju raya aku. Saje ambil kat Google. Tapi, cantik tak kalau pattern ni wat baju raya tahun ni. Cara gak kan??kan3???


2. Potong rambut-----> tak kot. sayang plak nak potong rambutku ini.

Saaayang nak potong rambut...tidak!!! Ni bukan rambut aku ek! Harap maklum..hehe


3. Jogging-----> macam best kan?

Ni pun bukan aku ye!! Pinjam gambar ye Miss..hehe


4. Berblogging-----> macam mals jek!!!..erk....

blog...blog...blog...at last blogwalking jek...lalalalaa...


5. Siapkan kerja-lerja yang tergendala-----> wajib siapkan sebelum sekolah buka!!!

Yang ni bukan kerja-lerja aku. Aku rembat kat Google je.


6. Jalan-jalan cuci mata-----> yang ni suka, tapi takde geng...hua...T_T

Nak jenjalan tapi takde geng. Hua. Kalau ada geng maka menjadi-jadi la aku punya tabiat membazir. Itu nak beli, ini nak beli...hehe


7. Percutian family day -----> yang ni, keluarga Makuda aku ajak
gi bercuti kat Mersing pada 4 dan 5 Jun. Tak tau lagi nak gi ke tak.

Yang ni pun best kalau jadi. jadi ke tak ek???

Ada sesiapa nak wat tambahan aktiviti yang best yang nak dilakukan masa cuti ni?

Pape pun, Selamat bercuti!!!!papaiii...

weeewit, Salam Bercuti,

sumber gambar: google..tq...hihi...

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Mei 02, 2011

Syukur!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah Ya ALLah atas Ni'mat yang engkau berikan.
Dengan izinMu hari ini aku melalui hari paling ceria.
Hanya dengan izinMu...
Terima kasih Ya Allah...
Engkau jua yang Maha Mengetahui dan Pengatur hidup hamba-hambaMu...
Sukur padaMu Ya Allah...



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Mei 01, 2011

Blog Berhabuk bak Sarang Lelabah!!!

Assalamualaikum...

Tetiba, rasa nak menulis sekejap. Menjenguk ke blog yang sudah lama terbiar sepi.
Fuuhhhh!!!! Berhabuk sungguh.
Macam2 sarang yang dijumpai di blog ini.
Sungguh pemalas diri ini hendak 'update' ceritera di blog ini.

seperti ini lah gamaknya blog yang bersarang ini...

Baiklah... Sedikit perkembangan tentang diriku ini:

Yang terkini, aku sudah pun bekerja, alhamdulillah.
Setelah sekian lama belajar iaitu selama 5 tahun setengah (selepas tamat SPM).
Akhirnya, kini aku sudah keluar dari kepompong sebagai pelajar dan
kini sudah bekerja dalam dunia yang baharu.

Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah,
kerana engkau menulis dan melorekkan titian hidup yang TERMANIS buat diriku ini. Alhamdulillah...

K, setakat ini sahaja coretan kali ini.
K, dengarlah lagu ini buat halwa telinga.
Sebab aku suka sangat dengan lagu ini. Sukanya...
K, Wassalam...



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

biarlah rahsia

Ni, antara lagu yang aku suka dengar.
Sayu dan bermakna sangat...

BIARLAH RAHSIA - DATO' SITI NURHALIZA

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada kumenjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia...




Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Jumaat, Januari 07, 2011

Proton Hang!

Assalamualaikum...

Kali ni kita cerita pasal kereta pula ye. Hehe.

Kalau dulu, zaman Kesultanan Melayu Melaka kita ada Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Tapi, kini...PROTON dengan bangganya telah memperkenalkan nama-nama Laksamana dahulu kala yang dahulunya gah dan telah ditransformasikan dalam bentuk ciptaan yang lebih unik, masyuk dan terbaaaaiiikkkk....

Memperkenalkan....
v
v
v
v
v
v
v

- PROTON TUAH -



- PROTON JEBAT -



- PROTON KASTURI -



-PROTON LEKIR -



- PROTON LEKIU -


Pergh....
Amacam?? Memang dahsyat abis Malaysia.
Aku dah putih mata tengok kereta keluaran proton sekarang.
Dapat JEBAT pun jadilah.
wooohooooo...
Cayalah!!!!

TAHNIAH PROTON!!!!!


Jebatku,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!