Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Jumaat, Disember 07, 2012

Jenjalan di waktu pagi. Kau adoo??

Assalamualaikum...

Baiklah, selepas selesai solat Subuh pagi tadi. Aku boleh sambung tidoq balik kan. Fuuhh. Syok tau. Pasai pa? Sebab pada waktu Subuh adalah waktu yang sejuk dan mendinginkan + selimut aku paling best dan lembut. Hahahaa. Maka, dalam kol 8.10 pun aku bangun setelah mak aku menjerit-jerit memanggil namaku supaya bangun. Hihi.. Teruk Baik betul anak dara sorang ni. Miaaahaahahahaaa...

Sebenarnya, pagi ni dah janji ngan mak aku. Ada beberapa hal yang aku kena settlekan dengan beliau. Tapi, aku cuma driver terhormat je. Sebab mak aku ada satu peel yg pelik iaitu, malas nak bawak kete sebab susah nak cari parking? Ye ke? Hihii... Mungkin la sebab golongan mak mak ni kalau bawa kete ada peel pelik sket. Kaaauuu. Aku sudah merepek kerepek.  

Baiklah, mari kita melihat destinasi yang telah kitaorang jelajahi pada pagi ni:

Start je enjin kereta, tempat yg pertama kitaorang shoot ialah:
1. Bank - cucuk duit

2. Bank lagi - bank in duit 

3. Bumbung Hijau - nak gi sarapan (sekali akak tu cakap, belum siap lagi la lauk-pauknya, kuah rojak pun belum siap lagi). Hambek kau. Dengan muka yang agak termalu, kami pun blah. 
Naik kereta cepat-cepat dan memecut. Miahahaha.

4. Green Point - Adik aku bersuara: "Sarap kat sane je la. Dekat. Aus dah lapar ni!" Dia ingat dia sorang je lapo. Aku pun shoot ke Green Point, sampai 2 kali aku pusing cari parking. Dapat jugak. Lepas aku dah parking baeeek punye, mak aku pula bersuara. "Ko ade tiket parking tak?" Pergh kan... Aku pun balas, "Adoi, kita sarap kat kedai cik Yazid je la. Nanti tak pasal-pasal kete kena saman." 

Maka, kitaorang pun naik kete balik. Otw ke kedai tu, tiba-tiba mak aku cakap dengan laju.

5. Singgah Bus Stand jap - Nasib baik mak aku cakap on the dot. Kang dah terlepas jalan, 1 hal plak nak patah balik. Aku pun parking. Mak aku gi jalan lenggang-lenggok beli tiket balik adik aku yg belajar kat UMP tu. Sekali, kaunter jula tiket tak bukak lagi daaa...Maka, pulanglah kami ke pangkal jalan.

6. Buluh Perindu Corner (Kedai Cik Yazid) - Kitaorang pun sarap la dengan jayanya. 
Masing-masing order menu yang berlainan. Jom tengok:
Aus - Lontong darat + Milo 
Mak - Bihun goreng + telur goreng + Kopi
Aku - Lontong kuah + telur goreng + Teh tarik

Selesai makan, kitaorang pun pulang dengan hati yang gembira. (Sebab masing-masing dah kenyang la). Hahaha. Bak kata pepatah, Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Ecececece...Hahahaha. Itu saja la al-kisah di pagi hari. 

Kepada Ayu yg berada di perantauan, aku nak bagi ko tengok 1 lagi gambar adek Is dan we olls sebagai pengubat rindu. Tetibeeee...( Terus lari topik)...Miahahahaha... Naaahh..Ameeekk...

Wet World lagi de...ahakzzz...

K, la penat de taip panjang-panjang. Tataaaa... Yabedabeduuuu....



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, Disember 06, 2012

Sarapan daaa...

Assalamualaikum...

Hari Yang Ceria...Hahahaha...

Ceria la sangat. Pagi ni selepas siap segala hal peribadi di rumah dengan sepantas kilat, maka keluarlah kami berempat (3 adults + 1 baby bucuk) untuk pergi bersarapan di Buluh Perindu Corner (kedai cik yazid yang selalu kitaorang sebut la). Huhu...Masing-masing memilih untuk makan menu yang sama iaitu roti canai.
Mari kita lihat pembahagiannya:

Mak - sekeping roti canai + teh O
Aku - 1 roti canai + teh tarik (baeekkk punyer)
Aus - 2 roti canai + milo ais
Baby - sekeping roti canai + air (kongsi ngan aku dan mak)

Makanya, makanlah kami 4 beranak dengan berseleranya sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Ceeeewaaaahhh...

Kami bertiga (aku, mak dan aus) telah mencipta rekod kerana telah berjaya menjadi baby sitter secara bergilir-gilir (tanpa mengenal erti penat dan lelah). Waaahhhh..gitueeww..hahaha...Hari ni maknya akan pulang ke Kluang. Maknya bekerja di JB. Maka, minggu ni merupakan minggu percubaan la untuk berjauhan dengan baby bucuk tu. Kaedahnyaaa... Kau ado?? Haaaa...

Hahaha.. Ok lah sebagai tatapan dan mengubat kerinduan buat mokdenya yang di kejauhan nun, (ni belog dia- siap promote kau)  http://nooridayunashiruddin.blogspot.com/ , nah amek gambar baby bucuk Iskandar yang semakin bijak dan nakal. Naaahhhh.. Ameeekkk...Mountain Dewwww....har3...
K, Tata... Yabedabeduuuuu....

Ni masa kitaorang bermandi-manda di Wet World, Batu Pahat.
Ups, gambar eksklusif kau.

p/s: Lepas ni aku akan update entry pasal percutian-percutian kami sekeluarga! (Dengan harapan sindrom kemalasan dapat dibendung). Ok, Tata....Yezzzaaaaa....


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!