Assalamualaikum...
Hari Yang Ceria...Hahahaha...
Ceria la sangat. Pagi ni selepas siap segala hal peribadi di rumah dengan sepantas kilat, maka keluarlah kami berempat (3 adults + 1 baby bucuk) untuk pergi bersarapan di Buluh Perindu Corner (kedai cik yazid yang selalu kitaorang sebut la). Huhu...Masing-masing memilih untuk makan menu yang sama iaitu roti canai.
Mari kita lihat pembahagiannya:
Mak - sekeping roti canai + teh O
Aku - 1 roti canai + teh tarik (baeekkk punyer)
Aus - 2 roti canai + milo ais
Baby - sekeping roti canai + air (kongsi ngan aku dan mak)
Makanya, makanlah kami 4 beranak dengan berseleranya sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Ceeeewaaaahhh...
Kami bertiga (aku, mak dan aus) telah mencipta rekod kerana telah berjaya menjadi baby sitter secara bergilir-gilir (tanpa mengenal erti penat dan lelah). Waaahhhh..gitueeww..hahaha...Hari ni maknya akan pulang ke Kluang. Maknya bekerja di JB. Maka, minggu ni merupakan minggu percubaan la untuk berjauhan dengan baby bucuk tu. Kaedahnyaaa... Kau ado?? Haaaa...
Hahaha.. Ok lah sebagai tatapan dan mengubat kerinduan buat mokdenya yang di kejauhan nun, (ni belog dia- siap promote kau) http://nooridayunashiruddin.blogspot.com/ , nah amek gambar baby bucuk Iskandar yang semakin bijak dan nakal. Naaahhhh.. Ameeekkk...Mountain Dewwww....har3...
K, Tata... Yabedabeduuuuu....
Ni masa kitaorang bermandi-manda di Wet World, Batu Pahat. Ups, gambar eksklusif kau. |
p/s: Lepas ni aku akan update entry pasal percutian-percutian kami sekeluarga! (Dengan harapan sindrom kemalasan dapat dibendung). Ok, Tata....Yezzzaaaaa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan