Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Isnin, April 15, 2013

Galaukah aku?


GALAU
Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu

~ SITI NURHALIZA ~

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Omongan Kosong

Berbicara dengan laut. 
Tanpa suara. Tanpa kata. 
Yang ada cuma alunan lembut desiran sang air. 
Mendamai jiwa malah memujuk rasa. 

Alam semulajadi nian indah seolah melakar rasa, siapa sahaja kita di bumi ini. 
Lantas diri terasa jauh kerdil. Melihat lautan seluas itu, pasti saja rahmat Allah Maha Luas. 
Tak terhitung tentunya. Tak terjangkau dek akal. Tak tergambar dek mata.

Di sini, kapal, lampu warna-warni, kereta api, 
pasangan manusia, pepohon dan lautan melakar semua tentang kehidupan. 
Kala diri masih terbelenggu dengan mehnah dunia, tiada bait kata berma'na keluar dari ulas bibir. 
Menerobos lubuk jiwa yang tiada penghujung seolah tidak berjumpa dengan pengakhiran yang pasti. Kehidupan bagaimanakah yang didamba? Masih jua dilanda badai tak bertepi. 
Tuntutan kerja seolah-olah memaksa diri menjadi manusia 'pak turut' yang terus dihanyut arus duniawi. Pengertian kehidupan apakah ini? Kejam.....Kejam....Kejam....
Kejamkah aku pada diri sendiri. Lantas, jawapan apakah yang pasti????

p/s : Enrtry kali ini buat mereka yang mahu mengerti. Maaf, saya celaru.

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, April 10, 2013

Ketengangan Hati

Bicara Al-Hidayah, semasa menonton di TV3. Sekadar perkongsian cuma. Moga beroleh manfaat.

Untuk memiliki ketenangan hati, kita mestilah menJAUHI 5 PERKARA:

  1. Terpengaruh dengan bisikan syaitan
  2. Mengikut hawa nafsu
  3. Tidak berbuat ihsan
  4. Hilang keyakinan kepada Allah
  5. Menidakkan ciptaan Allah
Sama-sama kita bermuhasabah diri. Yang penting berubah untuk diri sendiri!
Salam ukhwah~





Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, April 01, 2013

Semangat, Harapan & Impian

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Diri terbelenggu antara semangat, harapan dan impian. Semenjak bekerja ni, semangat diri tak sehangat dulu. Harapan makin pudar dan impian entah bila akan terlaksana. Kala diri semakin hilang arah dan tujuan, semangat yang kian pudar, perlu disegarkan semula. Nasib sahaja, punya teman yang sudi mendengar segala coretan rasa yang terbuku di hati.

Sekaranglah masanya untuk bangkit. Kalau dulu berteman, kini keseorangan. Kalau dulu gembira, kini bersedih, Kalau dulu ceria, kini hilang serinya. Semuanya kerana dulunya kita punya TEMAN. Tapi, Allah itu pasti sahaja mahu menguji kita, melihat sejauh mana kita mengingatiNya.

Kata seorang teman itu, Allah rindu melihat kita mengadu padaNya. Dia rindu kita menangis keranaNya. Dia rindu menunggu kita bergantung dan berharap padaNya. Dan yang paling dinduiNya, hanyalah DOA seorang hamba. Ya, kerana kita bukan sesiapa di dunia ini. 

Maka, atas nasihat daripadanya, aku mula berfikir dan mencari diri yang kupunya dulu. Masih berkesempatan menelusuri kehidupan lebih bahagia selepas ini. Pasti sahaja, aku yang perlu mencari semangat diri yang hilang, memungut semula bingkai kaca kehidupan penuh warna yang kukecapi dulu. 
Ya, siapa lagi yang boleh mengubah kalau bukan aku sendiri. 

Ini semua antara aku, AKU dan PENCIPTA. 

Terima kasih Allah atas semua ini. 
Pasti sahaja aku bersyukur.
Alhamdulillah...

~Salam Permisi~

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!