Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Diri terbelenggu antara semangat, harapan dan impian. Semenjak bekerja ni, semangat diri tak sehangat dulu. Harapan makin pudar dan impian entah bila akan terlaksana. Kala diri semakin hilang arah dan tujuan, semangat yang kian pudar, perlu disegarkan semula. Nasib sahaja, punya teman yang sudi mendengar segala coretan rasa yang terbuku di hati.
Sekaranglah masanya untuk bangkit. Kalau dulu berteman, kini keseorangan. Kalau dulu gembira, kini bersedih, Kalau dulu ceria, kini hilang serinya. Semuanya kerana dulunya kita punya TEMAN. Tapi, Allah itu pasti sahaja mahu menguji kita, melihat sejauh mana kita mengingatiNya.
Kata seorang teman itu, Allah rindu melihat kita mengadu padaNya. Dia rindu kita menangis keranaNya. Dia rindu menunggu kita bergantung dan berharap padaNya. Dan yang paling dinduiNya, hanyalah DOA seorang hamba. Ya, kerana kita bukan sesiapa di dunia ini.
Maka, atas nasihat daripadanya, aku mula berfikir dan mencari diri yang kupunya dulu. Masih berkesempatan menelusuri kehidupan lebih bahagia selepas ini. Pasti sahaja, aku yang perlu mencari semangat diri yang hilang, memungut semula bingkai kaca kehidupan penuh warna yang kukecapi dulu.
Ya, siapa lagi yang boleh mengubah kalau bukan aku sendiri.
Ini semua antara aku, AKU dan PENCIPTA.
Terima kasih Allah atas semua ini.
Pasti sahaja aku bersyukur.
Alhamdulillah...
~Salam Permisi~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan