Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Rabu, Mei 14, 2014

Titipan Buat Dia, Suamiku!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Masih lagi diberi kesempatan mengecap ni'mat iman dan Islam dalam diri. 
Masa pengubat. Masa penyembuh luka. Alhamdulillah, segala urusan dipermudah. 
Bernaung di bawah lembayung rahmat Allah yang tak pernah berbelah bahagi. 
Hanya Dia maha mengerti. 

Ya, memang cinta, kasih dan sayang, Dia yang kuniakan.
Maka atas alasan kukuh itu, aku masih lagi punya fikiran waras yang tidak menjerumuskan aku
dalam gaung diri sendiri. 
Pengalaman itu memang mendewasakan. 
Hingga itu aku masih lagi mengguna akal semaksima mungkin. 
Mencari diri dan hikmah dengan cara aku sendiri. 
Tapi, mana mungkin aku tabah tanpa belas dan ihsan Pencipta. Siapa aku, tanpa Kau di hati.
Cukup waktu dan masa lalu. Ia sisi hidupku. Cukup, Noktah.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku punya lelaki yang sah dan halal di sisi.
Dia penyembuh luka. Dia lelaki yang ditaqdirkan Ilahi.
Menjadi peneman, kawan, sahabat, kekasih dan suami.
Terima kasih sayang!

Moga, aku akan terus dan terus mengenali dirimu hari demi hari. 
Hingga akhir nyawaku.
Bimbing aku ke jalan taqwa. Tiada lain yang aku pinta. 
Kerana kau suami yang kupercaya.
Harapanku agar cinta, kasih dan sayang kita mekar selamanya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke -2 bulan.


Lots of love,
E.J.A 
14 Mei 2014



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Tiada ulasan: