Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Selasa, Disember 28, 2010

Aku & Hati...

Acapkali hati dilanda rasa sunyi dan kosong yang terlalu. Mungkin hati kini tidak terisi seperti dulu. Walau bibir mengukir senyum, namun hati tetap sunyi. Sunyi. Bila sendiri hati mula bicara, berbisik pada kalbu, entah apa yang dicari. Puas diasak dengan pertanyaan,tapi tidak juga terungkai. Apa hati ini cuba berselindung dan menipu diri??

Hmmm... Hari yang mendung seakan mengerti sunyi yang bersarang di hati. Siapa lagi yang sudi mendengar. Sendiri juga. tetapi aku masih ada Kau. Kau juga yang sudi mendengar dan Kau juga yang memberiku jalan keluar. Kerana Kau yang lebih mengerti apa yang berselindung di hati...


Oh hati,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Hati

Assalamualaikum...

Daripada seorang sahabat...

"Hati yang sempit ibarat kolam yang airnya diisi dari luar.
Ia sedikit pengetahuan, mudah dikotori, mudah tersinggung.
Sebaiknya jadikan hatimu laksana sumur,
menjadi wadah sekaligus sumber mata air pngetahuan.
Bukankah mata air jelas lebih jernih daripada air dari luar?..."


Setulus hatiku,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, Disember 02, 2010

Jalan-jalan Cari Makan ~lunch time V(^.^)V~

Assalamualaikum.

Salam Disember!! Lama dah aku tak update blog ni. Dah bersawang, berhabuk dah ye. Hihi. Macam dalam gua pula.

Ok, entry kali ni, aku nak berkongsi tentang sebuah restoran jawa yang terdapat di Johor Bahru. Restoran tersebut terletak di Taman Impian Emas. Semua makanan dan menu yang disediakan di situ berasal dari Jawa, Indonesia. Senang cerita masakan dari negara Indonesialah. Dan hari ini, merupakan kali pertama aku menikmati hidangan makan tengah hari di situ. Setelah tamat segala urusan syarikat, aku dan kakakku yang tersayang pun menyinggah di restoran tersebut. Terima kasih pada cik akak, Arzeana (tak lama lagi nak jadi Puan) yang membawa aku menikmati makan tengah hari. Serius aku cakap, aku jatuh cinta pandang pertama bila menjejakkan kaki di restoran tersebut. Restoran tersebut memang cantik dan mendapat sentuhan 'ala jawa' dari segi material dan fizikal restoran.

Eh??? cerita punya cerita aku lupa rupanya nak beritahu nama restoran tersebut ek??Hehe... Inilah akibat terlampau gumbira dan teruja nak bercerita. Ok, restoran tersebut diberi nama
SSS... Hah? Apa pula SSS tu kan... Ha, ni yang aku nak cerita ni, SSS tu nama singkatan je, nama panjangnya ialah Restoran Saung Sunda Sawargi. Ha, nama pun dah 'Jawa' kan? Apatah lagi bila kita masuk dan menikmati hidangan di dalamnya. Memang terbaik.

Mari kita sambung cerita...

Restoran tersebut merupakan restoran Kelas A dan pengusahanya atau pemiliknya merupakan seorang Puan (perempuan) la kan. Sebab lesen premis tu sijilnya gambar org perempuan. Itu pun aku tengok dari jauh jek. Hehe. Mals nak berjalan la katakan.

Baik, bercerita mengenai servis pula. Usai sahaja kami duduk, salah seorang pelayan restoran tersebut datang dengan senyuman manis. Aku ingatkan orang Melayu, rupanya pelayan pun orang Indonesia, makanya aku dengan menggedik pun membuat tempahan makanan dengan menggunakan bahasa Indonesia (itupun setelah pelayan tersebut bertanya tentang menu yang hendak ditempah dengan menggunakan bahasa Melayu ala Indon -rupa-rupanya Indon-, koknya enggak dibilang awal2 ya). Hihi. Akak aku senyum-senyum kambing je bila aku terus tukar dialek ke bahasa ala Indon. Hehe. Layanan yang diberikan oleh pelayan tersebut memang terbaik. Sopan dan memikat hatiku. Ceeewaahhh.. Tau si dia masak aku. Tapi, hajat hatiku mahu juga membawa si dia makan di restoran ni nanti. Bila tu tak tau la kan.

Ok la, asyik cerita je mesti sukar dipercayai kan. Maka, aku akan melengkapkan lagi entry kali ni dengan gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa kami layan di restoran tersebut.

Mari sama-sama kita layaaannnn....


Mempersembahkan inilah dia Restoran SSS...
Payung 3 tingkat tu yang mahal tu..hehe...


Siap ada VIP Room lagi...


Masa untuk cik kak kita bergambar sementara menunggu hidangan.
Perhatian, cik kak ini bakal bergelar Puan...huk2..
Sila percaya ya!!


Suasana di Restoran SSS....shhhh...


Sedap woo air dia betul-betul fresh.
Yang putih tu aku punya~Jus Durian Belanda~ &
yang ungu tu akak aku punya~Jus Buah Naga~
Sluurrrp..aaahhh..sedapnya...dit3...


Ini pula hidangan makan tengah hari yang meyelerakan.
Namanya....Nasi Timbel Special...
Nasinya digulung dalam dau pisang..Nampak tak???
Sila telan air liur anda..yabedabedabeduuuu....


Oh! Sedapnya...
Tangan sapa pula main tepon tu.
Sibuks betullahs...(teruk betul bahasa Melayu aku ni)...


Setelah habis melantak...Errkk..Alhamdulillah...
Serius sedap!!


Lagi gambar hidangan yang telah habis ditelan.. Hihi..

Maka, sampai di sini sahaja segmen Jalan-jalan Cari Makan kali ini. Sampai berjumpa lagi. Oouuhh, sebelum aku terlupa, kepada korang yang nak mencuba makan di sini, jangan malu jangan segan, silalah berkunjung di sini. Memang tak rugi dan serius korang akan rasa apa yang aku rasa. Nama menunya pun agak pelik-pelik dan itulah tarikan utama pelanggan ke restoran tersebut. Renung-renungkan dan Selamat Mencuba!!!!!

Selamat mencuba,


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, November 21, 2010

Bestnya….lagu ni…

Insya Allah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insya Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Video & Lyrics Information

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

sumber: http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/insha-allah/
Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, November 03, 2010

Laporan Berlibur di Mid…

Assalamualaikum dan selamat malam.

Baik, entry kali ini merupakan laporan setelah puas berlibur dan tak mau balik ke hostel. Mari sama-sama kita baca dengan penuh khusyuk. (nak ke baca??)… (0__0)

Haaa… Tadi, aku dan Cik Intan dah habis berlibur dan menggedik di Mid. Hihi. Best sangat. Seperti yang telah dilaporkan dalam entry sebelum ini, 8 daripada 9 (8/9)tugasan yang disenaraikan telah berjaya dilakukan dengan baik sekali.Hahaha…(V^__^V) Satu pencapaian yang cukup hebat!!! (syabas jijaji!!!)…

Baiklah setelah puas merayap, mencuci mata, menggedik dan berlibur. Maka aku senaraikan barang-barang yang telah aku beli di sana. Jeng…jeng…jeng…


1. Jam tangan (murah jek kot, tetapi cukup menawan hati dan kalbuku). Jam ni dibeli sebab jam aku hilang di toilet, cuai betul aku ni. Nampak sangat tak tau jaga barang sendiri. Dah la jam kesayangan aku tu. Hua. T__T. Bila patah balik gi toilet, hasilnya… APA????JAM AKU DAH TAKDE??? (Susah hati, kalau kekasih hati tau, mau aku dileteri sepanjang perjalanan, pastu buat2 tak dengar dia membebel dan cuba lari dari topik)..

2. Kad buat si kekasih hati (cantik kata Cik Intan, dia jeles la tu…hahaha…)

3. Mug comel sangat (rasa macam nak makan jek, letak kat pipi dan tidur bersamanya). Over plak.


Hihi. Maka, itu sahajalah barang2 best yang dapat dibeli (ni sume pasal fulus dah makin menipis, tu la berjoli sangat sebelum ni, padan muka aku!)…T__T

Dan yang terakhir sekali, terimalah gambar-gambar yang sempat diambil masa makan di Secret Recipe. Berangan jek lebih. Menggedik pun ada. Ececece…hak2 (gelak gedik)…

Layaaaannn…

DSC00563

ayyo…kenapa bibirku muncung (padahal sengaja)…haha…

DSC00564

memang gambar kali ni, aku suka buat bibir muncung..haha..

DSC00562

ha, gambar yang ni tak muncung dah. hihi…


K, sampai sini dahulu laporan dari bilik berita. Kang cite panjang2, lain plak jadinya. hihi. Selamat Malam dan jumpa lagi.

Roger and Out!!!


p/s: Terima kasih kepada cik Intan yang sporting dan sempoi sepanjang misi menjelajah ke Mid sambil menggedik. Haha. ^__^V


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rancangan Cuti Yang Seketika...

Hmmm... Agaknya hari ni aku nak buat apa ek? Cik Intan ajak pergi berjalan-jalan cuci mata di Mid. Mungkin jadi la agaknya. Hihi... Tapi nak buat apa kat sana? Baiklah mari aku buat 'checklist' mana-mana tempat yang kitaorang nak pergi. Jom semak sama-sama.

1. Makan di Secret Recipe.
2. Berjalan-jalan di Jusco. Mungkin membeli benda yang bukan2 (walaupun fulus semakin susut).
3. Duduk2 tengok orang.
4. Berjalan-jalan tanpa arah tujuan.
5. Teman Cik Intan pergi pejabat pos (korek duit la tu).
6. Makan tako (takoyaki cedap...nyum3).
7. Duduk2 tengok orang sambil makan.
8. Berjalan-jalan selagi boleh.
9. Pulang dengan hati yang gembira (yeke?? erkk...)


Haha... Itulah antara aktiviti yang akan dilakukan hari ini. Kalau jadilah. Kalau tak jadi, maka jadilah aku puteri lilin, terperap saja di dalam bilik. Lalalalala....

Baiiiikkk......Tamat sudah sesi berangan.
.
.
.
.
.
.
.

K, aku nak kongsi sekali gambar2 kenangan dolu2, masa muda2... Yeke?? Jalan-jalan ngan kengkawan. Hihi.. Rindu wooo...Jom kita lihat siapa yang kena!!!

Layaaaannn....

v
v
v
v
v

lihat...itulah dia 4 dara pinggitan...
'cameragirl' tak masuk plak..ayyark!!!
cian dia...


ada lagi...
.
.
.
.

cuba teka di mana saya?...dalam tren...lalalala
(3 orang kat depan tu control jek)



menuju puncak!!!.. hehe bukan2...
menuju ke Kg. Baru...bip8..

.
.
.
.

cewah yang dibelakang tu...haha...
yang depan masih dalam 'mood control' ayu...

Tamatlah sudah cerita merapu hari ini. Sekian...


Rindunya saat indah bersama...T_T

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Oktober 31, 2010

Peperiksaan Terakhir!!...dit3..


1 November 2010
Asas Kepemimpinan dan Profesionalisme Keguruan
2.30 – 5.00 petang


2 November 2010
Guru dan Cabaran Semasa
2.30 – 5.00 petang


9 November 2010
Genre Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2.30 – 5.00 petang


Bertabah!!!..Hhiaark!!

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Jamuan Kelas 2010!

TARIKH : 26 OKTOBER 2010

TEMPAT : KINRARA GOLF CLUB

MASA : 9.00 MALAM

Lepas jamuan perdana selesai melabuh tirainya, kini kelas kami pula menyusul dengan jamuan kelas sempena sem terakhir kami di sini. Jamuan kelas kukira merupakan acara terakhir kami bersama. Kenangan suka duka bersama kawan-kawan di sini tetap ku ingati sampai bila-bila. Tak banyak aku nak ceritakan pasal kawan-kawan di sini. Cukup aku sahaja yang menyimpan 1001 kenangan.

Cuma, aku nak kawan-kawanku ini tahu bahawa merekalah kawan terbaik sepanjang aku di sini.

P1070075

Sayang kamu!!!…


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Oktober 25, 2010

Jamuan Perdana 2010… Kenangan Terindah!!

Pada 20 Oktober 2010, IPG kami mengadakan Jamuan Perdana di Dewan Puspanita, Putrajaya. Tema majlis ialah etnik kreatif kontemporari, warna merah, hitam atau gabungan merah dan hitam.

Jadi, aku ingin abadikan dan kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil di sana:

Mari sama-sama kita lihat. Jeng…jeng..jeng…

1. Gambar pertama: dengan si dia…teettt…vaneekaamm…

P1070003

V

v

v

2. Gambar kedua: bersama salah seorang kawan baikku..cik Intan…comel kan?

P1060974

v

v

v

3. Gambar ketiga: bersama rakan-rakan sekelas (masa ni baru lepas mendaftar). hehe…

P1060969

v

v

v

4. Gambar keempat: bersama rakan-rakan. Sebelah cik Intan tu, kawan baik saya juga. namanya Cik Suhana. (memakai tudung krim).

P1060988

v

v

v

5. Gambar kelima: di meja makan. hihi…teettt…

P1060989

v

v

v

6. Gambar keenam: bersama rakan-rakan. lalala…(yang penting gaya etnik) hehe…

P1060995

Ha, itulah beberapa keping gambar yang aku nak kongsikan dengan kalian. Saja buat cuci-cuci mata. hehe. Yang penting malam tu semua ‘vogue’ ya. Semua orang berseri-seri malam tu! Suka sangat.

Jamuan tahun ni merupakan jamuan yang terakhir aku bersama rakan-rakan lain. Hua… Rasa sedih sangat. Lepas ni, mesti susah nak jumpa lagi. Sediah tau. 5 tahun mengharungi onak dan ranjau berduri bersama-sama. Cewah. Gaduh-baik-gaduh-baik-gaduh-baik-gaduh-menyampah-baik-gaduh balik-baik balik….ei, sampai bila daa… Itulah dia ranjau dan duri masa berkawan. Tapi, yang penting, aku rasa bertuah sangat ada kawan-kawan yang ada di kala susah dan senang. Sayang korang. Muaaahhh… hihi.. (malu plak tiba2). Motif???

Ok, la. Sampai sini saja untuk kali ini. Kalau ada yang tak puas hati dengan gambar-gambar yang comel lote kat atas tu, sila bertabah ya. Jangan hempas pc atau lappy korang plak. hehe. K, Sekian.

-Roger n Out-


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, Oktober 21, 2010

Oktober: Bulan Bahasa Kebangsaan

Assalamualaikum...

Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Warganegara Malaysia, khususnya murid, pelajar, penuntut IPTA, IPTS, IPG dan sebagainya amat sinonim dengan program atau aktiviti yang dijalankan dalam bulan bahasa. Antara yang aktiviti yang dijalankan dalam bulan bahasa ini termasuklah, pertandingan seni pengucapan awam (pidato, syarahan, ucapan, pantun, forum dll), melukis poster, kempen membaca dan sebagainya.

Budaya Membaca


Sebagai bakal pendidik, seharusnya budaya membaca ini disemai dari bangku sekolah lagi. Bak kata pensyarah saya, En. Lee Thoo Hai,

"Kamu bakal menjadi ibu bapa kelak, seharusnya memainkan peranan penting terhadap anak-anak kamu. Sebelum anak-anak mengenal dunia yang baharu, amalan membaca seharusnya diterapkan pada anak sejak dari dalam kandungan ibu. Hal ini, agar anak yang dilahirkan nanti tidak kekok kerana sudah diberi pendedahan awal. Walaupun mereka masih tidak mengerti apa yang kamu katakan, jangan berputus asa, kerana anak-anak ini masih suci dan mudah menyerap semua perkara yang baharu yang berada di sekeliling mereka. Begitu juga apabila berada di luar rumah, bawa anak-anak kecil ini ke kedai buku agar mereka terbiasa dengan persekitaran yang sebegitu. Jika, anak kamu hilang nanti, maka kamu tahu bahawa mereka sebenarnya tidak hilang sebaliknya mereka ada di kedai buku yang berhampiran untuk membaca".

Baris kata yang terakhir itu kelihatan lucu, tetapi hakikatnya apa yang diperkatakan itu benar belaka. Masakan tidak, apabila anak-anak ini terbiasa dengan buku, maka mereka dapat menerima budaya membaca ini sebagai satu hobi dan sesuatu yang menyeronokkan, apatah lagi dengan fizikal buku kini yang sangat menarik, penuh dengan gambar-gambar yang berwarna-warni, penerangan yang ringkas dan jelas serta dapat menarik minat anak-anak untuk terus 'melekat' dengan buku yang dibacanya. Maka, amalan membaca ini bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk diterapkan pada diri anak-anak yang masih kecil. Pelbagai buku disediakan agar bersesuaian dengan tahap umur anak-anak. Sebagai bakal ibu bapa yang prihatin, apa salahnya mengeluarkan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan atau buku-buku untuk anak-anak kita kelak.

Sebagai kesimpulannya, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah yang menarik dan penuh berma'na ini:

"There is more treasure in books than in all the pirate's loot on Treasure Island"
-Walt Disney-

"Reading maketh a full man"
-Francis Bacon-

" A wonderful thing about a book in contrast to a computer screen, is that you can take it to bed with you"
-Daniel J. Boorstein-

" A library should be like a pair of open arms"
-Roger Rosenblatt-


Justeru, budayakanlah amalan membaca dalam kehidupan kita mulai saat ini!!

Mari membaca!!!


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Oktober 18, 2010

Dari Seorang Sahabat

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...


"Siang itu terang
Jangan gelapkan ia dengan dosa
Malam itu gelap
Teranginya dengan ibadah..."

-meen 181010-


Perkongsian,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Selasa, Ogos 31, 2010

Ramadhan... Pemergianmu ditangisi

Assalamualaikum. Salam Ramadhan penuh keberkatan!

Post kali ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu dan manfaat yang perlu kita ketahui dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan
  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
  • Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.
  • Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
  • Melakukan iktiraf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktiraf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan.
  • Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
  • Memperbanyakkan sedekah.
Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:
  1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
  2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
  3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.
Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar
  1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
  2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
  3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehnya.
Adab Mengakhiri Ramadhan & Menyambut Eidul Fitri
  1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan syaitan.
  2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala ni'matNya dengan bertahmid dan berzikir.
  3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
  4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat fitrah).
  5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Eidul Firi dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
  6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.
  7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
  8. Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahmi.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dalam Ramadhan yang bakal berakhir.


Sumber: Pamplet IKRAM Subang Jaya

p/s: kredit kepada Kak Amy atas kesudian beliau memberikan pamplet beliau kepada saya.



Ikhlas dariku,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Metoo di Hari Lahirku...

Assalamualaikum. Salam Ramadhan.
Post kali ini cuma gambar-gambar yang bercerita.


Metoo di dalam kotak. Hadiah yang telah dibuka.



Comel tak? dit3...


Indah sungguh si kembang pagi,

Berganding dengan si ros merah;

Kalau anda bijak bestari,

Metoo itu gerangan apakah?



Jawapannya...

V
V
V
V
V


Meetoo rupaa-rupanya si tabung. haha...


Terima kasih pada si dia yang memberikan hadiah yang begitu comel. Saya akan pastikan duit-duit akan disumbat ke dalam Meetoo si tabung. Jaga-jagalah kamu Meetoo. Saya akan kerjakan kamu!!!


p/s: Teringat tabung gajahku yang pecah. (tabung tu mendendangkan lagu kalau dimasukkan wang syiling ke dalamnya, hadiah dari arwah ayah. Hua. Sedih).
Aku menyambut hari lahir pada 26 Ogos 2010 yang lalu. Huhu...


Saya sayang Meetoo,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Ogos 22, 2010

Terima Kasih Guruku

Lagu ni, tak pernah kudengar.

Tapi, kali pertama melihat lagu ini dinyanyikan oleh murid-murid Pendidikan Khas (PK), hati menjadi sayu dan air mata hampir menitis. Walau bukan anak muridku, namun, nyanyian ikhlas mereka kurasakan cukup ikhlas dan tulus dari hati mereka.

Terima kasih kepada si dia sudi berkongsi cerita suka dan duka mengajar murid-murid Pendidikan Khas (PK) bersama. Walau aku tahu, aku tidak mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk mengajar mereka. Aku akui, PK bukan bidangku. Cukup sekadar cerita, gambar-gambar dan video yang menarik dan kadang kala menyentuh hati kecilku. Terima kasih!!!

lirik lagu :

Terima Kasih Guruku
daripada AFI Junior

Pagiku cerahku matahari bersinar
Kugendong tas merahku di pundak

Slamat pagi semua
Kunantikan dirimu
di depan kelasmu menantikan kami

Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terima kasihku

Nyatanya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan


Terimakasih Guruku


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, Ogos 18, 2010

Kasut Kelopak Jantung

Tulisan kali ini benar-benar panjang. Sunguh-sunguh meruntun jiwa. Kepada sesiapa yang sudi membaca dan tabah menghayati bait-bait ayat cerpen ini, hayatilah dengan setulus hati anda sebagai seorang "insan biasa".

Penulis : Ghazali Lateh

Hari ini Cikgu Harun menerima lagi sebuah bungkusan. Ketika balik dari surau malam itu, bungkusan itu sudah ada. Nama pada bungkusan itu sememangnya nama Cikgu Harun walaupun tidak bersetem atau tanda dihantar dengan pos. Cikgu Harun tahu benar pengirim bungkusan itu. Bukan pertama kali dia menerimanya, malah setahun dua kali sudah pasti, semenjak beberapa tahun yang lalu. Terutamanya ketika tibanya tarikh 16 Mei, bungkusan hadiah itu akan sampai seperti selalunya. Dia telah pun menduga.

Cikgu Harun sendiri tidak pasti tujuan pengirimnya berbuat demikian. Mahu menyindir atau benar-benar ikhlas. Atau sindiran dan keikhlasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu. Namun sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung pedalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika kedaifan masih menjadi sinonim dengan kehidupan marhaen di luar bandar.

"Bangun! Selamat pagi cikgu!"
Cikgu Harun tercegat di depan kelas. Matanya memandang sekeliling kelas darjah tiga itu. Akhirnya, seperti biasa dia tertumpu kepada Ahmad di penjuru kelas. Cikgu Harun memandang Ahmad lama-lama, dari atas ke bawah. Matanya yang besar dijegilkan ke arah Ahmad. Memang menakutkan bagi seorang murid darjah tiga seperti Ahmad. Tambahan pula, imej bengis Cikgu Harun sememangnya menjadi igauan anak-anak kecil rata-rata anak pesawah ataupun penoreh getah kampung.

"Ahmad, mana kasut?" tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras. Soalan itu bukan yang pertama, malah sudah berkali-kali semenjak sekolah dibuka beberapa minggu yang lalu.

"Belum beli, cikgu," jawab Ahmad dengan suara perlahan amat. Seolah-olah tidak kedengaran. Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya.

Itulah jawapannya yang diberikan semenjak soalan itu diajukan kepadanya. Itulah juga perbendaharaan kata yang keluar melewati bibir kering Ahmad. Dia tidak bercakap banyak. Mukanya ditundukkan apabila bercakap dengan orang, terutamanya Cikgu Harun. Dia tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Harun.

"Bila nak beli?" tanya Cikgu Harun. Pertanyaan itu tidak berjawab. Ahmad membatukan diri seperti selalu.

Begitulah setiap pagi semenjak tiga minggu yang lalu. Sebelum itu Ahmad memakai selipar Jepun lusuh ke sekolah. Selepas selipar itu putus, Ahmad hanya berkaki ayam. Tidak pernah ada kasut berwarna putih di kakinya.

Sepanjang tiga minggu itu Cikgu Harun bertanya soalan yang sama setiap pagi. Baginya Ahmad merosakkan keceriaan kelas. Murid lain semuanya berpakaian lengkap. Hanya Ahmad sahaja yang tidak. Pada fikiran Cikgu Harun, jika murid itu miskin pun, mustahil kasut sekolah pun tidak mampu dibeli. Bukannya mahal sangat. Pasti ibu bapanya yang tidak ambil kisah, jika Ahmad terus tidak berkasut.

Cikgu Harun bukannya garang sangat. Akan tetapi kerenah Ahmad sedikit sebanyak mencetuskan perasaan kurang senang dalam jiwa mudanya. Dan rasa kurang senang itu sering dilepaskan kepada Ahmad setiap pagi sehingga membuatkan budak hingusan itu termangu-mangu dan tersipu-sipu. Malu barangkali.

Cikgu Harun bertanya soalan yang sama setiap pagi ada tujuannya. Sekurang-kurangnya Ahmad akan mendesak ibu bapanya untuk membeli sepasang kasut untuk ke sekolah. Dia tahu jika dia tidak ambil kisah, perkara itu akan berlarutan. Malahan, anak-anak yang lain pula akan ambil kesempatan. Anak-anak kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayam waktu itu. Mereka sudah mangli dengan keadaan sedemikian. Kasut bukanlah satu barang penting dalam hidup mereka.

"Lepas ini kita akan ke padang untuk bersenam," ujar Cikgu Harun selepas bersungut-sungut tentang Ahmad yang tidak berkasut. Murid-murid segera menukar pakaian. Cuma Ahmad sahaja yang tidak berbuat demikian.

Di padang, murid-murid darjah tiga itu bermain riang. Semuanya memakai pakaian sukan yang lengkap. Mata Cikgu Harun sekali lagi tertumpu kepada Ahmad. Dia masih memakai kemeja putih lusuh dan seluar biru pudar. Kemarahan Cikgu Harun tiba-tiba datang semula.

"Ahmad, mari sini!" panggil Cikgu Harun segera. Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.

"Kenapa tak tukar pakaian?" Cikgu Harun terus bertanya. Ahmad tidak menjawab. Dia ketakutan. Pasti.

"Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa! Apa nak jadi dengan kamu ini?" leter Cikgu Harun setelah melihat Ahmad hanya diam membatu. Mahu sahaja dipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya.

"Saya dah tak tahan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu!" kata Cikgu Harun. Dia segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Ahmad akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berhadapan dengan budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Harun. Ahmad tetap tercegat dan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasal dari bandar itu.

Tiba-tiba Cikgu Harun terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun pisang itu. Di bawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu Harun memungut kelopak jantung itu lalu kembali ke tempat Ahmad sedang berdiri. Seperti menanti hukuman gurunya.

"Pergi cari tali!" arah Cikgu Harun kepad Ahmad. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah.

"Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!" Cikgu Harun memberikan perintah. Jarinya dituding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta simpati.

"Cepat!" jerkah Cikgu Harun apabila melihat Ahmad masih tercegat. Kali ini Ahmad tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan. Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali rafia dilalukan di bawah tapak kakinya itu. Kelopak jantung pisang itu kemudia diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu Ahmad. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah.

"Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!" Cikgu Harun memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu di dalam hati Cikgu Harun melihat anak jurid yang tak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. Dia tidak pernah membantah kata-kata guru. Katalah apa sahaja, dia tetap patuh tanpa banyak soal. Jauh sekali ponteng sekolah. Walaupun berkaki ayam, Ahmad tidak pernah ponteng. Itulah kelebihan Ahmad. Kegigihannya memang ketara. Cikgu Harun turut menyedarinya.

Ahmad berlalu. Air matanya mula meleleh, membasahi pipi cengkungnya. Kawan-kawannya mula tertawa melihat kasut baharunya itu. Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki. Dia serba salah. Hendak angkat muka, dia berasa malu. Semua yang ternampak kakinya, pasti akan tersengih-sengih jika tidak ketawa. Hendak tunduk, ternampak pula kasut baharu yang menyakitkan hati.

Terasa ketika itu kakinya macam kaki gajah untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah, Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung, kudung kedua-dua belah, kiri dan kanan. Ahmad semakin malu memikirkan semua itu. Waktu rehat Ahmad tidak keluar. Dia hanya menanti deringan loceng waktu pulang dengan gelisah. Pasti sepanjang jalan nanti semua orang akan melihat kakinya yang berkasut kelopak jantung itu.

Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sekejap pun dia tidak berhenti kerana malu kakinya dilihat orang. Jika berselisih dia akan ke kaki lima jalan atau masuk ke dalam semak rumpun semalu di tepi jalan. Dia sudah biasa meranduk semak begitu. Sakit hatinya kini lebih perit daripada tertusuk duri semalu di tepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi hatinya yang terhiris.

Besoknya, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.

Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

"Dia kata hendak berhenti sekolah, cikgu!" kata salah seorang kawan Ahmad. Jawapan itu menjadikan Cikgu Harun tersentak. Dia mula merasa bahawa Ahmad telah berkecil hati. Cikgu Harun tidak menyangka bahawa tindakannya telah menyentuh perasaan muridnya. Rasa bersalah mula menyerang perasaannya. Dia mula berasa kehilangan Ahmad. Niatnya, dia mahu Ahmad menjadi seperti murid-murid yang lain di sekolah itu.

Jika Ahmad berhenti sekolah, Cikgu Harun berasa dia gagal dalam kerjayanya. Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-muridnya berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu. Dia mula insaf bahawa tindakannya terhadap Ahmad keterlaluan. Selama ini walaupun dimarah beberapa kali Ahmad tetap datang ke sekolah.

Petang itu, Cikgu Harun mengambil keputusan untuk ke rumah Ahmad. Dengan panduan murid-murid lain, dia melalui denai-denai sempit dengan motosikalnya ke hujung kampung.

"Jauh juga rumah Ahmad, " bisik hati kecil Cikgu Harun. Dia mula membayangkan betapa sukarnya Ahmad ke sekolah setiap hari. Berjalan tanpa kasut dalam semak seperti itu. Batu kerikil di sepanjang jalan sudah tentu menyakitkan kaki anak kecil seperti Ahmad. Pohon semalu yang berduri memenuhi jalan sudah pasti memeritkan tapak kaki kecil milik Ahmad.

Sebaik sahaja samapai di sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun di dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

"Ahmad!" teriak Cikgu Harun. Suasana sunyi kembali. Tiba-tiba seorang wanita separuh umur muncul dari belakang rumah, terhincut-hincut dan uzur benar.

"Ahmad tak ada. Dia pergi ke kebun mengambil upah petik cili. Sebentar lagi dia balik," kata orang tua itu. "Encik ni siapa?" tambahnya kemudian.

"Saya Cikgu Harun." Riak wajah wanita itu terus berubah mendengar jawpan itu.

"Jemputlah naik," pelawa wanita itu. Cikgu Harun dapat meneka bahawa wanita itu ibu Ahmad daripada raut wajah.

"Tak apalah! Saya nak jumpa Ahmad," balas Cikgu Harun.

Tidak lama kemudian, Cikgu Harun terpandang kelibat seorang budak lelaki berjalan di celah-celah semak belakang rumah. Pergerakan budak itu tidak lancar. Cikgu Harun hanya menanti dengan sedikit debaran di dada.

"Ahmad!" sapa Cikgu Harun apabila budak itu hampir dengannya. Ahmad seperti terkejut dengan sapaan dan kehadiran Cikgu Harun. Dia terus sahaja membatukan diri. Cikgu Harun memerhatikan Ahmad dari atas ke bawah. Pandangannya terlekat pada kaki Ahmad. Kelopak jantung pisang yang sudah berjurai-jurai masih terlekat pada kaki comot budak lurus itu.

"Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini?" tanya Cikgu Harun pantas. Perasaanya mula tersentuh. Dia tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak murid yang selalu mengganggu perhatiannya.

"Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru," jawab Ahmad terkebil-kebil. Jemari halus kelihatan kemerah-merahan, barangkali bekas keperitan bekerja memetik cili api di kebun sayur berdekatan.

Air mata Cikgu Harun gugur tanpa disedari. Dia terus sahaja menghidupkan enjin motosikalnya. Dia melalui denai-denai sempit menuju ke arah pekan berdekatan. Di pekan itu, dia membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.

Kemudian, Cikgu Harun bergegas pulang. Dia terus ke hujung kampung. Dia menyerahkan beg plastik berisi pakaian sekolah itu kepada Ahmad. Ahmad tetap dengan caranya berhadapan dengan guru darjahnya itu, diam.

"Ahmad, esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni," kata Cikgu Harun. Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya terketar-ketar.

"Terima kasih, cikgu," kata Ahmad ketika Cikgu Harun membuka ikatan kasut kelopak jantung yang berjurai-jurai hancur di kakinya.

Kini, Cikgu Harun telah bersara daripada tugas mendidik yang dilaluinya lebih daripada tiga puluh tahun. Dia pernah mendapat khabar beberapa tahun yang lalu, Ahmad menjadi seorang peniaga di pasar malam. Ahmad menjual pakaian dan berbagai-bagai jenis kasut. Namun begitu, dia tidak pernah menemui anak muridnya itu. Anak murid yang menjadikan Cikgu Harun seorang guru yang penyayang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Cikgu Harun tidak membeli kasut lagi. Dia sering menerima hadiah kasut-kasut mahal dan berjenama daripada bekas muridnya yang pernah dipakaikan kasut kelopak jantung. Setiap kali sempena Hari Guru dia mendapat sepasang kasut baharu. Walaupun dia masih waswas dengan pemberian itu, Cikgu Harun yakin bahawa Ahmad ikhlas. Dalam setiap bungkusan, Ahmad sering menyatakan keikhlasan mengenang jasa guru yang menjadikannya seorang insan yang berjaya. Dia telah memegang jawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Katanya, kasut kelopak jantung benar-benar menyedarkannya betapa pentingnya kasut kepada manusia.


Di Kaki Mimbar, 2007.
Cerdik Publications Sdn. Bhd.

p/s: Air mataku menitis lagi saat menaip satu demi satu bait-bait ayat yang terlakar. Hmm...


Sekadar perkongsian,

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Ogos 01, 2010

Ikan Keli Africa

Assalamualaikum semua...

Kali ini aku ingin berkongsi sesuatu maklumat tentang ikan keli.

Ikan keli merupakan ikan air tawar yang bayak terdapat di negara-negara ASEAN khususnya, di Malaysia. Di sesetengah tempat seperti di Selangor, ikan keli turut dikenali sebagai 'ikan semilang'. Bagi orang Perak pula, 'ikan semilang' hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kawasan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong, dan Paloh Hinai, Pekan. Ikan keli juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor dan Bera. Keli juga menghuni di kawasan anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai, hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, dan terdapat juga di Sungai Serting.

Antara jenis ikan keli yang boleh didapati ialah :
  1. Ikan Keli Kayu
  2. Ikan Keli Bunga
  3. Ikan Keli Eksotika
  4. Ikan Keli Limbat
  5. Ikan Keli Mata Kati
  6. Ikan Keli Rusia
  7. Ikan Keli Afrika
  8. Ikan Keli Jeram dan
  9. Ikan Keli Hutan
Sesi bercerita pula...jeng...jeng...jeng...

V
V
V


Semalam, aku telah berkunjung dan cuci mata di The Mines. Hajat hati nak menaiki bot yang disediakan mengelilingi tasik buatan di The Mines tersebut, tetapi, hajat hatiku tidak kesampaian.

Setelah meneliti tiket harga yang dipaparkan, wow! cukup mahal ye. Hehe... Maka, tak jadilah aku nak mencuci mata sambil mengambil gambar pemandangan yang menarik. Mungkin lain kali sahajalah aku menaiki bot tersebut. Untuk mengubat hatiku yang lara, maka aku pun mengambillah beberapa keping gambar 'Ikan Keli Africa' yang terdapat di tasik tersebut.

Inilah gambar-gambarnya:

tengok tu..huhuii..


berenang-renang di tepian...


berenang-renang...ewahh...


eee..geli pula bila banyak-banyak ni...


wow..banyaknya..


berenang bersama rakan-rakan..


jangan tenung lama-lama, geli!


Itulah dia sedikit perkongsian ilmu. Ha, kalau nak tengok secara langsung, jangan lupa berkunjung ke The Mines ya! Kalau suka, jangan lupa tekan butang 'suka' di bawah.

Sekian... Tamat...hehe...




Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Julai 18, 2010

Syafaat Syaaban...

Assalamualaikum..

Dah lama saya tidak menulis entry yang baharu untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Maaf lantaran diri sibuk dengan pelbagai urusan yang perlu diutamakan. Harus diselesai satu persatu.

Rejab sudah 6 hari berlalu meninggalkan kita. Kini, Syaaban pula mengambil alih tugas mengikut kitaran yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Tanggal 6 Syaaban sudah menjelma. Terasa cepat benar masa berlalu. Kedatangan Ramadhan sangat-sangat dinanti. Menunggu bulan yang penuh dengan limpahan keberkatan dan hidayah tentunya.

Post kali ini, saya ingin berkongsi dengan semua tentang syafaat yang tersirat dalam bulan Syaaban ini.

Keistimewaan Syaaban



















Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.

1. Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Sedikit perkongsian untuk kita semua. Saya berharap agar kita semua dapat melakukan seberapa banyak amal dan sentiasa memberi peluang kepada diri sendiri untuk menunaikan sesuatu yang bermanfaat kepada diri yang berhak.

Semuanya kerana Allah...

Sekian, salam alaik!!

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!