Tarikh : 3 Mac 2010
Lokasi : Stesen Minyak BHP, berhampiran Seksyen 17
Masa : 7.15-9.20 pagi
Hari ini merupakan salah satu kenangan manis dalam hidupku..
hahaha...
Mana taknya sepatutnya hari ini aku diselia oleh Pensyarah pembimbing. Sekali tak jadi pula. Nak tau sebab apa? Begini ceritanya...
Sedang aku dan kawan praktikumku, Suhana memecut laju hampir ke lebuhraya untuk ke sekolah, tiba-tiba Su mengurangkan kelajuan motor, dalam hati aku ni, dah cakap, kenapa plak ni. Rupa-rupanya, dia rasa macam tayar motor 'gelong'. Aku pun segera turun dari motor dan melihat tayar. YAAAAA!!! Memang tepat sekali. Tayar motor kempis habis.
Nasib kami baik, kerana lokasi kejadian berdekatan dengan stesen minyak BHP. Aku dan Su pun menyorong motor menuju stesen minyak. Tanpa berlengah, aku segera menelefon kawanku Munir untuk meminta nombor telefon sekolah (inilah akibat tidak menyimpan nombor tel.sek). hihi. Menyusahkan orang lain pula. Tapi, Allah tu Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani, ditaqdirkan Allah si Munir bertanya kepada aku, tentang apa yang berlaku. Mujur sahaja dia dalam perjalanan ke sekolah, maka dia membuat keputusan untuk menemani dan menolong kami yang di dalam kesusahan. Alhamdulillah. Sementara menunggu si Munir ni sampai, kami berdua bersarapan 'nasi lemak panas + air mineral' di stesen minyak tersebut. Rezeki...
Kami bertiga pun sempat bersarapan di stesen minyak. Kami bertiga berbincang bagaimana mahu menyelesaikan masalah 'tayar pancit' ni, maka dipendekkan cerita, aku dan Munir pergi mencari bengkel motor di Seksyen 17, malangnya semua bengkel tutup. Alamak. Aku pun buat keputusan, kembali semula ke stesen minyak bersama Munir dan cuba menelefon pomen yang telah tersedia nombor telefon mereka di merata-rata tempat. Aku pun mendail nombor-nombor yang tersedia itu, kali pertama, tak dapat, kali kedua pun tak dapat, cuba pula nombor yang ketiga, akhirnya....berjaya!!!!!!!!! Pomen tu pun cakap dia akan sampai dalam masa 15 minit. Sedang asyik menunggu pomen, tiba-tiba telefonku berbunyi, panggilan dari sekolah rupanya yang mengatakan bahawa PENSYARAH aku nak bercakap. Ehem..ehem... maka aku pun bercerita pung pang pung pang...dan PENYELIAAN aku pada hari ini dibatalkan. Mujur sahaja, pensyarah kesayanganku itu memahami.
Pomen pun sampai dan membaiki motor. Tiba-tiba, dia datang.....dengan motor besarnya...dia datang....ewah. Hehe. Pensyarah aku sampai di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri bagaimana pelajarnya ditimpa kemangalan. Ha, jangan tak tahu pula kemalangan itu bermaksud (kemalangan = ke+malang+an yang bermaksud ditimpa malang), begitulah yang dikatakan oleh pensyarah kesanyangan ku.. Hahaha. Terpinga-pinga semua orang bila dia menyatakan hujah sebegitu rupa. Jangankan semua orang, aku pun tak sangka begitu rupanya maksud kemalangan. Betul dan tepat sungguh maksudnya. Pensyarah bahasalah katakan.
Tapi, apa yang menyentuh hati dan sanubariku, apabila melihat kedatangan pensyarah aku di stesen minyak tu. Sungguh menyentuh sukma. Beliau sanggup membuat 'U-turn' dan melihat sendiri situasi kami ketika itu.
Dipendekkan lagi cerita, kami akhirnya sampai ke sekolah pada pukul 9.30 pagi.
Dan inilah hari yang paling manis dan kenangan terindah sepanjang sebulan ber+PRAKTIKUM.
lebih kurang beginilah keadaan tayar motor kami yang pancit
Terlupa plak aku nak ambil gambar masa pomen tu dok membaiki tayar motor. Adoyai..
p/s:
- Terima kasih kepada sahabatku, Suhana kerana sanggup bersusah payah bersama.
- Terima kasih kepada Munir yang sudi menemani dan menghulur bantuan di kala kesusahan.
- Terima kasih buat Pensyarah Pembimbing yang sanggup datang melihat dan memastikan keadaan kami selamat di stesen minyak.
- Terima kasih buat sesiapa jua yang membaca post blog aku kali ini.
2 ulasan:
hahahaha..xpe2..bsabar eh..aku dh bese dh mgalami ke'malang'an sedemikian rupa.so pasni, ko ade la kenangan yg same cam aku kn..heheheh
cheeeettt..hahaha..teruskan bergiat dalam dunia perblogan ye..
syabas!!!
Catat Ulasan