Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Ahad, Mac 28, 2010

Apa nak buat ye??

Persediaan bakal guru apabila posting nanti:

Apabila, anda telah ditugaskan di sesebuah sekolah dan dilantik menjadi 'GURU KELAS', beberapa aspek penting perlu anda ketahui iaitu :

Sebagai Guru Kelas:

a) Persediaan mental dan fizikal diri
  1. pedagogi
  2. kemahiran mengawal dan mengurus kelas
  3. ilmu dan pengetahuan
  4. penguasaan teknologi dan komunikasi
  5. mempunyai idea yang kritis dan kreatif

b) Persediaan fizikal kelas
  1. menyediakan 1 cermin besar dalam kelas (ada rasional tersendiri-sentiasa mengingatkan murid bahawa cermin diri sendiri, cikgu pun sama)
  2. cat warna kelas yang kondusif dan selesa
  3. ruang atau sudut bacaan yang cantik dan menarik
  4. ruang santai, berehat atau aktiviti
  5. paparan maklumat yang ringkas padat dan menarik
  6. perlu ada sentuhan seni dan kata-kata hikmat sebagai pembakar semangat
  7. kebersihan kelas
  8. susunan perabot, kerusi dan meja yang teratur dan kemas
  9. paparan peraturan kelas yang perlu dipatuhi oleh murid

Setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini, selamat mencuba!!!

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

2 ulasan:

syima berkata...

persediaan batiniah xdok ke??hohohoho

Tanpa Nama berkata...

persediaan batiniah tu bile ko dah berkahwin jekk..
ha, mungkin ko boleh kemukankan post persediaan batiniah..hahahaha..

-e.j.a-