Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Jumaat, November 13, 2009

Entah...

Bosan... Kala ini sendirian tanpa teman. Masa cuma terisi dengan mengadap komputer sahaja. Hendak membaca, tapi, hati kuat memberontak. Mungkin perlu keluar dari penjara yang dicipta. '

Jiran' sebelah pulang ke kampung. Entah bila pula akan pulang semula. Kalau 'jiran' di sebelah ada, pasti banyak cerita yang dibualkan. Bila imbas kembali cerita-cerita yang dikongsi bersama, terasa lucu menghambat jiwa.

hahahaha.

Tapi, 'jiran' itu banyak mengajar dan membantu aku menjadi seorang yang lebih baik. Mungkin itulah hikmah yang diberikan olehNya agar aku mendapat manfaat dan kebaikan. Walau aku berduka, pasti ada teman setia menemani.

Buat sahabat-sahabat yang tersayang, terimalah kata-kata ini sebagai wadah rindu dan sayang buat kalian :

'Friends are like pieces of puzzle. If you lose one it will never be complete.
Just want you to know you're one the pieces I can't afford to lose".

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

1 ulasan:

-sYiMa- berkata...

betol tu cikgu..utk melengkap kan 1 gambaran puzzle tu pun perlukan masa yang lama..maksudnya, ikatan antara cebisan-cebisan puzzle tu perlu kuat supaya mereka-mereka tidak dapat di hancurkan..senang kata, bile dah siapkan puzzle tu, terus la frame yer..hohoho..so xakan ada yang hilang mahupun hancur..hehehehehe