Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Rabu, November 11, 2009

Hari Berdarah!

Andai hati ini dapat terbang, adakah kembali bahagia?

Hari berdarah yang penuh dengan tinta dan kabus hitam. Semuanya serba tidak kena. Semuanya jadi caca merba. Jauh sekali untuk mengukir senyuman di kala ini. Hati masih sakit dan berdarah.

Namun, aku masih beruntung, punya teman di sini jua di sana. Bisa saja aku bercerita meluah rasa. Bagi teman di sini, pasti tangis hiba bersulam cerita jadi santapan halwa telinga. Masing-masing meluah rasa, melakar duka. Walau pedih sepahit hempedu, namun sahabat yang baik pasti kekal di situ. Memberi harapan dan menjadi pendengar setia.

Walau sahabat di sini jua di sana bersedia seia sekata, tetap ada yang kurang jika terlupa padaNya. Saat dahi ini menyentuh lembut tikar itu, hati yang berdarah kian sembuh dari derita. Pasti Dia lebih mengerti pastinya. Limpah kasih sayangNya tidak pernah surut pada hambaNya.

Hmm... Biar hari ini berlalu begitu sahaja. Hari-hari mendatang pasti penuh 1001 rahsia. Apa yang pasti aku perlu tabah menghadapinya...

:: eja ::


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmm..hari ni memang hari yang menyedihkan..

Tanpa Nama berkata...

lalalala..

tasia berkata...

redha adalah penawar terbaik dlm mmbina sebuah kesabaran dlm diri.. hati kena kuat terima.. jgn sesekali bputus asa..

Eja berkata...

hmm..insya Allah..harap saya dalam lindungan Allah..

Eja berkata...

hmm..insya Allah..harap saya dalam lindungan Allah..

Tanpa Nama berkata...

adakala, apa yang kite buat keterlaluan untuk diperlakukan pada org lain, tapi, adakah mereka yang berlaku kejam memikirkan perkara yang sama???