Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Isnin, Februari 15, 2016

Tahun baru, nak aktif berblog. Kau hado??

Assalamualaikum.

Sejak aku dah jadi wife orang ni, Blog yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh ni terbiar begitu saja. Ntahkan sarang lelabah, segala semak-samun, zoo pun ada agaknya dalam blog aku ni.

hihi. Takpelah yang penting, semangat masih ada. Walau kadang ada, kadang lenyap dibawa angin lalu. Alahai. Macam novel le plak.

Okla, sempena tahun baru ni, nak tukar dulu apa yang patut, gambar zaman muda remaja tu pun nak kena tukar dah. Maklumlah umur pun meningkat naik. Wokey. Nanti sambung lagi yek

Astalavistaaaa......
Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Disember 01, 2014

Situ Sana Sini

Hari ni menemani en.hubby ke Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Hihi. Esok aku g ke Seremban pula. Weehuu..
Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, Mei 14, 2014

Titipan Buat Dia, Suamiku!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Masih lagi diberi kesempatan mengecap ni'mat iman dan Islam dalam diri. 
Masa pengubat. Masa penyembuh luka. Alhamdulillah, segala urusan dipermudah. 
Bernaung di bawah lembayung rahmat Allah yang tak pernah berbelah bahagi. 
Hanya Dia maha mengerti. 

Ya, memang cinta, kasih dan sayang, Dia yang kuniakan.
Maka atas alasan kukuh itu, aku masih lagi punya fikiran waras yang tidak menjerumuskan aku
dalam gaung diri sendiri. 
Pengalaman itu memang mendewasakan. 
Hingga itu aku masih lagi mengguna akal semaksima mungkin. 
Mencari diri dan hikmah dengan cara aku sendiri. 
Tapi, mana mungkin aku tabah tanpa belas dan ihsan Pencipta. Siapa aku, tanpa Kau di hati.
Cukup waktu dan masa lalu. Ia sisi hidupku. Cukup, Noktah.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku punya lelaki yang sah dan halal di sisi.
Dia penyembuh luka. Dia lelaki yang ditaqdirkan Ilahi.
Menjadi peneman, kawan, sahabat, kekasih dan suami.
Terima kasih sayang!

Moga, aku akan terus dan terus mengenali dirimu hari demi hari. 
Hingga akhir nyawaku.
Bimbing aku ke jalan taqwa. Tiada lain yang aku pinta. 
Kerana kau suami yang kupercaya.
Harapanku agar cinta, kasih dan sayang kita mekar selamanya.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke -2 bulan.


Lots of love,
E.J.A 
14 Mei 2014



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Mood Kahwin-kahwin!

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, 
hari ini genap 2 bulan aku menjadi isteri yang sah kepada En.Mohd Khairulnizam bin Basiron. 
Diam-diam dah jadi isteri orang ko eja oi....(tapi, perangai still the same)....
14 Mac 2014 - 14 Mei 2014!!

#Tarikh nikah aku anggap sebagai tarikh anniversary ok!!!# LOL...

NIKAH : 14 MAC 2014
SANDING : 15 MAC 2014

Aku sendiri tak jangka jalan perkahwinan dan jodoh dipermudahkan urusannya. JODOH ok!!! So, percaya pada jodoh, qada' dan qadar. Pengalaman lepas banyak mengajar aku menjadi lebih dewasa kini. 
Tipu la kalau tak dihantui dengan kenangan. Sakit memang sakit. Allah sahaja maha mengetahui hati aku. Kenangan memang tak boleh hilang. 
Melainkan kalau ada 1 sistem atau software yg boleh format otak aku ni. 

Mohon korang semua, kawan-kawan yg aku sayangi, doakan kebahagian aku dan suami. Permudahkan urusan kami. Dan moga bertambah rezeki dan dapat menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. Aamiiinnn....

Nah, khas untuk tatapan semua. Beberapa keping gambar perkahwinan kami.
^___^V

ALE....ALE...ALE....ALE...ALE...ALE...ALE...ALEEEEE....
Eh??? Nyanyi lagu Johor plak...hehe...





Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, April 15, 2013

Galaukah aku?


GALAU
Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu

~ SITI NURHALIZA ~

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Omongan Kosong

Berbicara dengan laut. 
Tanpa suara. Tanpa kata. 
Yang ada cuma alunan lembut desiran sang air. 
Mendamai jiwa malah memujuk rasa. 

Alam semulajadi nian indah seolah melakar rasa, siapa sahaja kita di bumi ini. 
Lantas diri terasa jauh kerdil. Melihat lautan seluas itu, pasti saja rahmat Allah Maha Luas. 
Tak terhitung tentunya. Tak terjangkau dek akal. Tak tergambar dek mata.

Di sini, kapal, lampu warna-warni, kereta api, 
pasangan manusia, pepohon dan lautan melakar semua tentang kehidupan. 
Kala diri masih terbelenggu dengan mehnah dunia, tiada bait kata berma'na keluar dari ulas bibir. 
Menerobos lubuk jiwa yang tiada penghujung seolah tidak berjumpa dengan pengakhiran yang pasti. Kehidupan bagaimanakah yang didamba? Masih jua dilanda badai tak bertepi. 
Tuntutan kerja seolah-olah memaksa diri menjadi manusia 'pak turut' yang terus dihanyut arus duniawi. Pengertian kehidupan apakah ini? Kejam.....Kejam....Kejam....
Kejamkah aku pada diri sendiri. Lantas, jawapan apakah yang pasti????

p/s : Enrtry kali ini buat mereka yang mahu mengerti. Maaf, saya celaru.

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, April 10, 2013

Ketengangan Hati

Bicara Al-Hidayah, semasa menonton di TV3. Sekadar perkongsian cuma. Moga beroleh manfaat.

Untuk memiliki ketenangan hati, kita mestilah menJAUHI 5 PERKARA:

  1. Terpengaruh dengan bisikan syaitan
  2. Mengikut hawa nafsu
  3. Tidak berbuat ihsan
  4. Hilang keyakinan kepada Allah
  5. Menidakkan ciptaan Allah
Sama-sama kita bermuhasabah diri. Yang penting berubah untuk diri sendiri!
Salam ukhwah~





Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, April 01, 2013

Semangat, Harapan & Impian

Assalamualaikum...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Diri terbelenggu antara semangat, harapan dan impian. Semenjak bekerja ni, semangat diri tak sehangat dulu. Harapan makin pudar dan impian entah bila akan terlaksana. Kala diri semakin hilang arah dan tujuan, semangat yang kian pudar, perlu disegarkan semula. Nasib sahaja, punya teman yang sudi mendengar segala coretan rasa yang terbuku di hati.

Sekaranglah masanya untuk bangkit. Kalau dulu berteman, kini keseorangan. Kalau dulu gembira, kini bersedih, Kalau dulu ceria, kini hilang serinya. Semuanya kerana dulunya kita punya TEMAN. Tapi, Allah itu pasti sahaja mahu menguji kita, melihat sejauh mana kita mengingatiNya.

Kata seorang teman itu, Allah rindu melihat kita mengadu padaNya. Dia rindu kita menangis keranaNya. Dia rindu menunggu kita bergantung dan berharap padaNya. Dan yang paling dinduiNya, hanyalah DOA seorang hamba. Ya, kerana kita bukan sesiapa di dunia ini. 

Maka, atas nasihat daripadanya, aku mula berfikir dan mencari diri yang kupunya dulu. Masih berkesempatan menelusuri kehidupan lebih bahagia selepas ini. Pasti sahaja, aku yang perlu mencari semangat diri yang hilang, memungut semula bingkai kaca kehidupan penuh warna yang kukecapi dulu. 
Ya, siapa lagi yang boleh mengubah kalau bukan aku sendiri. 

Ini semua antara aku, AKU dan PENCIPTA. 

Terima kasih Allah atas semua ini. 
Pasti sahaja aku bersyukur.
Alhamdulillah...

~Salam Permisi~

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Mac 18, 2013

Bantu aku Ya Allah!


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

by; shafiqolbu

Credit to:
 http://shafiqolbu.wordpress.com



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Februari 04, 2013

Suka-suki Hari Ini!

Assalamualaikum...

Pagi ni aku pergi ke sekolah awal daripada biasa. Selalunya 6.45 pagi baru keluar rumah. Tapi, hari ni pukul 6.35 pagi aku dah 'start' enjin kereta menuju ke sekolah. Rasa macam ada sesuatu yang aku kena buat hari ni. Tapi....Hmmm...Lepas je 'punch card' aku terus menuju ke kantin untuk bersarapan. Makan la kuih 3 ketul, tak cukup tu, belasah pula nasi lemak daun pisang. Alhamdulillah, rezeki hari ini, ada orang nak belanja. Hihi...Bahagia betul pagi ni.

Perasaan aku rasa tak sedap, sebab macam ada benda yang aku kena buat. Puas fikir tapi tak dapat 'aim' lagi apa benda tu. Tengah sedap-sedap aku makan nasi lemak, dua orang murid datang jumpa aku.

 "Cikgu, Cikgu Noraini panggil ke dewan sekarang." Hah??? 

Tu dia, barulah aku teringat, hari ini aku kena jadi Pengacara Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber. Sudahnya, terkocoh-kocoh aku ke dewan. Tapi, masih lagi buat muka selamba. Kih3. Lalalalala... Spontan sudah kan. Weeee...

Biasalah, aku bila dah 'last-last' minit jadi pengacara ni, aku gunakan ajelah segala kederat dan teks yang teringat kat dalam kepala otak ni. Yang penting kena cool, tenang dan hirup udara yang nyaman. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada Sang Pencipta kerana menganugerahkan bakat yang punya hikmah yang manis dan penuh tersirat. 

Satu je aku terlupa. Gambar??? Hadoi lupa pula nak ambil. Tak mengapalah. Yang penting, aku gembira dapat membantu majlis rakan-rakan sekerja. Apa salahnya kita bantu orang yang memerlukan kan?? Semoga Allah dapat memberikan aku kesihatan agar aku dapat terus melaksanakan amanah yang tergantung di pundakku ini dengan baik dan sempurna.

Akhir kata: (dah macam ucapan la pula...hik3)
"Sesempurna mana pun kita di mata orang, tetap tidak sempurna selagi mana kita tidak belajar erti bersyukur. Kerana kita hanyalah Hamba yang diberikan pinjaman ruang dan peluang daripadaNya". 

 Ok, sekian sahaja daripadaku untukmu...Ceeeewaaahh..
Wassalam...

^__^



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Selasa, Januari 15, 2013

Lebih Feminin, Lebih Ummphh...

Assalamualaikum...

Hehe, tajuk entry kali ni tak nak mengalahkan. Ha, class kau Jah.. Hahaha... Lebih Feminin, Lebih Ummpph..

Dah macam 'trademark' plak ye.

Ok, alhamdulillah. Blog aku telah selamat di-renovate dikemaskini dengan jayanya. Terima kasih kepada adik aku Noor Idayu Mohd Nashiruddin yang sudi membantu mengemaskini blog aku dengan wajah yang baharu ini. Nampak taakkk?? Hihi...(Walaupun aku la yang mula-mula membina blog, tetapi dia lebih dahulu mendahului aku dalam bab hias-menghias blog ni)----> Kenalah mengakui kan...Benda sahih. Hehe...

Walau bagaimanapun, azam tahun baharu ni, aku harap sangat-sangat agar aku dapat 'update' entry blog paling tak pun seminggu sekali. (Tolong la diri kau sendiri Eja oiii)...

Jadi, korang doakan la aku agar sentiasa rajin menulis lepas ni ok?

Ok, salam singgah dan salam blog walking buat korang yang memang best!!!

Jumpa lagi....Tataaa... Yabedabeduuuu....


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Jumaat, Disember 07, 2012

Jenjalan di waktu pagi. Kau adoo??

Assalamualaikum...

Baiklah, selepas selesai solat Subuh pagi tadi. Aku boleh sambung tidoq balik kan. Fuuhh. Syok tau. Pasai pa? Sebab pada waktu Subuh adalah waktu yang sejuk dan mendinginkan + selimut aku paling best dan lembut. Hahahaa. Maka, dalam kol 8.10 pun aku bangun setelah mak aku menjerit-jerit memanggil namaku supaya bangun. Hihi.. Teruk Baik betul anak dara sorang ni. Miaaahaahahahaaa...

Sebenarnya, pagi ni dah janji ngan mak aku. Ada beberapa hal yang aku kena settlekan dengan beliau. Tapi, aku cuma driver terhormat je. Sebab mak aku ada satu peel yg pelik iaitu, malas nak bawak kete sebab susah nak cari parking? Ye ke? Hihii... Mungkin la sebab golongan mak mak ni kalau bawa kete ada peel pelik sket. Kaaauuu. Aku sudah merepek kerepek.  

Baiklah, mari kita melihat destinasi yang telah kitaorang jelajahi pada pagi ni:

Start je enjin kereta, tempat yg pertama kitaorang shoot ialah:
1. Bank - cucuk duit

2. Bank lagi - bank in duit 

3. Bumbung Hijau - nak gi sarapan (sekali akak tu cakap, belum siap lagi la lauk-pauknya, kuah rojak pun belum siap lagi). Hambek kau. Dengan muka yang agak termalu, kami pun blah. 
Naik kereta cepat-cepat dan memecut. Miahahaha.

4. Green Point - Adik aku bersuara: "Sarap kat sane je la. Dekat. Aus dah lapar ni!" Dia ingat dia sorang je lapo. Aku pun shoot ke Green Point, sampai 2 kali aku pusing cari parking. Dapat jugak. Lepas aku dah parking baeeek punye, mak aku pula bersuara. "Ko ade tiket parking tak?" Pergh kan... Aku pun balas, "Adoi, kita sarap kat kedai cik Yazid je la. Nanti tak pasal-pasal kete kena saman." 

Maka, kitaorang pun naik kete balik. Otw ke kedai tu, tiba-tiba mak aku cakap dengan laju.

5. Singgah Bus Stand jap - Nasib baik mak aku cakap on the dot. Kang dah terlepas jalan, 1 hal plak nak patah balik. Aku pun parking. Mak aku gi jalan lenggang-lenggok beli tiket balik adik aku yg belajar kat UMP tu. Sekali, kaunter jula tiket tak bukak lagi daaa...Maka, pulanglah kami ke pangkal jalan.

6. Buluh Perindu Corner (Kedai Cik Yazid) - Kitaorang pun sarap la dengan jayanya. 
Masing-masing order menu yang berlainan. Jom tengok:
Aus - Lontong darat + Milo 
Mak - Bihun goreng + telur goreng + Kopi
Aku - Lontong kuah + telur goreng + Teh tarik

Selesai makan, kitaorang pun pulang dengan hati yang gembira. (Sebab masing-masing dah kenyang la). Hahaha. Bak kata pepatah, Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Ecececece...Hahahaha. Itu saja la al-kisah di pagi hari. 

Kepada Ayu yg berada di perantauan, aku nak bagi ko tengok 1 lagi gambar adek Is dan we olls sebagai pengubat rindu. Tetibeeee...( Terus lari topik)...Miahahahaha... Naaahh..Ameeekk...

Wet World lagi de...ahakzzz...

K, la penat de taip panjang-panjang. Tataaaa... Yabedabeduuuu....



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, Disember 06, 2012

Sarapan daaa...

Assalamualaikum...

Hari Yang Ceria...Hahahaha...

Ceria la sangat. Pagi ni selepas siap segala hal peribadi di rumah dengan sepantas kilat, maka keluarlah kami berempat (3 adults + 1 baby bucuk) untuk pergi bersarapan di Buluh Perindu Corner (kedai cik yazid yang selalu kitaorang sebut la). Huhu...Masing-masing memilih untuk makan menu yang sama iaitu roti canai.
Mari kita lihat pembahagiannya:

Mak - sekeping roti canai + teh O
Aku - 1 roti canai + teh tarik (baeekkk punyer)
Aus - 2 roti canai + milo ais
Baby - sekeping roti canai + air (kongsi ngan aku dan mak)

Makanya, makanlah kami 4 beranak dengan berseleranya sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Ceeeewaaaahhh...

Kami bertiga (aku, mak dan aus) telah mencipta rekod kerana telah berjaya menjadi baby sitter secara bergilir-gilir (tanpa mengenal erti penat dan lelah). Waaahhhh..gitueeww..hahaha...Hari ni maknya akan pulang ke Kluang. Maknya bekerja di JB. Maka, minggu ni merupakan minggu percubaan la untuk berjauhan dengan baby bucuk tu. Kaedahnyaaa... Kau ado?? Haaaa...

Hahaha.. Ok lah sebagai tatapan dan mengubat kerinduan buat mokdenya yang di kejauhan nun, (ni belog dia- siap promote kau)  http://nooridayunashiruddin.blogspot.com/ , nah amek gambar baby bucuk Iskandar yang semakin bijak dan nakal. Naaahhhh.. Ameeekkk...Mountain Dewwww....har3...
K, Tata... Yabedabeduuuuu....

Ni masa kitaorang bermandi-manda di Wet World, Batu Pahat.
Ups, gambar eksklusif kau.

p/s: Lepas ni aku akan update entry pasal percutian-percutian kami sekeluarga! (Dengan harapan sindrom kemalasan dapat dibendung). Ok, Tata....Yezzzaaaaa....


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, November 14, 2012

Kala Hati Terdetik...

Sekadar bicara meluah rasa...

Mendidik itu satu ibadah. Walau derita jua cabaran membelenggu tetap jua mendidik itu dikira sebagai ibadah. Kata orang kerjaya pendidik itu mudah. Ya, mudah hanya untuk diungkap. Namun, tak ramai yang cuba untuk menyingkap luhur pahit dan ujian yang harus ditempuh bagi seorang pendidik.

Kadang kala hati terdetik mahu berhenti daripada dunia pendidikan. Kadang kala jiwa meronta mahu meninggalkan segala yang dikecapi. Tapi, mana mungkin boleh aku lakukan andai aku sudah mengharung segala jerih payah sejauh ini. Mahu atau tidak, aku harus berhadapan dengan apa jua ujian yang diberikan. Hanya Allah yang Maha Mengerti apa yag terbaik buat hambaNya.

Bantu aku Ya Allah....


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Ogos 26, 2012

Meniti usia 25...

Assalamualaikum...

Sudah lama tak update blog yang berhabuk ni. Serius tuntutan kerja dan tanggungjawab masih lagi menghantui dan menemani diri. Makanya, blog terbiar sepi, dan berhabuk bagai tiada penghuni.

Coretan kali ini ditujukan khas buat diri sendiri yang secara rasminya meniti usia 25 pada hari ini bertarikh 26 Ogos 2012. Angka 25 pada hari ini menandakan bahawa umurku juga sudah bertambah setahun. Kala meniti usia 25 ini, dan mengimbau kembali kenangan selama 24 tahun yang lalu, menjadikan aku kini seorang wanita yang lebih tabah dan kuat hendaknya berbanding masa-masa yang berlalu.

Sempena hari lahirku pada hari ini, aku mengharapkan beberapa hal yang amat penting dan terindah akan dimakbulkan Ilahi. Moga aku semakin tabah dan gembira mengharungi masa-masa mendatang.

Hmm..tak mahu menulis panjang, sekadar ucapan untuk diri sendiri di hari lahir.

SELAMAT HARI LAHIR, FARIEZA!! SEMOGA KAU LEBIH TABAH, KUAT & BERJAYA MENGHARUNGI SEGALA UJIAN YANG MENDATANG!





Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, April 07, 2012

Waaahhh…

Assalamualaikum...
Kali ini blog aku telah berwajah baharu. Hahahahaha..
Cantik tak?
(Cantiikkkkk....) Perasan je lebih…Hihi V(^___^)V
Kenapa aku letak gambar ni? Saje je. Lalalalala…
Hehe.. Dengan harapan agar aku rajinlah menjenguk dan menulis di blog aku ni. Hadoi.
Ok la tak nak cakap banyak.
Tq pada adik Miss Noor Idayu Mohd Nashiruddin atas bantuan yang diberikan. Hik3.
Maka, aku dengan bangganya mempersilakan korang untuk menyemak di blog beliau.
 
Ok, enjoyzzz...hehe..

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, Mac 18, 2012

Tuutttt…

Saya rindu padanya. Rindu untuk berbicara, berbahas, bersanggah pendapat dan idea.
Semua tentang dirinya manis. Manis seperti gula.
Dia pada saya seorang yang realistik, matang dan kadang kala romantis. Saya harap agar semuanya akan berakhir dengan satu ikatan suci yang bahagia.
Walau kami berjauhan, tapi, perasaan saya padanya tetap seperti dulu. Seperti zaman muda remaja.
Kini, kami mempunyai misi tersendiri.
Moga, kami akan disatukan nanti dalam hubungan yang diredhai.
Hmm… Melayan jiwa pula. Kadang kala meluah rasa itu perlu kan? Tapi biarlah dengan cara yang berhikmah.
Siapa ya orangnya?

Dia. Muhammad Safwan bin Mohd Noor Azmi. Gula hati saya.
Moga, kami dapat bersatu suatu hari nanti.
Doakan kami ok?
v(^________^)V

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Perasaan yang hampa kecewa…

Hua. Tadi kan aku kata nak pergi sarapan Murtabak Mega kan?

Sekali pelayan warung tu cakap, “Hari ni, kitaorang tak buat murtabak mega la kak? Menu macam biasa je la”…

Pergh…Aku rasa kecewa. Kepala aku rasa macam berpusing-pusing. Aku mula sedih…T_T

Huaaaa.. Kenapa tak de pula???

Maka, makanlah aku roti telur je pagi tadi.

Korang semua diminta bertabah la menuggu entry akan datang yang mungkin akan aku tunjukkan macam mana rupanya Murtabak Mega tu ya. 

Kecewa sey!!!! Aku hadiahkan muka kecewa aku kat korang.

ni bukan gambar tadi tau. Ni saje aku letak muka sedih di hari Konvo..hua3... ni bukan muka sedih sarapan tadi tau…kuang3…

VVV

VV

v

Ok la. Cukup sampai di sini saja…

Sampai jumpa lagi…

~Daaaaaaaa~

V(^______^)V


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Jom Sarapan!

Pagi ni nak pergi bersarapan di Kg. Melayu. Makan murtabak mega. Hua3.

Korang ingat Maharaja Lawak je yang ada mega? Murtabak pun ada tau. Ha. jangan tak tau.

Murtabak mega tu sebesar dulang yang org warung selalu bawa air. Korang paham kan. Macam mana nak tunjuk ek?

Ha, kang aku gi makan, aku amek gambar dan letak, bagi korang tengok ey.

Ok la, nak gi sarapan dah ni.

 

Tataaaaa…

V(^________^)v


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Mac 17, 2012

Mari berkongsi gambar. Jangan Kedekut!

Gambar-gambar sahaja bercerita...




















Sekian, terima kasih...


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!