Welcome to Eja Farieza's Blog. ! check it out. :)

Jumaat, November 13, 2009

Entah...

Bosan... Kala ini sendirian tanpa teman. Masa cuma terisi dengan mengadap komputer sahaja. Hendak membaca, tapi, hati kuat memberontak. Mungkin perlu keluar dari penjara yang dicipta. '

Jiran' sebelah pulang ke kampung. Entah bila pula akan pulang semula. Kalau 'jiran' di sebelah ada, pasti banyak cerita yang dibualkan. Bila imbas kembali cerita-cerita yang dikongsi bersama, terasa lucu menghambat jiwa.

hahahaha.

Tapi, 'jiran' itu banyak mengajar dan membantu aku menjadi seorang yang lebih baik. Mungkin itulah hikmah yang diberikan olehNya agar aku mendapat manfaat dan kebaikan. Walau aku berduka, pasti ada teman setia menemani.

Buat sahabat-sahabat yang tersayang, terimalah kata-kata ini sebagai wadah rindu dan sayang buat kalian :

'Friends are like pieces of puzzle. If you lose one it will never be complete.
Just want you to know you're one the pieces I can't afford to lose".

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, November 11, 2009

Hari Berdarah!

Andai hati ini dapat terbang, adakah kembali bahagia?

Hari berdarah yang penuh dengan tinta dan kabus hitam. Semuanya serba tidak kena. Semuanya jadi caca merba. Jauh sekali untuk mengukir senyuman di kala ini. Hati masih sakit dan berdarah.

Namun, aku masih beruntung, punya teman di sini jua di sana. Bisa saja aku bercerita meluah rasa. Bagi teman di sini, pasti tangis hiba bersulam cerita jadi santapan halwa telinga. Masing-masing meluah rasa, melakar duka. Walau pedih sepahit hempedu, namun sahabat yang baik pasti kekal di situ. Memberi harapan dan menjadi pendengar setia.

Walau sahabat di sini jua di sana bersedia seia sekata, tetap ada yang kurang jika terlupa padaNya. Saat dahi ini menyentuh lembut tikar itu, hati yang berdarah kian sembuh dari derita. Pasti Dia lebih mengerti pastinya. Limpah kasih sayangNya tidak pernah surut pada hambaNya.

Hmm... Biar hari ini berlalu begitu sahaja. Hari-hari mendatang pasti penuh 1001 rahsia. Apa yang pasti aku perlu tabah menghadapinya...

:: eja ::


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, November 09, 2009

Tinta buat Sahabat

Selama 5 hari aku mempunyai 'rumet' yang baharu..huhu..Hati ini dipagut rasa gembira bukan kepalang. Mana tidaknya hari-hari terisi dengan sahabat akrab yang sangat rapat ketika di sekolah dulu. Walaupun, tidak bersua sekian lama, namun tika bertemu, mulut ini tidak lekang bercerita itu dan ini.

Sesetengah orang rasa kekok dan mungkin agak lama mahu menyesuaikan diri. Tapi, bagi aku bukan begitu. Persahabatan yang lahir dari hati dan jiwa yang ikhlas, mana mungkin bisa menjadi kaku dan bisu walau terpisah bertahun-tahun. Dan hati ini begitu gembira dan amat-amat gembira menerima kehadiran sahabat tersayang di sini. Nasib baik tak kantoi. Hahahaha. Pengalaman kan, siapa pun bisa mencipta.


Hari ini, petang ini dia mahu berangkat pulang. Meninggalkan aku bersendirian seperti biasa. Hati ini meronta mahu menghalangnya, namun siapa aku jua mahu berbuat demikian. Hidup tetap harus ku teruskan. Tapi, aku percaya jodoh persahabatan antara kami pasti tidak akan putus jika hati benar2 menginginkan begitu. Benar kan?? Saat-saat masa yang ada dicoretkan dengan mengambil gambar berdua bersama. Katanya mahu dimuatkan di dalam 'facebook'. Mungkin sebagai rakaman memori indah!

Hmmm....saat hati mencoretkan madah-madah di petang begini, rasa kerinduan makin mencengkam pula pada sahabat-sahabat lain di sana. Benarlah, andai persahabatan dalam ikatan suci dan ikhlas, pasti rindu akan berputik. Mungkin setakat ini coretan pada petang yang mendamaikan. Dengan ditemani bunyi-bunyi burung di luar. Ya Allah peliharalah ikatan persahabatan kami... Amiiinnnn....Perkenankanlah Ya Allah!...


p/s : kepada (Kamu) yang menginap di bilik saya, pasti mengerti apa yang saya coretkan... hahaha...

Buat sahabatku yang tersayang Shikin dan Syima, mungkinkah kamu merasakan perasaan yang sama?

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, November 02, 2009

Tahukah Anda: Rahsia Bentuk Heksagon pada Sarang Lebah?

Tahukah anda rahsia bentuk heksagon pada sarang lebah. Bentuk heksagon memberikan banyak rahsia dan keistimewaan tersendiri berbanding bentuk-bentuk geometrik lain yang ada di dunia. Mari kita singkap kerahsiaan dan keunikannya!


*dipetik daripada buku "Bagi Golongan Yang Berpemikiran-Harun Ya
hya"



Lebah membina sebuah sarang yang mampu menampu
ng kehidupan sebanyak 80,000 ekor lebah di dalamnya dan bergotong-royong membentuk sejumlah ruang sel sarang yang kecil.

Struktur binaan sarang yang mengandungi beratus-ratus sel (ruang) kecil pada setiap bahagian hadapannya adalah berdindingkan unsur yang dinamakan lilin lebah. Setiap sel memiliki saiz yang sama tepat. Keajaiban struktur kejuruteraan ini adalah hasil semangat kerjasama beribu-ribu ekor lebah. Mereka menjadikan setiap satu sel sebagai gudang penyimpanan makanan dan taman penjagaan anak-anak lebah yang baru lahir.

Struktur berbentuk heksagon adalah merupakan plean pembinaan sarang lebah selama berjuta-juta tahun dahulu (seekor fosil sarang lebah telah ditemui bertarikh 100 juta tahun lalu). Pemilihan struktur ini mempunyai fakta signifikan yang penting jika dibandingkan dengan struktur oktagon atau pentagon. Pakar matematik memberi komen: "Struktur heksagon adalah bentuk geometrik yang amat sesuai untuk memaksimumkan penggunaan setiap unit kawasan". Sekiranya bentuk yang lain digunakan untuk membina sel sarang lebah, maka di sana pasti terdapat sejumlah sisa kawasan yang tidak dapat digunakan sekaligus menyebabkan kuantiti madu yang disimpan adalah kurang dan hanya akan membenarkan bilangan lebah yang kecil mengambil manfaat daripadanya.

Selagi mana kedalaman adalah secara puratanya sama, sebuah sel dengan tiga atau empat bucu akan menampung jumlah madu yang sama dalam bentuk sel heksagon. Akan tetapi, berbanding bentuk geometri yang lain, panjang lilitan bulatan bagi struktur heksagon adalah lebih pendek. Walaupun memiliki jumlah isipadu yang sama, tetapi jumlah lilin yang diperlukan dalam sel berbentuk heksagon adalah kurang berbanding jumlah lilin dalam bentuk tiga atau empat bucu.

Sebagai kesimpulan: Sel heksagon hanya memerlukan jumlah lilin yang minimum relatif berbanding jumlah penyimpanan madu yang maksimum. Mereka sudah pasti tidak melakukan pengiraan ke atas fakta ini yang merupakan hasil penemuan manusia melalui kerja pengiraan geometri yang rumit. Struktur bentuk heksagon adalah pilihan lahiriyyah kerana sang Pencipta Agung telah mengajar dan 'mengilhamkan' mereka sedemikian rupa.

Struktur rekaan sel dalam bentuk heksagon adalah praktikal dalam pelbagai aspek. Setiap sel berada dalam situasi muat-memuati antara satu sama lain dan berkongsi dinding yang lain. Hal ini sekali lagi memastikan ciri-ciri penyimpanan madu yang maksimum dengan jumlah lilin yang minimum. Walaupun dinding sel adalah lebih nipis, namun ia cukup kukuh untuk menampung beratnya bekali ganda.

Begitu juga halnya, prinsip utama penyimpanan maksimum telah dipelihara di dalam kerja pembinaan bahagian sisi tepi setiap sel.

Sarang lebah terbina dari sebuah keratan dengan dua garisan yang terletak bersebelahan. Dalam kes ini, masalah yang bakal timbul ialah penemuan titik persilangan di antara dua sudut sel (ruang). Pembentukan tiga buah sel heksagon di sebarang ruang dalam sarang secara automatik akan membentuk sebuah sel termasuk bahagian sesi bawah yang baru.

Ketika permukaan sisi bawah terbentuk dari kepingan lilin bersudut segi empat sama, didapati di sana sebuah ruang yang menganjur ke bahagian bawah terhasil melalui cara ini. Ini bererti isipadu setiap sel bertambah dan sekaligus jumlah madu yang tersimpan juga bertambah.

*Begitulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan. Maka, yakin dan percayalah setiap apa yang berlaku di dunia ini sudah direncanaka oleh-Nya dengan penuh peraturan dan tertib yang tepat, unik dan tersirat. Lillahi Ta'ala..Wallaua'lam

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Ahad, November 01, 2009

Kalendar Bulan November

1 November
9.00 malam - Usrah KESPA, Bilik Gerakan KESPA

5 November
9.00 malam - Diskusi Ilmu "Hantu Dalam Budaya Melayu" oleh sudara Muhammad Safwan bin Mohd Noor Azmi

12 November
8.00 pagi - 10.00 pagi - Peperiksaan kertas Semantik

17 November
2.30 petang - 5.00 petang - Peperiksaan kertas Sejarah BM

19 November
2.30 petang - 5.00 petang - Peperiksaan kertas Teater

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Oktober 31, 2009

Falsafah Pantun Melayu

Pantun: Satu Analisis Semiotik
En. Fauzi bin Abdullah

Pantun ditinjau dalam hubungannya dengan pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama, mempunyai kedudukan istimewa. Keistimewaan pantun terletak pada keserhanaan serta kepadatan bentuk dan strukturnya. Sebait pantun memancarkan keindahan pengucapan yang merangkum ketinggian budi, keluasan serta kedalaman pemikiran.

Cuba kita telitikan sebuah pantun yang cukup popular ini:

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Secara lateral, dua baris pembayang berkenaan menceritakan bahawa ada sesisir/setandan pisang emas dibawa oleh seseorang sewaktu belayar. Pisang itu diletakkan di atas peti. Pisang itu kemudiannya masak. Walau bagaimanapun,pisang tersebut tidak masak sekaligus tetapi sebiji-sebiji.

Pada baris 3 dan 4 di bahagian maksud, kita diketemukan dengan kisah orang yang berhutang. Ada dua bentuk hutang iaitu hutang barangan emas dan hutang budi. Jika seseorang berhutang barangan emas, hutang tersebut boleh dibayar oleh si pemiutang, tetapi kalau ia berbentuk budi, maka hutang itu tidak dapat dibayar melainkan dibawa mati.

Melalui rangkap pantun ini, kita disuakan dengan 4 kisah berlainan yang kelihatannya tidak saling berhubungan antara satu sama lain iaitu :

1. Kisah orang belayar.
2. Kisah pisang emas masa di atas peti.
3. Kisah hutang emas.
4. Kisah hutang budi.

Oleh itu, untuk mendapatkan signifikannya haruslah dicari perkataan utama yang menjadi penanda untuk baris pembayang dan baris maksud. pembayang ditandai kata kunci 'belayar' dan maksud ditandai kata kunci 'hutang'. Dalam konteks ini, 'belayar' adalah akibat dan 'hutang' adalah sebab. Seseorang harus belayar untuk membawa hutangnya. Hutang menjadi sebab untuk seseorang belayar. Dengan ini 'belayar' menjadi indeks yang boleh diertikan kekayaan/kekuasaan. Oleh itu, 'belayar' berindeksikal dengan 'hutang'.

Kalau pernyataan ini diterima, maka jelaslah bahawa bahagian pembayangnya sudah membayangkan maksud pada bahagian maksudnya. Bahagian maksud baru mendapat makna penuh sebagai semiotik dalam kontrasnya dengan hipogram (latar) pembayang yang ditransformasikannya.

Pada tahap bacaan retroaktif, timbul pelbagai pertanyaan di fikiran pembaca mengenai diksi dan struktur kata yang dipilih dalam teks berkenaan.

Kenapa pisang tidak buahan lain?
Mengapa pisang emas tidak pisang lain?
Mengapa harus dibawa pisang emas tersebut?
Mengapa dengan cara belayar tidak cara lain?
Mengapa harus belayar?
Mengapa pisang itu harus dimasakkan sewaktu dalam pelayaran?
Mengapa masaknya sebiji/sebiji-sebiji sahaja tidak semua sekali?
Mengapa pisang diletakkan di atas peti tidak di bawah/di dalam peti?
Mengapa peti bukan benda atau tempat lain?
Mengapa berhutang?
Apakah bezanya hutang emas dengan hutang budi?
Apakah emas, apakah budi itu?
Mengapa boleh? Bolehkah kalau tidak boleh?
Mengapa dibayar? Bolahkah kalau tidak dibayar?
Mengapa harus mati, tidak sakit atau dihidupkan terus?
Apakah yang mati itu?
Mengapa harus dibawa mati?

Apakah makna semua kod kata-kata di atas?

Secara horizontal pula, kita kan tertanya-tanya apakah kaitan antara:

Pisang emas dengan bawa belayar?
Hutang emas dengan bawa belayar?
Masak sebiji dengan di atas peti?
Hutang budi dengan di bawa mati?

Sementara secara vertikal pula, kita akan tertanya-tanya apakah pula kaitan antara:

Pisang emas dengan hutang emas?
Masak sebiji dengan hutang budi?
Bawa belayar dengan boleh dibayar?
di atas peti dengan dibawa mati?

Apakah makna semua kod kata yang saling berkait secara tumpang-tindih, simpang-peranang dan sirat-jala tersebut? Jelaslah bahawa dunia ghaib pantun harus dirungkai serapi mungkin, agar kita dengan jelas dapat menanggap realiti sosial (makna sosial) di bahagian pembayang yang menjadi hipogram realiti teks (makna teks) di bahagian maksudnya selepas melalui suatu proses transformasi yang begitu kompleks sifatnya.

Seribu satu macam pertanyaan misteri mengasak fikiran kita. Tanpa sedar kita harus meniti jambatan ‘manifestasi simiosis’ untuk keluar dari daerah kabur ke satu daerah yang utuh-daerah semiotik. Kita harus mencari, memberi, menjenis dan memaknakan kod mimetik, bukan hanya pada perkatan tapi hubungan antara kata ke kata, kata ke baris, baris ke baris dan bahagian ke bahagian.

Kita harus mencari penanda-penanda pada kod-kod lambang sama ada berupa ikon, indeks atau simbol. Untuk mendapatkan makna yang tetap ini, ia boleh dianalisis dengan dua hipogram.

Hipogram I berupa semi-andaian. Kita mungkin sahaja memberi andaian awal bahawa ‘pisang emas’ berikonik dengan ‘hutang emas’ bukan sahaja secara linguistik tetapi berdasarkan kesejajaran sifat antara keduanya. Berhutang emas sama sedapnya seperti memakan pisang emas.

Hipogram II,kita mengesan kod klise/tanggapan biasa pembaca. Pembaca telah terbiasa dengan kod ‘hutang’ yang sering menjadi indeks dalam kehidupan harian mereka. ‘Hutang’ merujuk kepada pemilikan harta yang menandakan pertentangan kelas antara kaya dan miskin. Si kaya sebagai penghutang sementara si miskin menjadi pemiutang. Hutang biasa ditanggap dalam dua bentuk iaitu hutang barangan (benda) dan hutang budi (emotif).

Pada worl-view umum, hutang emas boleh dibayar, (kerana ia berbentuk barangan), namun hutang budi akan kekal abadi hingga ke akhir hayat kerana berbentuk emotif. Seringkali pula hal-hal yang berbentuk emotif seperti budi berikonik dengan mati. Pada koda budaya, setiap manusia secara sedar atau tidak pasti berhutang dalam hidupnya, paling tidak ‘berhutang’ dengan tuhan secara emotif.

Sekarang kita beralih kepada proses pembongkaran kod kata untuk mencari signifikan makna teks secara lebih jelas dan jitu.

‘Pisang’ adalah sejenis buahan popular yang dimakan oleh orang Melayu. Pada koda budaya pemakanan Melayu ada 3 jenis makanan yang boleh bertukar ganti (pada keadaan tertentu menjadi makanan ruji) iaitu padi/beras/nasi, ubi dan pisang. Pisang adalah simbol kemiskinan. Orang kaya lebih kerap menjadikan pisang hanya sebagai pembasuh mulut sahaja. Pisang banyak ditanam dan dianggap penting oleh petani kampung yang secara indeksikalnya miskin. Orang kaya menanam pisang hanya kerana hobi atau sebagai penghias halaman rumah sahaja. Ternyata pisang amat penting dan berpengaruh dalam kehidupan orang Melayu.

Sifat pisang yang sedemikian rupa berikonik dengan sifat hutang bukan sahaja secara linguistik tetapi juga secara semantik. Seperti mana ‘pisang’, ‘hutang’ juga merupakan simbol kemiskinan. Orang miskin kebanyakannya terpaksa berhutang demi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Dalam pengertian yang lebih luas, semua orang sebenarnya berhutang. ‘Hutang’ menjadi simbol kepada keperluan hidup manusia. Kita tidak hanya berhutang wang/barangan tapi budi dan emosi. Oleh itu, sama seperti ‘pisang’ yang menjadi keperluan jasad, maka ‘hutang’ pula bukan sahaja merupakan keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup jasad malah batiniah juga. Jelasnya ‘pisang’ dan ‘hutang’ sama-sama penting dalam hidup kita.

Mengapa pula dipilih ‘pisang emas’ dari sekian banyak jenis pisang? Jawabnya, kerana pisang emas adalah pisang yang rasanya paling sedap berbanding pelbagai jenis pisang yang ada. Warna segar keemasannya sangat memikat, walaupun ia adalah antara pisang yang bersaiz kecil. Dari aspek botani, warna buah, susun atur buah disisir dan ditandannya serta bentuk fizikal pohonnya lebih cantik dari pohon-pohon pisang lain. Secara linguistik dan semantiknya, ‘pisang emas’ berikonik dengan ‘hutang emas’. Berhutang memang sedap dan memikat. Tidak kiralah sama ada hutang yang besar seperti hutang emas mahupun hutang yang kecil seperti hutang budi. Malah semakin kecil (seni) hutang tersebut, makin tinggi nilainya. Worl-view masyarakat Melayu terhadapakeperkasaan di kecil telah lama berakar umbi dalam cerita-cerita rakyat. Sang Kancil berbadan kecil tapi lebih perkasa (pintar) dari Sang Harimau yang berbadan besar.

Kerana itulah ‘hutang emas’ yang bersifat kasar berikonik dengan ‘belayar’ yang berkonotasi kekasaran dan penderitaan. Sementara ‘pisang emas’ yang berikonik dengan ‘budi’ dimuliakan ‘di atas peti’ dan kesannya tersemadi ‘di hati hingga mati’.

Mengapa pula harus ‘pisang emas yang dibawa belayar? Apakah pula kaitannya antara ‘pisang emas-belayar-hutang emas-hutang budi?’ Pada satu sisi telah dijelaskan bahawa ‘pisang’ adalah simbol kemiskinan dan kekayaan. Orang miskin terpaksa belayar di atas kapal kepunyaan orang kaya untuk membayar hutangnya. ‘Belayar’ adalah simbol sekaligus adalah indeks pada kekayaan. Orang akan belayar mencari kekayaan. Orang kaya akan belayar untuk mencari kekayaan dan kekuasaan.

Hal ini banyak tergambar dalam cerita rakyat atau cerita penglipur lara. Si Tenggang belayar untuk mencari kuasa dan harta. Pelayaran memakan masa yang lama. Untuk mengharungi masa yang getir meredah lautan luas. Mereka harus membawa bekalan. Dan bekalan terbaik tentulah pisang, dan pisang yang terbaik tentulah pisang emas. Pada koda budaya pelayaran Melayu, hanya pisang emas sahaja yang lazimnya dibawa orang untuk belayar.

Dunia pelayaran adalah dunia yang lengkap. Di atas kapal tersebut terbentuk suatu komuniti yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam meneruskan keperitan hidup di samudera raya luas. Tentu sahaja kebergantungan tersebut menjadikan mereka harus ‘berhutang’ antara satu sama lain sama ada dalam bentuk barangan (emas) mahupu emotif (budi). Dan semua hutang tersebut pada dasarnya akan mereka jelaskan apabila berada di dataran nanti. Namun bukan tidak mungkin mereka meninggal sewaktu pelayaran. Dunia pelayaran adalah dunia penuh risiko. Oleh itu mereka telah memperingati diri sendiri (dan orang lain juga) bahawa ‘hutang’ yang nantinya sempat dibayar dan akan ada juga yang tidak sempat dibayar tidak kiralah sama ada hutang barangan (emas) atau hutang budi.

Latar dan suasana ‘belayar’ yang secara luasnya dapat disimbolkan sebagai hidup dan perjuangan mengajar mereka untuk berhati-hati, bersyukur dan memuliakan hasil jerih lelah mereka. Kerana itulah ‘pisang’ yang penuk nikmat tersebut harus ‘dimasakkan’ secara berdikit-dikit (sebiji/sebiji demi sebiji) agar mereka dapat menikmati hasilnya semaksimum mungkin. Sifat berjimat cermat ini membolehkan mereka mengumpulkan kekayaan sebanyak mungkin untuk dibawa pulang, yang akhirnya membolehkan menjadi kaya-raya, punya kuasa dan dihormati.

Itulah versi dan misi hidup yang mereka muliakan dan seringkali diingatkan. Kerana itulah ‘pisang’ tersebut diletakkan ‘di atas peti’. Kalau disimpan pisang tersebut di dalam atau di bawah peti, mereka mungkin lupa diri dan tujuan ‘pelayaran’ mereka kerana ‘pisang’ yang menjadi visi dan misi mereka terselindung dari pandangan mata.

Sememangnya perjuangan hidup tidak akan selesai. Semakin getir hidup kita, semakin tabah semangat dan perasaan kita. Semakin lama hidup, semakin kaya kita dengan aneka ragam pengalaman. Ada yang boleh kita ‘bayar’ (manfaatkan di dunia) dan ada yang menjadi nostalgia abadi yang tersemat disanubari; yang kita ingat, kenang dan sanjung sampai mati; yang mengulit mimpi-mimpi indah kita di alam barzakh. Maka ‘budi’ baik yang diterima sewaktu di dunia akan dikunci ‘di peti hati’ lalu bersemadilah ‘budi’ dan ;kematian’ kita ‘di dalam peti’ untuk selama-lamanya. Dengan ini ‘peti’, ‘budi’ dan ‘mati’ adalah simbol yang saling berhubungan secara ikonik-ikonik antara dua dunia; dunia kehidupan dan dunia kematian.

Demikianlah kita melihat betapa pujangga dahulu kala dengan penuh keindahan, keajaiban dan kekreatifannya mentransformasikan realiti sosial yang direnungi dan ditanggapinya menjadi realiti teks dengan penuh seni dan kias ibarat.

Dengan ini terdirilah serangkap pantun sebagai satu kesatuan bentuk yang membawa makna yang utuh tanpa perlu memisahkan struktur pembayang dan maksudnya.

*Begitulah, keunikan, kepujanggaan dan kesarjanaan pantun Melayu yang sarat dengan pemikiran aras tinggi Melayu yang masih tidak berjaya dicerobohi atau diciplak oleh penyair dan tokoh-tokoh Barat.





Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Teratak Za'ba, N9

"Bahasalah yang akan dapat menambahkan kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal".

"Beriman yang disertakan beramal, berusaha, berjihad dan berjuang? Ya, berjuang membaiki akhlak diri, berjuang membaiki sifat-sifat dan perangai...berjuang membaiki kelakuan hidup, berjuang membaiki segala yang kekurangan, pendeknya berjuang mengusahakan segala yang kebajikan dan menjauhi segala kejahatan serta berjihad dan berijtihad memadankan diri dengan perubahan-perubahan hal yang diedarkan oleh zaman!".

*hanya sempat mencatatkan dua bicara Za'ba sewaktu mengunjungi Teratak Za'ba,N9 jam 5.00 petang (10 Oktober 2009)

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, September 28, 2009

1 MALAYSIA...

Wahai nasi, beritahu kami rahsia kamu; bagaimana agaknya kamu boleh memikat semua orang?

Satu ketika kamu mesra dengan daging kambing varural. Di ketika lain, kamu bergaul pula dengan potongan daging ayam Ipoh yang empuk.

Dan pada setiap pagi, kamu tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama ikan bilis, sambal dan telur buat sarapan.

Di pesta kami yang meriah, kamu sentiasa di sana meraikannya bersama-sama.

Di Hari Raya, kamu menyertai kawan-kawan kamu dan membawa kami ketupat dan lemang.

Deepavali tidak akan sama tanpa kamu yang memberikan warna paling menarik untuk dijadikan kolam.

Dan dia ambang Tahun Baru Cina, kamu membawa keluarga dari jauh untuk pulang.

Di Hari Gawai dan Kaamatan, kamulah punca semua orang menyambutnya.

Mungkin rahsia kamu adalah kerana kamu tidak memilih-tak kisahlah jika kami menggunakan penyepit, sudu dan garfu, atau tangan. Kamu gembira berkongsi makanan dengan kami.

Setiap hari, tatkala kami berkumpul bersama kelauarga menikmati hidangan, kamu sentiasa hadir untuk mengingatkan kami tentang rahsia sebenar negara kita.

Bahawa kita semua berkongsi 1 periuk nasi-yang dipenuhi, satu demi satu, dengan pengorbanan, kerja keras dan perpaduan mereka yang hadir sebelum kita.

Dan kita semua berkongsi 1 tanggungjawab-untuk terus mengisi periuk nasi kita, bersama-sama, untuk mereka yang akan hadir selepas kita.


*sumber: Berita Harian -Rabu,16 September 2009-


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Khamis, September 10, 2009

Cerita Jenaka yang mendebarkan!

Seperti biasa, 'kami' akan mencari tempat-tempat makan yang menarik untuk dicuba. Jadi, 'kami' pun berpusing-pusing sekitar ibu kota untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju iaitu, 'warung ikan bakar' yang terletak di belakang Istana Negara. Sebelum 'kami' ke sana, 'kami' singah sebentar di BSN yang berhampiran dengan Dewan Bahasa & Pustaka untuk 'mencucuk'. Jadi, 'si dia' pun membelok ke kiri menuju ke BSN, tapi......TIDAAAAAAKKKK!...maka, kedengaranlah bunyi "kecepek" yang lembut dan keadaan 'sesuatu' tersebut telah terkuak ke tepi. Motornya telah me'lenyek' sesuatu yang kulihat masih 'baru' dan 'segar', cantik dan membulat di atas jalan tersebut (rasa baru lepas mem'*****')...dengan rasa kegelian yang tidak dapat dibendung, maka menjeritlah 'aku' sambil menzahirkan rasa kemualan yang tidak terhingga...

'Aku' pun mula membebel dan 'si dia' hanya ketawa dan terus ketawa.. Cis, kalau 'aku' tak melihat kejadian tu tak pe, tapi, masalahnya kejadian itu aku saksikan secara 'live' siap dengan 'bunyi' sekali...huaaaaaaaaaaa...GELI!!!!! setelah sampai ke destinasi., aku dengan cepat melihat adakah sisa2 'percikan' yang terdapat pada motor? Alamak, ADA!!! Memang sah 'ianya' masih 'segar' dan 'baru'...

Peristiwa ini takkan dapat 'aku' lupakan sampai bila2....huaaaaaaaaa... GELI!!!!..

p/s: nak tau ke apa kebendanya tu??

lihat gambar di bawah:






Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

sms...sms...(tuuut3)

Saya telah mendapat kiriman 'sms' dari salah seorang teman yang disayangi. Saje nak berkongsi bersama,

Adat kuala tumpuan kapal,
Adat gunung tumpuan kabus;
Adat pendidik pemikiran berakal,
Adat guru bicaranya tulus.

Puitis dan bermaknakan???. Adakah kita seperti yang dimaksudkan dalam bait2 pantun tersebut??
Renung2kanlah...

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Hadiah Hari Lahir Yang Teristimewa!!!

Hari ini merupakan hari yang paling indah dalam hidupku...
Tak sangka 'si dia' sanggup menghadiahkan aku sesuatu yang dah lama aku impikan...
Akhirnya 'buku itu' menjadi milikku jua, walaupun 'terlewat' namun ianya 'hadiah hari lahir' yang paling bermakna dalam hidupku, tak sangka dia mengambil berat akan apa yang aku cakapkan di 'Pekan Buku' (UM) suatu ketika...

Dan 'buku ini' ada sedikit persamaan dengan buku yang aku beli tempoh hari di Pustaka Mu'min...

Terima kasih kepada 'si dia' yang setia bersama di sisi...

There r somethin' between u n me...


Nampak tak 'persamaan' antara kedua-dua buku tersebut?



Buku ni merupakan buku yang dihadiahkan oleh 'si dia' iaitu 'THE SECRET' yang ditulis oleh Rhonda Byrne.


Dan ini pula merupakan buku yang aku beli di Pustaka Mu'min iaitu 'AL-QURAN RAHSIA TERUNGGUL' yang ditulis oleh Ali Ahmad Maleya.

p/s: tak sabar menghabiskan pembacaan kedua2 buku tersebut. Masa untuk menghayati dan mengembara akan bermula!!! Thinking, thinking & thinking...


-"Bersyukurlah"-

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Program anjuran Akademi Nusantara

Pada tanggal 5 September, seramai 17 orang ahli KESPA telah menghadiri Majlis 'Program Pengisian Minda Intelek Insan Ke Arah Menjadi Jutawan dan Majlis Berbuka Puasa' di Dewan Kampo, IYC Pusat Belia Abtarabangsa, Jalan Yaakob Latif, Bandar Tun Razak Cheras. Memang best dan menarik. Ramai tokoh-tokoh hebat yang hadir dalam program tersebut. Anak-anak yatim turut diraikan bersama. DAn yang penting rasa kebersamaan dan ukhwah antara ahli semakin erat. Mudah-mudahan ukhwah ini dalam peliharaan Allah...

p/s : Dato' Syed, you are the best!!!
- kawan2 seperjuangan (abg Fezi, kak Dib, Nafisah, Safwan
, Yasser dan Hanif, terima kasih atas ukhwah
yang terbina)
-sempat gak, kak Dib, saya dan psah ber'posing'..hehehe...


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

suka duka di rumah sewa!


Semasa saya dan beberapa orang rakan serumah menyewa di Telok Panglima Garang, pelbagai jenis resepi dan masakan telah dicuba. Dan pada satu hari, kami telah membuat makanan 'ala western food' sebagai hidangan makan malam..hehehe...best jugak!

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Ogos 08, 2009

Bait-bait Kata yang Penuh Makna...

SRIKANDI CINTAKU - BLOODSHED


Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikanmu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah kuterima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hatiku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Julai 20, 2009

:: Antara Kasih dan Pengorbanan ::

Post kali ini cerpen nukilanku, bertatih mengenal dunia penulisan...


Di keheningan malam yang panjang dan suram, aku duduk termenung sendirian memikirkan keadaan diri. Aku mengelamun dan memikirkan hari-hari yang mendatang yang bakal kulalui sebagai seorang pelajar. Angin malam yang sejuk dipuput bayu menyelimuti kulit dan kesejukannya menusuk sehingga ke tulang hitam. Dingin dan damai sekali kurasakan. Angin malam bagaikan mengerti keadaan ku di kala ini.

“Along buat apa kat luar tu? Dah lewat malam ni, kenapa dok termenung kat luar? Masuk cepat!” Kedengaran suara emak yang menjerit dari dalam rumah.
“Ye, along nak masuk la ni.”

Aku pun bangun meninggalkan tempat dudukku tadi. Dengan langkah yang berat, aku masuk ke dalam rumah. Daun pintu ku tutup penuh hati-hati agar adik-adikku yang lain tidak terjaga dari tidur. Sebelum masuk ke bilik, aku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri, aku terserempak dengan emak yang baru keluar dari bilik air. Mak hanya memandang kepadaku sambil melemparkan senyuman manisnya. Itulah emakku yang telah banyak berjasa. Mukanya yang berkedut menyimpan pelbagai rahsia dan cabaran yang dilalui sebagai ibu tunggal. Emak tetap tabah mengharungi onak dan duri demi membesarkan kami adik-beradik.

Sebagai anak lelaki sulung, aku tidak mahu lagi melihat emak bersusah-payah. Aku mesti buat sesuatu untuk membantu emak dan keluarga. Aku lelaki. Tulang empat keratku ini masih kuat. Kalau emak yang perempuan itu boleh membesarkan kami tanpa meminta pertolongan dari orang lain, masakan aku tidak. Ya,aku juga mampu buat perkara yang serupa! Malah lebih dari itu. Demi emak dan keluarga.

Aku terus masuk ke bilik air dan membersihkan diri. Setelah selesai, aku pun masuk ke bilik. Enak betul badan apabila bertemu tilam yang lembut. Sambil memeluk bantal busukku, aku kembali mengelamun. Entah kenapa, malam ini aku sukar melelapkan mata. Banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Lebih-lebih lagi aku kasihan melihat emak. Perempuan tua itu sangat tabah. Sangat kuat.

Aku teringat kata-kata ibu selepas pemergian arwah ayah lima tahun yang lalu. “Walaupun kita susah, tapi ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Hiduplah dengan tulang empat kerat kita yang ada. Jangan meminta. Kita ada maruah dan harga diri.”

Kata-kata itulah yang menjadi pegangan hidupku hingga kini. Dan disebabkan kata-kata itulah, aku lihat emak tetap gembira walaupun kami semua dalam serba kekurangan. Tapi alhamdulillah, dalam serba kepayahan, aku dan adik-adikku yang lain tidak pernah mengeluh. Kami telah dididik untuk bersyukur atas setiap rezeki yang datang. Itu semua hasil dididikan emak dan abah.


***

“Along, bangun cepat. Kau tak sekolah ke hari ni. Nanti terlewat pula.” Mak mengetuk-ngetuk pintu bilik.

“Ye mak. Along tengah bersiap ni.”
“Oh...Mak ingat kau tak bangun lagi. Lepas bersiap terus ke dapur. Sarapan. Adik-adik kau ni ha dah lama menunggu.”

“Baik mak. Jap lagi along datang.” Setelah siap segalanya. Aku cepat-cepat ke dapur untuk bersarapan. Adik-adikku yang lain dah lama menanti. Dari jauh dah nampak muka cergas mereka. Arif, Siti dan Kasih. Itulah adik-adik kesayanganku. Yang sentiasa menghormati aku sebagai abang sulung mereka.

“Ha, tu pun along. Along ni lambat pulak hari ni. Selalu dia yang paling cepat kan Kasih.”

“A’ah, kita yang lambat. Hari ni terbalik pula.” Siti yang diam hanya tersenyum-senyum melihat keletah adik-adiknya. Mak pula sedang menyenduk nasi goreng dari kuali ke dalam mangkuk. Bau haruman nasi goreng menyegat hidung mereka.

“Ha, cakap apa tu? Mengumpat along ye?”

“Eh mana ada. Kami cuma cakap along hensem hari ni. Ada apa-apa ke?” serentak jawapan yang diberikan Arif dan Kasih.

“Ye la tu budak berdua tu. Bukan long, mereka cakap pasal...”

“Mak, sshh...jangan la bocor rahsia. Habis kami nanti.”

Arif menjawab dengan nada yang memujuk. Mulutnya sengaja dimuncungkan tanda merajuk. Kami yang melihat gelagat Arif. Tak habis-habis dengan lawaknya itu. Begitulah kehidupan kami anak-beranak seharian. Walaupun serba kekurangan tapi kami kaya dengan kasih sayang. Hubungan kami sekeluarga sangat rapat. Dan aku sudah cukup merasakan kami sekeluarga cukup bahagia. Alangkah bahagianya kalau abah masih hidup. Pasti dia berbangga dengan kami semua.


***

Selepas habis bersarapan, kami semua bersalaman dan mencium pipi emak sebelum ke sekolah. Arif dan Kasih masih bersekolah rendah. Manakala aku dan Siti bersekolah menengah. Kami bernasib baik kerana sekolah kami tidak lah jauh dari rumah. Kami semua ke sekolah berjalan kaki. Cuma sekolah aku dan Siti berada di hadapan gerai Pak Mat. Jadi kami perlu menyeberang jalan raya besar. Arif dan Siti pula tidak perlu menyeberang jalan kerana sekolah mereka berada betul-betul bersebelahan dengan gerai Pak Mat. Arif dan Kasih sangat rapat. Arif berada di tahun 5 manakala Kasih berada di tahun 3. Siti pula akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini.

Peperiksaan STPM makin hampir. Nasib baik wang saku yang kusimpan selama ini cukup untuk membayar yuran peperiksaan. Ditambah pula dengan duit gaji yang aku simpan hampir 3 bulan yang lalu. Memang cukup sangat. Tak apa lah, duit lebih nanti, aku akan beri kepada emak. Boleh tambah sikit duit belanja dapur. Nasib baik emak menjual kuih dan nasi lemak. Daripada hasil duit menjual kuih dan nasi lemak itulah kami dibesarkan. Pengorbanan emak tak akan aku lupa sampai akhir hayat. Aku bekerja selepas habis waktu sekolah. Selama aku bekerja hanya adikku, Siti saja yang tahu. Aku meminta Siti agar merahsiakannya dan Siti menjaga rahsiaku dengan baik. Aku tak mahu adikku sendiri tidak percaya dengan abang mereka. Siti pernah menyatakan yang dia sangat berbangga memiliki abang sepertiku. Segan juga aku dibuatnya. Tapi kata-kata itu menjadi perangsang kepadaku untuk menjadi abang yang lebih baik kepada adik-adikku.

Aku mengambil upah membasuh pinggan mangkuk. Aku hanya akan tiba di rumah sebelum maghrib. Siti memberitahu emak bahawa aku akan selalu pulang lewat kerana dikehendaki mengajar pelajar-pelajar Tingkatan 1 di sekolah. Ibu hanya mengangguk tanda mempercayai akan kata-kata tersebut.

Setibanya aku di rumah. Emak akan menyambut baik kepulanganku. Aku terharu dengan sikap prihatin emak terhadap anak-anaknya. Siti yang setia menemani emak, hanya tersenyum di balik pintu. Arif dan Kasih sibuk menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru kepada mereka. Dan aku sebagai abang sulung juga berbangga memiliki adik-adik yang baik seperti mereka. Sitilah yang banyak membantu Arif dan Kasih dalam pelajaran. Aku akui yang Siti merupakan adik yang paling bijak. Walaupun dia agak pendiam, tetapi kadangkala dia tetap menyuarakan pendirian tegasnya tentang sesuatu perkara.

Pernah dulu aku terlewat solat. Aku tak sengaja. Aku betul-betul letih ketika itu. Siti datang mengejutku dan menyuruh aku membersihkan diri segera untuk solat. Dia tak mahu aku ketinggalan solat yang menjadi tiang agama. Sebagai abang yang dapat menerima teguran yang baik dari adiknya, aku bangkit juga dari pembaringan dan cepat-cepat mempersiap diri untuk mengadap Allah. Dan akhirnya hingga kini, aku menjadi imam solat Maghrib dan Isyak dalam keluarga. Aku sangat berterima kasih kepada Siti yang banyak membantu dan memberi teguran kepadaku.


***

Tahun ini, aku harus belajar bersungguh-sungguh untuk menempa kejayaan dalam peperiksaan kali ini. Aku harus membela nasib keluarga. Aku berharapa agar aku dpat masuk ke universiti dan itu merupakan impianku sejak kecil lagi. Sebagai anak sulung, aku harus menjadi contoh kepada adik-adikku yang lain. Aku tak mahu dianggap sebagai anak lelaki yang tidak boleh membela nasib keluarga. Aku berharap agar aku dapat mengubah nasib keluarga apabila sudah bekerja nanti. Bak kata pepatah, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.’

Malam itu, setelah selesai membuat kerja sekolah. Aku mengambil tabung dan mula mengira-ngira untuk membayar yuran pada esok hari. Dengan berhati-hati aku membuka penutup tabungku agar Arif tidak terjaga dar tidurnya. Kasih pula awal-awal sudah masuk tidur. Mengantuk sangat katanya. Emak dan Siti sedang sibuk menyiapkan kuih dan nasi lemak yang ingin dijual esok hari. Setelah mengira duit tabung yang lebih. Hampir dua ratus ringgit juga duit lebih tabunganku. Aku pun memasukkan duit tersebut ke dalam sampul untuk diberikan kepada ibu sebentar lagi.

“Mak, along ada perkara nak cakap dengan mak ni.”

“Kejap long, kenapa? Mak tengah sibuk mengelim karipap ni. Kau tu datang la sini. Ni ha, adik kau Siti ni pun ada.”
Mak sedari tadi masih setia mengelim karipapnya. Siti pula sedang sibuk memotong kuih talam yang telah disejukkan. Kuih-muih yang dibuat oleh emak memang sedap. Kalau ada kenduri di kampung, memang kuih emaklah yang akan ditempah orang. Ternyata kuih emak mendapat tempat di hati penduduk kampung. Nasi lemak juga tak kurang hebatnya. Setiap kali menjual, pasti nasi lemak habis dijual.

“Hmm...ye la. Along datang ni.” Aku melangkah perlahan ke dapur.

“Hah, apa dia along. Along ada masalah ke? Kalau pasal yuran tu, along beritahu cikgu along, dalam dua hari along boleh bayar. Nanti mak beri duitnya. Ya nak?” Celoteh emaknya sambil mengelm karipap.

“Bukan pasal tu mak? Sebenarnya...along...”

Aku takut untuk memberitahu duduk perkara yang sebenar. Takut emaknya menuduhnya menipu selama ini. Tapi, dia tak mahu menyusahkan emaknya. Dia tahu kesusahan yang dihadapi oleh emaknya.

“Cakap jelah along, apa yang susah sangat nak cakap ni?”

Siti hanya mendiamkan diri. Memberi peluang kepada aku dan emak untuk bercakap. Lagipun dia seakan mengerti hajat dalam hatiku.

Biarlah kali ini aku sendiri yang memberitahu perkara yang sebenar. Siti pun turut rasa bersalah sangat menipu emaknya selama ini. Tetapi demi aku, dia terpaksa.

Siti hanya tunduk membisu. Dia tahu abangnya sudah bersedia untuk menceritakan dan meluahkan rahsia yang selama ini terkunci rapat. Lagipun abangnya melakukan perkara yang baik. Adik mana yang tidak bangga mempunyai abang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

Aku duduk bersila menghadap emak.

“Hmm... Along nak bagi mak ni.” Dia mencapai tangan ibunya dan meletakkan sampul tersebut pada tapak tangan emaknya. Maknya terkejut dengan tindakan anak sulungnya.
“Apa ni along?” tanya emaknya dengan muka berkerut seribu.

“Mak bukalah, tengok sendiri apa di dalamnya.” Aku beseloroh sambil memandang Siti. Siti hanya tersenyum melihat tindakan abangnya. Emaknya pun membuka sampul tersebut. Terkejut bukan kepalang emaknya melihat duit kertas hampir dua ratus itu.

“Along? Mana along dapat duit banyak ni long. Along mencuri ye? Along pulangkan semula duit ni. Mak tak nak terima duit dari hasil yang tak halal ni. Pulangkan semula along!” Emaknya bersuara tegas lalu meletakkan semula duit tersebut ke dalam sampul dan diletakkannya di atas lantai. Aku yang terkejut dengan tindakan ibu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Aku memandang Siti agar Siti dapat menolongku menjelaskan duduk perkara sebenar pada malam itu. Aku tak mahu lagi membohongi ibu. Lagipun, peperiksaan kami semakin hampir.

Siti yang seakan mengerti pandangan mata abangnya itu berhenti memotong kuih dan turut duduk bersila menghadap emaknya.

“Mak, sebenarnya itu memang duit along mak. Duit tabung along. Along menabung selama ini.” Siti memulakan perbualan.

“Macam mana along boleh menabung banyak macam tu sekali. Berapa sangatlah duit belanja sekolah yang mak bagi. Jangan nak tipu mak.” Emaknya masih meragui dengan kedua-dua orang anaknya itu.

“Betul mak. Memang along menabung dan memang itu duit dia. Seb..sebenar...sebenarnya, selama ni along...bekerja selepas pulang dari sekolah mak.” Siti yang takut-takut untuk memberitahu perkara sebenar, hanya tunduk memandang lantai. Emaknya terus berhenti dari mengelim karipap. Dia memandang kedua-dua orang anaknya.

“Apa sebenarnya yang along dan angah sembunyikan dari mak ni? Beritahu mak sekarang.” Tanya emak mereka dengan lembut walaupun dalam keadaan terkejut. Siti mencuit peha abangnya agar memberitahu perkara tersebut sendiri. Dia sudah mengalah.

“Seb...Sebenarnya selama ini, along bekerja mak. Along kerja cuci pinggan mangkuk kat warung. Along...along sebenarnya nak tolong mak, along nak berdikari. Along tak nak menyusahkan mak. Jadi...along kerja. Along minta maaf mak sebab terpaksa menipu mak selama ini. Dan angah pun tak bersalah mak. Along yang paksa dia.” Aku menceritakan perkara yang sebenar dengan suara yang tersekat-sekat. Lembut saja suaraku menjelaskan duduk perkara sebenar. Bimbang dimarahi emak.

“Along...mak tak sangka along sanggup buat mak macam ni. Kenapa along? Along dah tak percaya dengan mak lagi ke? Along pandai-pandai buat keputusan sendiri.” Emaknya seolah-olah merajuk. Tangisan emaknya sudah mula kedengaran. Man semakin dihimpit rasa bersalah. Dia turut menangis sama.

“Bukan macam tu mak. Along Cuma nak tolong kita. Angah bangga dengan along mak. Along bertanggungjawab. Lagipun along dah besar, along boleh buat keputusannya sendiri dan dia memilih cara yang betul untuk tolong keluarga kita. Along cari rezeki yang halal.” Cepat-cepat Siti membela abangnya yang tidak bersalah itu.

“Kalau mak rasa along ni anak yang tak berguna... Tak apa lah mak. Along faham. Memang along ni suka memandai-mandai. Along ni anak yang tak berguna!” Air mataku mengalir dengan laju.

Siti juga tidak tahan melihar air mata abangnya. Kali kedua dia melihat abangnya menangis. Kali pertama selepas pemergian arwah ayah dan ini yang kedua. Emaknya yang membatu sejak tadi memeluk erat kedua-dua anaknya. Dia baru sedar apa yang dilakukan oleh anak-anaknya adalah satu perbuatan yang mulia. Cuma caranya saja yang salah. Menipu dirinya.

“Along, angah... Maafkan mak sayang. Mak bangga dengan kamu berdua. Along, mak bangga dengan anak mak. Angah pun. Cuma, mak tak sangka kamu berdua menipu mak selama ini. Along, lain kali kalau nak buat apa-apa, terus terang dengan mak. Kalau caranya betul tak kan lah mak nak halang.” Emaknya bercakap dalam sebak. Aku dan Siti masih dalam pelukan emak lagi. Kami bertiga pun meluahkan isi hati masing-masing malam itu. Dan malam itu berlalu dengan sangat indah. Kasih sayang antara ibu dan anak terserlah. Malam itu, aku dan Siti menolong emak membuat kuih-muih dan nasi lemak yang hendak dijual esok. Kami membuat semuanya bersama-sama dengan gembira. Pada wajah emak terpancar wajah berseri dan bahagia kerana mempunyai anak yang baik, rajin dan bertanggungjawab.


***

Setelah selesai, kami semua masuk ke bilik tidur masing-masing. Aku pun masuk ke bilik. Perlahan-lahan aku baring atas tilam ku itu. Malam itu aku berasa puas hati kerana dapat meluahkan perkara yang aku sembunyikan selama ini. Akhirnya, emak menerima jua wang hasil tabunganku selama ini. Jauh di sudut hatiku agar, keluarga ini akan bahagia dan kekal gembira selama-lamanya.

“Emak, along berjanji mak, along akan ubah nasib keluarga kita. Along tak kan biarkan kita semua hidup susah lagi. Itu janji along”.

Man berkata-kata sendirian di dalam hatinya. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata ibunya yang menjadi pegangan hidupnya selama ini. “Walaupun kita susah, tapi ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Hiduplah dengan tulang empat kerat kita yang ada. Jangan meminta. Kita ada maruah dan harga diri.” Dan dia tertidur dengan kata-kata ibunya yang tersemat di hati.



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

-Hilang-


Hilang,
Ke mana hilang haluan diri,
Diri tak kenal empunya diri,
Sesat dalam kegelapan diri,
Lemas dalam diri yang terdiri,
Songsang jalan diulit mimpi,
Hanyut tenggelam arus duniawi.
Hilang,
Hilang dalam ramai,
Sesat dalam gelita,
Meraba-raba mencari hakiki,
Keliru antara aku dan AKU,
Suatu ketika kita berjanji,
Janji kita satu hakikat,
Namun...
Hakikat itu makin pudar,
Pudar dalam khilaf diri,
Kembalikanlah yang hilang.

-Nukilan: eja-

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Bicara Santai...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari ini, terasa ingin berkongsi sesuatu bersama.

Dalam kesibukan mengharungi praktikum, berjauhan daripada rakan-rakan, rumet dan katil yang aku sayangi, hari ini baru aku terpanggil untuk meluah secebis bicara.

Menjalani praktikum yang hanya sekadar memenuhi tuntutan dalam silibus pengajian, membuatkan aku rasa semakin bosan melayan kerenah sekularisme pendidikan yang direncana. Rupa-rupanya hati ini rindukan bual bicara ilmu dengan rakan-rakan di IB, rindukan dengan luahan rasa kawan-kawan yang sudi bercerita, rindukan kebersamaan bersama rakan-rakan seperjuangan di sana. Di sini, walaupun bebas daripada belenggu dan kerenah IB, hati tetap jua terasa kosong.

Pergi ke sekolah, balik ke sekolah dalam keadaan penat, malam pula bertungkus lumus menyiapkan bahan bantu belajar untuk pengajaran esok, dan seterusnya begitulah setiap hari, perkara yang sama diulang tayang. Seolah-olah seperti robot yang telah diprogram, hanya buku yang dipinjam daripada Kak Dib menjadi peneman setia sebelum aku melelapkan mata, tulisan Harun Yahya "Bagi Orang Yang Berpemikiran".

Walaupun tanpa teman bicara, sedikit sebanyak ada jua pengisian akal dan nurani. Tapi, hati tetap jua mahukan rakan untuk menghadam dan bercerita dari kulit ke isi. Cepatlah masa berlalu, biar cepat hati dan minda ini 'terisi'.

Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu, lapangkanlah dada dan fikiranku, permudahkanlah setiap urusanku...
Amiiinn....

p/s : rindu bual bicara dan mendengar kata2 yang terluah dari bibir Nafisah dan Kak Dib!!! Aku rindu kalian!!!

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Rabu, Jun 17, 2009

cuti-cuti...

Alhamdulillah, peperiksaan kali ni habis awal pula. Jadi dengan kesempatan yang ada saya pun membeli tiket untuk pulang awal ke rumah. Saya sudah siap sedia membeli tiket 'balik kampung' pada hari khamis(30 Mei). Sepanjang belajar di IB, baru kali ni saya berani untuk pulang awal ke rumah. Lagipun, banyak kerja yang menanti, mana taknya kakak saya akan 'bertunang' pada 5 Jun. Sepanjang minggu peperiksaan, fikiran saya banyak menerawang ke rumah. Saya siap menyusun pakaian dan beberapa buku yang nak dibaca semasa cuti nanti, 2 hari sebelum hari Khamis. Punyalah pulun nak balik kampung. Tapi, takpe, yang penting, hari 'Khamis' yang ditunggu pun tiba dan saya selamat sampai di rumah.

Bila sampai saja di rumah, esoknya saya dan keluarga ke rumah nenek. Ramainya saudara mara. setelah sesi bersalam-salaman tamat, saya, maksu dan saudara-mara sibuk menolong menyiapkan hantaran yang akan diberi kepada pihak lelaki semasa majlis pertunangan nanti. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik dan lancar. Tapi, hati sedikit terusik jua. Kakaklah insan yang paling rapat dengan saya selain mak. Selesai cerita pasal majlis pertunangan.

Baiklah, terus kepada isi cerita. Saya membawa pulang 3 buah novel Faisal Tehrani yang baru dibeli semasa berkunjung ke 'Pesta Buku Antarabangsa' yang lalu.

Buku-buku tersebut ialah:
  1. Saasatul Ibaad,
  2. Ketupat Cinta (terbaru) dan
  3. Tunggu Teduh Dulu.
'Saasatul Ibaad' telah saya baca suku, sebelum saya bawa pulang. Antara buku-buku koleksi Faisal Tehrani yang ada dalam simpanan saya, 'Saasatul Ibaad'lah buku yang paling sukar saya faham. Saya terpaksa membaca setiap muka surat berkali-kali untuk memahaminya dan jawapan sebenar akan saya dapat beberapa hari setelah membaca. Buku tersebut, mengandungi isi dan makna yang cukup mendalam. Dan apa yang lebih membuatkan saya teruja, banyak perkaitan yang saya jumpa, sama dengan apa yang pernah dikatakan oleh seorang 'teman' saya.
Argh... Dan apabila saya berfikir, ya, memang 'betul' apa yang ditulis penulis dan 'teman' tersebut. 'Saasatul Ibaad' sebuah novel yang penuh misteri dan sangat berilmiah. Cukup membuatkan saya teruja, dan sering bertanya kepada diri.


Selesai membaca 'Saasatul Ibaad', selang beberapa hari, 'Ketupat Cinta' pula menjadi peneman siang dan malam. Buku yang cukup menarik, penuh dengan falsafah-falsafah masakan. Dan ada kalanya membuatkan saya ketawa sendirian dengan bait-bait kata yang ditulis oleh penulis. Saya cukup 'terhibur'.




Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Selasa, Mei 12, 2009

Mencari Sinar Yang Tersirna

Kala hati dirundung belenggu resah dan tak keruan, rupanya ada lagi jiwa dan hati yang jauh lebih merasakan permasalahan yang membelenggu diri. Pertemuan dengan rakan-rakan yang sudah hilang pedoman diri di YM, sudah jelas membuktikan di layar mata bahawa hakikat dunia hari ini membenarkan sesuatu yang bukan hak. Bila semua yang tidak hak menjadi halal, diterima dengan tanpa banyak soal dan semua perkara yang baik masih lagi dtimbang tara untuk dilakukan, malah ada yang terus menolak dan menidakkan kebenaran itu. Apa yang lebih menakutkan kejahatan, kejahilan sudah dibudayakan dalam kehidupan manusia. Seolah-olah peradaban tidak pernah wujud dalam zaman serba canggih hari ini.

Hakikat dunia hari ini begitu. Melihat akan kondisi yg serius ini, saya merasakan tanggungjawab yang bakal digalas apabila menjadi pendidik nanti sangat-sangat mencabar. Apakah mampu diri yang penuh khilaf ini memberi dan menyampaikan ilmu kepada anak-anak bangsa?? Apakah diri ini sudah cukup bersedia menghadapi kerenah dan pertanyaan bertalu-talu anak-anak didik?? Apakah diri ini mampu menghadapi setiap permasalahan yang berlaku dan meminjamkan telinga menjadi pendengar setia mereka??

Banyak yang belum saya rungkaikan. Sampai di sini dahulu...
Wassalam...

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, April 18, 2009

Alhamdulillah!

Alhamdulillah..

Akhirnya selesai juga aku menjalani Praktikum Fasa I semester ini.

Dengan bimbingan daripada guru pembimbing, Cikgu Wan Zuhaimi bin Wan Yusof, dan pensyarah pembimbing, Datin Paduka Anismah bt Ahmad, aku berjaya juga mengharungi perit getir sebagai guru praktikum di SK Bricfields 1.

Pengalaman menjadi guru praktikum masih mekar mewangi dalam benakku.
Melihat akan kesungguhan anak-anak didik yang setia dan sabar dengan kerenah guru praktimum baru mereka, membuat aku rasa semakin bersemangat untuk menyebarkan ilmu walaupun sedikit.

Masih segar lagi dalam ingatan peristiwa semalam. Demi terlihatkan muka-muka sayu anak-anak didik, hati ku sendiri terasa berat mahu membenarkan kaki melangkah meninggalkan kelas 5 Cemerlang. Sungguh, perasaan bergelora semalam sukar untuk dibuang sehingga ke hari ini. Saat manis, indah, pahit, payau masih terimbau di ruang fikiran.

Tatkala terpandangkan hadiah-hadiah yang diberi oleh anak-anak didik, termasuklah warkah-warkah comel yang diutuskan mereka, membuat hati bertambah sayu. Walaupun hanya sebulan menjalani praktikum, kesannya hebat terasa.

Buat anak-anak muridku yang tersayang, cikgu akan senantiasa mendoakan kejayaan kalian!
Walaupun ada yang nakal, tapi mereka masih lagi menghormati guru praktimum mereka ini.

TERIMA KASIH ANAK-ANAK MURID CIKGU!!!

Nama-nama anak muridku yang tersayang (mengikut kedudukan mereka di dalam kelas) :

  1. Faris
  2. Iqbal Hakim
  3. Meor Afiq Hakimi
  4. Isma
  5. Faiz
  6. Daniel
  7. Adam
  8. Sabrina
  9. Rabiatul Adawiyah
  10. Ainna
  11. Wan Nur Fatin Nabila
  12. Zariff
  13. Hafizuddin
  14. Sheikh
  15. Alisya
  16. Syuhaidah
  17. Joaane
  18. Naem
  19. Shafie
  20. Faris Akmal
  21. Navin
  22. Veera
  23. Azhar
  24. Kaartik
  25. Shahrul
  26. Shahril
  27. Arif
  28. Firdaus
  29. Azri
  30. Kaviharasan
  31. Shamir

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Mac 30, 2009

Jalan-jalan Cari Makan!!!

Semalam, aku dan 'teman mesra'ku (bukan teman mesra yg bukan2 ye) telah pergi jalan-jalan cari makan di Ampang. Hehe. Setelah puas mencari tempat makan yg best kat tnet, akhirnya pencarianku telah ku temu. Cewah.

Sebenarnya ada banyak tempat makan yang best kat KL ni, tapi, aku tertarik dengan 3 tempat makan ni, kat Bangsar, Gombak dan Ampang. Tapi, disebabkan aku terliur melihat menu dan hidangan aiskrim yang best kat satu restoran di Ampang ni, maka, aku pun membuat keputusan untuk makan tengah hari di sana. Nama restoran tu, Cozy Corner. Masa mula-mula sampai tu, kitaorang yang bersemangat waja ni nak pergi makan (membawa perut yang berkeroncong semata-mata nak makan kat situ) kat restoran tu, punyalah pulun mencari jalan ke kawasan tersebut.

Berbekalkan ingatan di minda, (sebenarnya aku dah tulis alamat restoran tu kat kertas, tapi tercicir) akhirnya kitaorang pun sampai juga kat Pusat membeli belah Ampang Park. Restoran Cozy Corner tu kat tingkat 1. Kami pun terus mencari di manakah restoran Cozy Corner tersebut. Kami tidak mengambil masa yang lama untuk mencari, jalan punya jalan, aku akhirnya ternampak restoran tersebut.

Dengan penuh keterujaan, kami pun masuk ke restoran tersebut. Wow, ekslusif betul! Rasa macam orang kampung pula masuk restoran tersebut (perasaan aku-biasala orang kampung). Maka, kami pun telah disambut oleh pekerja restoran tersebut dan kami telah memilih meja makan yang best (tempat duduk kusyen) untuk makan. Hehe.. dengan sinaran lampu kekuningan, menimbulkan suasana yang romantis kat dalam restoran tu. Bak kata 'teman mesra'ku, pencahayaan dalam restoran tersebut memukau sesiapa yang datang. Cewah...

Kami pun, buat keputusan untuk membuat tempahan dua lauk sahaja iaitu, ayam masam manis (sweet & sour chicken) dan ketam goreng masak apa entah, (menu dalam BI-panjang sangat nama lauk tu). Kami makan bersama nasi putih. Peh, rasanya memang sangat sedap! Berbaloi makan tengah hari kat sana. Walau mahal sedikit, tapi, kami memang sangat2 berpuas hati.

Lauk banyak, nasi banyak (aku tak habis, tapi aku tak risau, sebab ada orang yang tolong habiskan). Kami boleh siap meratah lagi lauk-lauk tersebut, terutama sekali ketam. Memang terangkat!!! Sedap sangat lauk ketam tu. Tak kempunan aku nak makan ketam. Dapat gak makan ketam. Kat johor tak banyak sangat lauk-lauk ketam ni. Hehe, jadi, dah dapat peluang makan, aku pun meratah la lauk ketam tu dengan penuh rasa gumbira. (lalalalalala...sedap ketam ni!!!)

Sekarang tibalah, masa yang dinanti-nantikan. jeng jeng jeng...
cuba lihat gambar di bawah:

Pandangan sisi










Pandangan atas










Pandangan hadapan










Huhu…aiskrim apa tu? Terliur tak?? Mesti terliur kan. Mempersembahkan ‘BANANA SPLIT’. Sedap sangat. Tak terkata sedapnya. (lebih-lebih pula aku ni).


Pertama kali seumur hidup aku, makan si “banana split’ ni. Kesian kan, orang lain dah berpuluh-puluh kali makan, aku baru dapat merasanya semalam.


Lepas habis kami kerjalan lauk-lauk tu, kami pun order pula si ‘Banana Split ni’. Menarikkan, siap ada payung lagi (aku copet payung tu sebab comel sangat) yang dicucuk pada aiskrim tersebut. Rasanya memang sangat sedap!!! Nyam2 (mata bersinar-sinar sambil makan aiskrim).


Apa-apa pun, kami amat berpuas hati dengan hidangan yang telah kami makan di restoran tersebut. Aku boleh bagi 4 bintang kat restoran Cozy Corner ni. Haaa, sebelum aku terlupa. Nak tau sesuatu tak? Macam ni ceritanya, aku ingat aku yang paling teruja nak makan kat sana (cakap separuh berbisik), rupa-rupanya ada orang lagi teruja daripada aku, sampai tertinggal hp kat sana. Hahaha. Tak baik aku ni, tapi alhamdulillah, pekerja restoran tu tolong simpankan hp ‘orang tu’ dulu. Kalau tak, tak tau la macam mana. Kalau ada rezeki lain, kami nak jalan-jalan cari makan kat tempat lain pula.


Ok la sampai di sini dahulu cerita ‘Jalan-jalan Cari Makan’. Kalau kami pergi tempat makan yang best aku cerita lagi ye!!!


Sekian sahaja dari Bilik Berita Lembah Pantai.

Salam Hormat.

Daaaaaa..




Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Mac 21, 2009

Mari berfikir sejenak...

Di hening subuh embun terlihat bagai permata,
lalu merentas jalan sebelum terang suria,
biar tersungkur jatuh sujud di pintu,
kenangan datang bersama,
merasa seluruh nafas bertarung iman sedar dan lena,
bisa bagaikan madu di pintu mati,
nafas bergelut mencari hayat yang tak mahu pergi,
biar dipujuk mesra bersinar dalam kegelapan diri.


hmmm...saya suka dengan bait-bait katanya tapi...

satu lagi...

Di ruang yang berlegar ini mencari jalan yang belum pasti,
mencari dan menanti penawar duka hati,
antara rindu dendam terkuncilah diri,
cinta yang sebenar adalah hakikat yang sejati,
cari ia jangan sampai lari dari landasan yang belum difahami,
asal kejadian ciptaan tuhan di dunia ini,
untuk menjadi bekalan di masa hadapan yang sudah pasti akan ditanya nanti.

dan banyak lagi mesej2 yang diberi yang masih belum saya fahami...
yang membuat saya semakin hari semakin mencari jawapan yang tersembunyi...
antara benar dan kebenaran belum ditemui...

hmmm...saya perlu terus mencari...



Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Sabtu, Mac 14, 2009

Guru oh Guru

Saat hati dipagut rasa, fikiran aku terkenang akan lagu koir yang aku dan rakan-rakan nyanyikan semasa Konvokesyen guru pelatih KPLI di Dewan Felda,KL dulu. Bait-bait kata lagu tersebut sangat menyentuh sukma dan sanubari. Guru oh guru...

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akal ilmu miliknya,

Pelita dan lampu segala,

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,

Pemimpin yang ditauliahkan sekalian umat,

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,

Di sebuah sekolah mewah di ibu kota,

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah buku mewakili seribu buku,

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,

Semakin bererti tugasnya kepada negara...

Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!

Isnin, Mac 09, 2009

Nasionalisme dalam Islam: Penting atau Berkepentingan?

Saya baharu sahaja selesai membaca buku tulisan 'Faisal Tehrani', 'Surat-surat Perempuan Johor' beberapa hari yang lalu. (saya merupakan peminat novel-novel Faisal Tehrani). Banyak perkara dan maklumat penting yang saya perolehi setelah membaca buku tersebut. Walaupun buku tersebut telah lama berada di pasaran, baru kali ini saya terdetik hati untuk memilikinya.


Buku tersebut berkisar tentang perjuangan seorang perempuan Johor dalam golongan kerabat yang mahu mempertahankan maruah diri, bahasa, agama, masyarakat dan negara. Saya begitu teruja dan sangat berbangga dilahirkan sebagai perempuan Johor. Tetapi apa yang menyentuh hati saya adalah seorang perempuan yang dianggap lemah, mampu memperjuangkan kebenaran dan 'hak' dengan cara yang tersendiri. Salah satu elemen penting yang diceritakan dalam buku tersebut - semangat cinta akan negara. Semangat saya terbangkit apabila terbacakan tentang hal tersebut (membaca dengan akal, hati dan perasaan). Maka, saya terpanggil untuk menulis sebingkis luahan pandangan tentang nasionalisme.



Nasionalisme. Berbicara mengenai nasionalisme. Apa sebenarnya yang kita faham tentang perkataan nasionalisme? Secara literal berdasarkan kamus, nasionalisme bermaksud perasaan cinta pada negara dan bangsa sendiri. Mengikut pendefinisian lain nasionalisme bermaksud satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan. Para saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.


Melihat akan maksud literal yang kita ketahui, nasionalisme merupakan semangat atau perasaan cinta akan negara. Berdasarkan maksud nasionalisme di atas ‘nasionalisme secara etnik dan keagamaan’. Kita mungkin sudah dapat meneka ada sesuatu yang tersirat dalam maksud yang diutarakan. Jika kita melihat konotasi maksud perkataan tersebut secara tersurat, sudah pasti akal logik kita menyatakan persetujuan tentang kepentingan dan kebaikan seseorang insan mempunyai semangat sebegini dalam dirinya. Tetapi, pernahkah kita berfikir sejenak di luar kotak tentang maksud tersirat disebalik perkataan tersebut?


Pada mulanya, saya sendiri merasakan nasionalisme itu sangat penting untuk menjadi seorang warganera Malaysia dan insan yang baik dan berkualiti. Tetapi, apabila saya terbacakan sebuah novel hasil tulisan ‘Faisal Tehrani’, semangat cinta akan negara ini sebenarnya hanyalah helah dan tipu daya penjajah laknatullah untuk mewujudkan jurang dalam hidup seorang insan, apatah lagi bagi umat Islam.


Nasionalisme yang dimomokkan oleh penjajah ini sebenarnya merupakan salah satu ‘pekerjaan’ mereka untuk menjajah minda, memesongkan kebenaran dan jati diri kita sebagai seorang muslim. Sebenarnya inilah tipu daya mereka untuk melakukan pemisahan agama dari dunia. Apabila semangat kebangsaan ini sudah sebati dalam diri kita sebagai seorang muslim, kita langsung tidak menghiraukan ‘saudara’ kita di luar sana dek kerana nasionalisme ini. Kononnya mahu menjaga keamanan dan kedaulatan negara sendiri, sedangkan apa yang lebih penting adalah semangat ‘kesatuan roh’ dalam kalangan muslim. Saya tidak menidakkan bahawa peri pentingnya nasionalisme ini kepada setiap individu, tetapi apabila kesan akhirnya membawa kepada sikap individualistik, maka nasionalisme ini bukan lagi sesuatu yang boleh dibanggakan bagi setiap individu. Nasionalisme bukan lagi sesuatu yang penting tetapi berkepentingan yang akhirnya menguntungkan pihak penjajah laknatullah yang mahu melihat kondisi kita di Malaysia semakin hari semakin terhakis sikap prihatin dan kasih sayang terhadap ‘saudara’ kita. Inilah agenda yang telah direncana oleh ‘mereka’ sejak beratus-ratus tahun dahulu. Kita yang tidak mahu berfikir panjang hanya menerima seadanya seperti ‘lembu dicucuk hidung’.


Apa yang lebih memilukan hati saya, sikap generasi muda yang endah tak endah dengan kondisi negara kini. Sikap sambalewa dan membudayakan hedonisme sudah menjadi ‘kiblat hakiki’ dalam kehidupan mereka. Sejarah keunggulan tamadun bangsa Melayu dan sejarah perluasan empayar Islam tidak lagi dikaji dan diselidiki, malah generasi muda kini masih lagi leka dan terus hanyut dengan ‘agenda’ si penjajah laknatullah. Generasi muda kini, masih tidak mengerti peranan besar mereka dalam membina empayar kegemilangan tamadun Melayu dan Islam. Sekiranya nasionalisme ini tidak dapat difahami dan ditelusuri dengan baik, maka yang tinggal hanyalah ‘abu semangat’ nasionalisme. Persoalannya, adakah kita hanya akan terus selamanya duduk berdiam diri ibarat ‘katak di bawah tempurung’ dan akhirnya menjadi ‘balaci’ di negara sendiri??? Tepuk dada tanyalah iman.



Jadi, adakah kita masih mahu terus leka dan dibelenggu mimpi sang penjajah? Perlu diingat bahawa kitalah yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Jika perkara ini terus berlarutan, anda sendiri mampu menjangka apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.


MARILAH SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN...

p/s: tak sabar nak pergi ke Pesta Buku Antarabangsa (mesti dapatkan juga buku Saasatul Ibaad-novel terbaru Faisal Tehrani)


Terima Kasih Daun Keladi! Kalau Senang Datanglah Lagi. Hik3!!